Assalamualaikum dan salam underground buat semua,
Ermm, agak memakan masa jugak untuk aku membuat review tentang gig ini, maklumlah baru habis bulan Ramadhan dan mood Raya pun dah kurang sikit disebabkan dah start masuk kerja hari Isnin lepas hahah. Ok berbalik kepada topik asal kita ni, origin bagaimana terhasilnya idea untuk aku serta rakan2 yang lain menganjurkan event ini ialah selepas peristiwa mendukacitakan iaitu event Miss Sarawak Model of the World! (Badigol punya organizer, nasib baik masih ada iman di dada, kalo tak dah lama aku bagi sedas dua penumbok - macam hero tamil la pulak haha) Aku masih ingat lagi nama mamat co-organizer yang hubungi aku pasal event tahap longkang tu, Mr Eric Tiong (tidak ada kena mengena dengan Eric Leong ok!) Peristiwa sadis tersebut malas la aku nak elaborate lagi, biarlah menjadi pengajaran buat aku dan kawan2.Nama jolokan Eric Tiong pula geng2 kami tukarkan kepada LEYLA (sebab mamat bongok tu semasa buat briefing pasal event Miss Sarawak, dia ada mention perkataan RELA tapi tak reti nak sebut proper, jadi dia tersebut la word LEYLA,apa punya bahalol la!).
Setelah peristiwa tersebut dan selang sehari selepas event bangang tersebut, Mr Rizal (besfren merangkap co-organizer Closing Season Gig) menyuarakan pendapat beliau untuk membuat satu gig khas untuk pembalasan kepada event yang tak jadi sebelum tu. Aku tanpa segan silu dan berfikir panjang, agreed dan seterusnya planning ini dibantu oleh besfren seperjuangan aku Mr Borhan (drummer ROKDW serta tauke Drumtech Services) yang lebih ke arah Reserch & Development untuk aktiviti pukol-memukol (drumming la tu), manakala untuk tujuan siar-raya iaitu Sound System pula, tugasan tersebut kami sandarkan kepada yang lebih arif iaitu REG Studio (Abang Bidin, Amy REG serta krew2 lain). Kami empat sekawan akhirnya sepakat untuk menetapkan tarikh gig tersebut iaitu 30 Julai 2011 iaitu 2 hari sebelum Ramadhan (perghh tarikh keramat tu), pada peringkat awalnya kami belum decide lagi di mana Venue yang sesuai untuk event ini, korang tengokla sendiri flyer di bawah yang kitorang post kat Facebook sebelum hari kejadian:
Ok ketepikan sekejap hal flyer tu dulu, sekarang kita cerita plak pasal hari kejadian. Akhirnya kitorang decide nak buat gig ni di Kemena Plaza Hotel (dulu nama hotel ni Regency Plaza Hotel)dan kami berurusan dengan En. Mohd Gusti merangkap Ballroom Manager, pasal lapangan pentas pulak kami pilih Niah Ballroom (venue yang sama pernah digunakan oleh geng2 Titan Empire)
Pada awalnya dalam kepala hotak aku, aku dah mula risau dan nervous tak tentu pasal sebab ni lah pertama kali aku organize event macam ni. Tapi lepas sesi soundcheck dan atur mengatur props,kerusi,meja tiket dan mcm2 lagi,aku berasa lega sebab dibantu oleh geng2 sekepala yang sama2 turun padang tolong geng2 organizer buat soundcheck serta bergotong royong membuat apa yang patut pada ketika itu (mcm potong tiket2, buat pass utk band2 member serta krew, tukang angkat barang, tukang sapu lantai dan etc)....semangat beginilah yang kita mahukan, walaupun kita berlainan genre muzik dan komuniti yang berbeza (antara komuniti muzik yang aktif di Bintulu ialah Bintulu Buskers dan Titan Empire) tetapi kita tetap bersatu hati dalam mengangkat martabat muzik UG di Bintulu!! that's the spirit, guys! Gig tersebut bermula pada pukul 12.30 tengahari, agak lambat kami start event ni sebab ada acara memilih nombor giliran pada setiap band2 yang join gig. supporters dari movement Titan Empire merupakan pengungjung2 yang paling ramai pada ketika itu, syabas guys! korang memang sporting habis. Tapi sekiranya kami diberi peluang sebelum itu, aktiviti promosi gig akan kami buat sehabis baik, paling kurang 2 bulan sebelum event ni, bagi mencari golongan sasar yang berpotensi untuk mengunjungi gig ini. 1 bulan sebelum event rasanya tak cukup, tapi tidak mengapa sebab aku anggap ini semua sebagai satu pengalaman dan akan cuba improve pada masa akan datang.
Band yang memulakan persembahan pada waktu tersebut ialah tak lain tak bukan, BELASEN GURENG yang pada asalnya hanya dianggotai oleh 2 orang gitaris otai Kpg Asyakirin iaitu Acim dan Roy! Aku selaku bassist dan Pendi (drummer) boleh dianggap sebagai sessionist bidan terjun, tapi walaupun begitu persembahan kami boleh tahan juga walaupun ada masa itu crowd masih malu2 untuk headbanging bersama.
Selepas itu tiba giliran ERECTUS pula untuk beraksi. Band yang mengharumkan nama Bintulu di persada gig2 metal Sarawak ini (mereka sudah beberapa kali diundang untuk menjayakan gig2 metal di Mukah anjuran Tugau Warmetal Hordes) sekali lagi menggegarkan ballroom hotel tersebut dengan irama bingit mereka yang seharusnya membuatkan crowd tak senang duduk dan headbanging bersama. tanpa disangka2 persembahan mereka makin mantap dan punyai class yang tersendiri. Tatkala mereka mendendangkan lagu "Pursuit of Vikings - Amon Amarth" sekali lagi ada sebuah kerangka lampu di siling ballroom tersebut jatuh akibat gema dari alunan muzik mereka. haha korang memang Evil!!
Untuk giliran ke-3 pula, DARK CLOWN mengambil tempat mereka. Band ini juga tidak kurang hebatnya kerana punyai followers mereka sendiri yang betul2 loyal! Band ini juga seringkali diundang bagi menjayakan gig2 di luar kawasan Bintulu seperti di Sibu dan Mukah. Genre muzik yang mereka perjuangkan ialah Rapcore/Nu-metal. Gimik band yang freaky ini amat berkesan dan showmanship mereka juga betul2 power (vokalis/gitaris mereka bro Sam membalut mukanya dengan bandage semasa persembahan mereka).
Klik link ini untuk menonton video DARK CLOWN live at Closing Season Gig 2011!
Persembahan dari band RADIO'83 juga tidak menghampakan. Pada asalnya Peeka selaku vokalis/gitaris/frontmant band ini ingin menggunakan nama PEEKADOT untuk gig ini, tapi aku dah terlanjur letak nama RADIO'83 dalam flyer, so kami carry forward ajer la dengan nama tersebut (sori Peeka haha). Lagu2 dari band Nirvana menjadi pertaruhan mereka pada gig ini seperti lagu "Love Buzz" dan "Breed",semestinya show mereka tak akan lengkap tanpa ada aksi ekstrim Peeka bergolek2 di atas lantai sambil shredding gitar beliau! haha Thanks for keeping grunge music alive and well bro!
Seterusnya band2 seperti LOSING SIGHT dan MOURNING FOR THE DEATH yang mewakili komuniti muzik Post-Hardcore/Deathcore/Metalcore/Trance-core/Rapcore Bintulu iaitu TITAN EMPIRE, telah memberikan sebuah persembahan yang maha berat dan dahsyat! Aktiviti mosh-pit,headbanging dan Wall-of-death sudah tidak dapat dielakkan lagi...inilah dia pendekatan muzik berat terkini dan mutakhir dalam underground music scene di Bintulu! Pada ketika ini, tetamu kehormat untuk gig ini mulai muncul dan menyertai aktiviti senaman berat (headbanging la tu) di dalam mosh-pit tersebut. Tak lain tak bukan, saudara OTAK!!!! (sila rujuk pics di bawah post ini untuk melihat wajah Mr Otak) Untuk pengetahuan kalian semua, saudara OTAK merupakan participant penonton gig yang betul2 sporting dan beliau sentiasa headbanging pada setiap band yang membuat persembahan setiap kali diadakan gig di kawasan Bintulu! Walaupun seringkali berada di bawah pengaruh alkohol, tapi brader OTAK tak kacau orang dan setakat ni tak pernah cari pasal dengan mana2 geng headbanger yang ikut serta dalam mana2 gig di Bintulu. Salute to OTAKK!!!
Band yang ditubuhkan dari Kg Jepak iaitu UNITY pula mengambil giliran untuk perform di gig ini selepas band2 dari komuniti Titan Empire. Apa yang unik tentang band ini ialah mereka mendendangkan lagu2 yang tidak sama dengan band2 yang ikut serta dalam gig ini,mereka mengetengahkan cover songs dari band WALI BAND dan JINBARA! Ditambah lagi dengan keunikan band ini yang memiliki 3 orang vokalis! Memang dahsyat haha.
Apa yang menyedihkan tentang gig ini, tepat pada pukul 4 petang, crowd sudah mula surut dan band2 yang masih menunggu giliran untuk perform pula masih tinggal 4 atau 5 band. Rasa macam prom night kat sekolah menengah pulak, tiba2 ada curfew untuk pelajar2 balik ke rumah tepat pada waktunya selepas event selesai!
Ok, berbalik kepada band yang seterusnya. STREET KIDS pula mengambil tempat untuk beraksi. Aku difahamkan bahawa ahli2 band ini terdiri daripada serpihan dari sebuah band Punk Rock/Oi yang dah established iaitu GENERATION OF OI! Boleh tahan juga performance diorang, siap ada bawak lagu "Where have all the boot boys gone?" lagu klasik Oi! masa aku di kolej dulu hahaha.
Selepas itu, band NOAM CHOAM SKY KIDS, band yang memperjuangkan irama Straight Edge Hardcore ini mengambil tempat di depan ballroom tersebut, tempat performance untuk band. Stail muzik mereka lebih kurang macam SECOND COMBAT (sebuah band hardcore tempatan yang boleh tahan femes di arena muzik hardcore Asia) Good job guys! Semoga pada gig yang akan datang, kalian akan perform lebih happening dari gig ini!
Jam sudah menunjukkan waktu pukul 5.30 petang, crowd sudah kendur tapi ada yang masih bertahan untuk headbanging bersama. Pada masa ini, atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kebanyakan supporters yang masih underage (18 tahun ke bawah) sudah balik ke rumah dan meninggalkan ballroom tersebut. Pada ketika ini jugalah band SUB.URBAN sudah bersedia untuk beraksi, walaupun crowd dah tak ramai tetapi semangat mereka tak pernah luntur untuk memberikan persembahan yang terbaik. SUB.URBAN sebenarnya merupakan sebuah band Nu-Metal yang telah wujud sejak awal dekad 2000 yang lepas, dianggotai oleh Asfa (vocals) Syam (Guitar) Ejal (2nd Guitar) Hamka (bass) dan Nonoy (drums) pada kali ini di gig Closing Season mereka mendendangkan lagu ciptaan mereka seperti "Wake Up".
Sila klik link ini untuk menonton video live Sub.Urban di Closing Season Gig 2011!
Selepas itu giliran FAIRLAND GISH lagi untuk menyemarakkan pentas gig yang kian suram itu. Band ini sebenarnya merupakan band adik drummer TRESNO iaitu bro Arep(band indie yg diasaskan oleh aku suatu ketika dahulu). Aku selaku vokalis undangan (ni pun aku last minute tau) turut menyumbangkan suara Falsetto aku (hahha nak jadi macam Matthew Bellamy/Thom Yorke konon) dan kami menyampaian sebanyak 3 buah lagu iaitu "New Born", "Plug in Baby" dan "Sing for Absolution" di mana semuanya lagu cover dari band tersohor MUSE! Tetiba sahaja crowd mula ke hadapan dan sama2 mengamati setiap bait2 lirik sadis dari lagu MUSE itu hahaha....Thanx to Maman (vocals/guitarist FAIRLAND GISH) pasal menjemput aku untuk live jamming bersama kalian semua!
Banyak lagi band2 yang aku dah tak larat nak review, disebabkan terlalu mengantuk nak menaip dan aku dah mulai selsema ni haha....tapi jangan risau, aku cuba sedaya upaya mengupdate post ini bagi tatapan kalian semua!
Berikut merupakan list band-band yang menyertai gig ini:
1. Belasen Gureng (Instrumental Rock Kangkang band)
2. Erectus (Band Death Metal kebanggaan Bintulu)
3. Dark Clown (Titan Empire - band Rapcore/Nu-metal yang CRAZY!!)
4. Seventh Sign (band ni tak jadi main,last minit bagitau aku,pening2)
5. Radio'83 (pejuang2 irama grunge sejati Bintulu)
6. Losing Sight (Titan Empire - band post-hardcore/deathcore yg boleh tahan!ada potensi untuk pergi jauh)
7. Street Kids (band Punk Rock/Oi revival Bintul)
8. Mourning For The Death (Titan Empire - band Breakdown tahap GILA!!seriously hebat)
9. Noam Choam SkyKids (band yang memperjuangkan Straight Edge Hardcore)
10. Unity (band ala Wali Band/Jinbara dari Kpg Jepak...Rock Gelek!!)
11. Fairland Gish (band tribute Muse - aku jadi bidan terjun,jadi vokalis utk band ni pulak hahah)
12. Sub.urban (nama yang kekal menjadi pejuang genre muzik Rapcore/Nu-metal di UG scene Bintulu)
Manakala band2 Organizer pulak:
1. Cerobong Hitam (Kelahiran semula band HUJAN versi Bintulu)
2. The Once (band kipas-susah-mati INDIE dan REGGAE)
3. Daun Pisang (band Bro Bidin yang mengutarakan irama REGGAE yang segar)
4. Nastasia (ROCK KANGKANG FOREVER! aku tak boleh lupa la saat diorang cover lagu Heavy Chains - Loudness masa tu)
5. Regiment of Kid-Do-Wrong (kitorang cuma bawak 1 lagu saja masa tu,ada la sebabnya tu haha)
Di atas merupakan rakaman video REGIMENT OF KID-DO-WRONG live di Closing Season Gig!
P/S: Jutaan terima kasih aku dan rakan2 (Rizal & Borhan Drumtech) tujukan kepada REG Studio (Bro Bidin dan Amy) atas pembekalan sistem siar raya yang ngetop dan best! TITAN EMPIRE crews (Eugene Remix - thanx for the advices bro, Sam, Fontaine, Kong, Nick) Buat geng2 Bintulu Buskers yang sudi datang ke gig tersebut (Marus, Nasuki, Hazzika, Miena, Chas, Es) you guys memang sporting, thanx for coming! geng2 guest bands (CEROBONG HITAM, NASTASIA, THE ONCE, DAUN PISANG & REGIMENT OF KID-DO-WRONG) tanpa kalian semua, gig ini tidak akan berhasil! Seriously Speaking!
Salah satu webzine yang seumpamanya ciptaan anak tempatan (percuma tak perlu bayar) untuk tatapan & bahan ilmiah dari segi muzikal khas bagi peminat Muzik Bawah Tanah di Bintulu Sarawak. Sesungguhnya ini cuma percubaan secara DIY untuk mengangkat Scene Bintulu khususnya demi memeriahkan dan menggamatkan lagi scene kita yang masih kerdil ini. Diharap dapat mendapat sokongan yang padu dari kawan-kawan sekalian. Kalau bukan orang kita, siapa lagi yang akan memartabatkan scene kita.
Metuk Ulau Underground Voices
Thursday, September 8, 2011
Review - CLOSING SEASON GIG 2011 (30th July 2011 @ Kemena Plaza Hotel)
Labels:
ARTIKEL / REVIEW
Bintulu, Sarawak, Malaysia
1, 97000 Bintulu, Sarawak, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
the best review from Adi Herman!!sayangnya aku datang akhir pada itu petang. FYI kepada rakan rakan MUUV sekaliannya, tunggulah review Impiety: Asian abomination tour 2011 mereka kelak di MUUV, crush,kill and conquer, semestinya the barbarian ways!!!!!!!
Adi, sila disablekan word verification, susah mau komen daaa
haha sori psl word verification tu haha...tq psl komen yg jujur ya...mlm ini kita jalankan upacara sistem barter di rumah Rashid COG!!!!
well written! well done!
thanx Borhan...Drumtech pun stuff nang best!
Miss Sarawak? Bila Ya Bro? X Sedar Pun Aku Ada Event Ya Marek Sblm Closing Season Gig?- Orang Berbalut Bandage .
best...tok pertama kali aku dtg ke gig yg tertutup kat lokasi ya,sebelum tok aku sebok dgn kerja,walaupun pada mula nya Bintulu Buskers nak beraksi tapi sik hal la,cukup sekadar suppoter...apa pun perjalanan asal gig tok nang best,hingga kini nama LEYLA masih bermain dibibir rakan2 yg dijadikan bahan lawak gurau senda....
Thanx marus di atas komen yg jujur itu...ya nama Leyla sering menjadi bahan gurau senda kita & akan berterusan sampei bila2 hahaha
haha Bro Dark Clown a.k.a. Sam! ya peristiwa berdarah ya (event miss sarawak)...klak mun ada masa kita cerita hal ya ok hahah
Hahaha , Boleh2x . . Cam Familiar Nama Ya , Cam Nama Kawan Ku Time Darjah 1 Dolok . . Ya La Nanyak Tek , Opening Season Bila? - Bandage Guy .
Opening Season masih dalam perancangan gik bro...belum tauk bila akan dilaksanakan...hihi
next gig, pakei drumtech mpun drumset gik.. heheh.... boleh kan? kan?
Post a Comment