Salah satu webzine yang seumpamanya ciptaan anak tempatan (percuma tak perlu bayar) untuk tatapan & bahan ilmiah dari segi muzikal khas bagi peminat Muzik Bawah Tanah di Bintulu Sarawak. Sesungguhnya ini cuma percubaan secara DIY untuk mengangkat Scene Bintulu khususnya demi memeriahkan dan menggamatkan lagi scene kita yang masih kerdil ini. Diharap dapat mendapat sokongan yang padu dari kawan-kawan sekalian. Kalau bukan orang kita, siapa lagi yang akan memartabatkan scene kita.
Metuk Ulau Underground Voices
Tuesday, October 5, 2010
Temuramah bersama Bentara (Ex-Langsuyr)
Bentara, suatu nama yang sinonim dengan band metal tempatan iaitu Langsuyr. Bentara merupakan pengasas band lagenda tersebut, bersama dengan rakan seperjuangan beliau iaitu Azmaniac. Di awal dekad 90’an dahulu nama Langsuyr berdiri dengan gahnya setanding band-band metal sealiran dengan mereka pada ketika itu seperti Sil Khannaz, As Sahar, Brain Dead, Silent Death dan sebagainya. Rilisan-rilisan serta karya-karya terpenting band ini seperti Occultus Mysticsm, Eastern Cruelty dan Asyik telah memberikan impak yang hebat serta berkesan di hati peminat-peminat muzik keras tanahair, sekaligus mendorong anak-anak muda yang ingin berkarya pada aliran yang sama untuk menghasilkan muzik Metal yang ke arah ketimuran. Siapa boleh lupa dengan riff-riff gitar yang hebat diciptakan oleh gitarisnya Bentara melalui lagu-lagu berhantu mereka seperti My Oath For Thee, Ku Cemari dan lagu epik mereka Asyik. Sudah pastinya ianya memberi kesan mendalam kepada para peminat death metal khususnya kerana keunikan yang ada pada muzik mereka, terutama sekali apabila mereka, dengan sempurnanya, menyelitkan elemen mitos tempatan dalam bait-bait lirik lagu mereka.
Berita pengunduran Bentara menarikdiri dari terus bersama Langsuyr amat mengejutkan semua pihak terutama sekali peminat tegar mereka. Bermacam-macam spekulasi yang dilemparkan terhadap isu ini. Apa-apapun konflik yang terjadi pada dalaman band ini, Langsuyr tetap terus berjuang mempersembahkan karya-karya mereka kepada para metalheads tanahair walaupun tanpa kehadiran salah seorang pengasasnya iaitu Bentara. Berikut merupakan soal-jawab diantara saya bersama beliau melalui facebook.
Soalan Pertama:
Boleh ceritakan sedikit tentang profil perbadi saudara serta penglibatan saudara sepanjang bersama Langsuyr sebelum ini.
Hahaha bab ni paling malas nak cerita. Pendek cerita, saya dengan Azmaniac menubuhkan Langsuyr pada tahun 1991. Yang lain-lain tu boleh rujuk pada myspace.com/langsuyrband.
Soalan Kedua:
Sebelum terbitnya album Langsuyr yang terbaru iaitu Bullet, saudara telah membuat keputusan untuk menarik diri dari band tersebut. Bagaimana perkara ini berlaku?
Bullet tak pernah terbit jadi susunan soalan ni tak kena hahaha (Adi: Hampeh! Terkena pulak aku heheh) … Saya menarik diri dari Langsuyr kerana harapan saya tinggi dengan Langsuyr sedangkan keadaan sekeliling tidak sebegitu. Saya kecewa dengan keadaan ini. Jadi saya tinggalkan Langsuyr supaya kecewa saya tak berlarutan. Saya tiada masalah dengan ahli yang lain yang saya anggap macam adik beradik saya sendiri.
Soalan Ketiga:
Jika merujuk kepada salah satu blog saudara iaitu thebentara.blogspot.com saudara ada membuat satu kenyataan bahawa saudara seolah-olah sick & tired dengan perkembangan industri muzik tempatan. Kenapa?
Sebab segalanya telah kami lakukan untuk menerobosi market mainstream dengan mengekalkan integrity kami namun tidak berhasil. Limit sudah sampai, kesabaran sudah hilang. Maka jalan yang terbaik, ialah saya tinggalkan terus dan kembali kepada yang asal. Bermain muzik secara kecil-kecilan. Mungkin ada band lain yang lebih layak.
Soalan Keempat:
Sekarang saudara masih lagi bergiat dalam pembikinan muzik sendiri dengan tercipta demo Master Jedi. Dengar cerita proses rakaman dibuat di Adelaide, Australia. Wah, jauhnya?
Master Jedi sebenarnya adalah demo untuk lagu-lagu Langsuyr yang sepatutnya dirakamkan dalam album Bullet. Lagu Penasaran ada dalam album Bullet (yang tak rilis tu). Dua lagu lagi tu adalah stok lagu Langsuyr juga untuk album seterusnya. Jadi saya tak mahu lagu2 tersebut terkubur, jadi saya riliskan dalam bentuk demo yang murah. Sound memang hancur disebabkan urgency rilis tersebut. InsyaAllah saya sedang mengumpul kembali alatan rakaman dan harapan rilisan seterusnya sound lebih bagus. Ia dirakamkan di bilik study saya di Adelaide, Australia semasa saya berada di sana selama beberapa tahun.
Soalan kelima:
Saya ada terlihat album gambar saudara di page facebook saudara, yang menariknya ada satu album yang berkisar tentang pengalaman saudara berada di konsert Iron Maiden. ceritakan sedikit tentang pengalaman saudara apabila melihat legenda metal tersebut beraksi.
Tak boleh nak gambarkan dengan perkataan. Kena alami sendiri untuk menikmatinya. Rebiu penuh konsert tersebut boleh dibaca di http://krenmaut.blogspot.com/search/label/IRON%20MAIDEN%20Live%20New%20Zealand%202009
Soalan Keenam:
Boleh saudara beritahu kepada pembaca webzine saya ini tentang apa instrument seperti gitar yang saudara masih gunakan sekarang beserta dengan amplifiers serta fx gitar yang saudara sering pakai? Jika tidak keberatan disertakan juga dengan apa software yang saudara gunakan semasa proses rakaman demo.
Yang tinggal sekarang Cuma GIBSON Explorer 96 dan ESP MII. Yang lain telah dijual termasuklah GIBSON Flying V. Efek POD X3 Live dan ZOOM G9.2tt pun telah dijual. Saya miskin alatan sekarang. Saya terpaksa beli balik secara perlahan-lahan.
Software rakaman – Ableton dan Fruity Loops.
Soalan Ketujuh:
Memandangkan saudara juga salah seorang perintis kepada pergerakan Ipoh Metal Militant, adakah saudara masih keep in touch dengan scene tersebut? Apakah perkembangan terkini tentang scene ini yang saudara ketahui?
IMM adalah gerakan berkumpulan. Menyatakan ia adalah gerakan saya, itu tidak benar sekali dan saya membencinya. IMM lebih kepada persaudaraan antara alumni band di dalamnya. IMM sekarang ni senyap dan mendiamkan diri. Masing2 sibuk le.
Soalan Kelapan:
Saya juga difahamkan terdapat beberapa lagu lama Langsuyr yang saudara akan rilis dalam demo Bentara yang akan datang. Boleh saudara nyatakan tajuk lagu2 tersebut serta kenapa ianya diperam sekian lama.
Sebab takde medium untuk dirilis. Anda sanggup? Hahah.. Banyak lagu-lagu Langsuyr yang belum dirakamkan. Oleh kerana saya sudah tidak bersama Langsuyr, maka lagu-lagu tersebut akan dirilis sebagai projek solo BENTARA. Antara lagu – Breezing Monsoon Dance, Sumpahan Tujuh Keturunan dan beberapa buah lagu dalam sesi pembikinan album Bullet.
Soalan Kesembilan:
Apa yang masih memotivasikan saudara untuk masih berkarya?
Minat.
Soalan Kesepuluh:
Last but not least, terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjawab soalan2 saya tadi. Ada apa-apa mesej yang tuan ingin sampaikan kepada para metalheads di Sarawak terutamanya?
Keep on rockin tapi jadi la Mat Metal yang smart. Tak perlu nak ikut cara barat kerana kita ada nilai dan budaya yang tersendiri. Mengaplikasi muzik Metal dan pada masa yang sama mengekalkan jatidiri kita adalah lebih terhormat dari membuang segala-galanya semata-mata untuk mengikut rentak Barat secara 100% dan mengharapkan pujian atas “peniruan/ciplak” yang dilakukan.
Harap faham maksud saya.
(Gambar-gambar ehsan daripada Bentara sendiri yang diperolehi dari page Facebook beliau)
Adi Herman B. Amir
Metuk Ulau Underground Voices (Distro and Webzine)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aku kenal bentara (abg ben) bkn dari zmn langsuyr, tp dari zmn blog krenmaut beliau dlm setahun dua ni, beliau jugak antara pengomen tegar blog aku
so aku lebih selesa menggelar beliau abg ben berbanding bentara
\m/
hehe Bentara kira nama artis dia la bro...sebelum tu masa zaman 90'an byk org panggil dia Batara Guru...mcm2 nama la...tapi yg pasti nama kat IC Ibrisam Akbar...hehehe...betul x bro?
Post a Comment