Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Friday, August 26, 2011

MAX CAVALERA – WIRA METAL DARI NEGARA DUNIA KE-TIGA (Bahagian Kedua)

Max Cavalera bersama anak-anak beliau Zion dan Igor Jr.



Keluarga besar Cavalera


Max dan Gloria bersama anak mereka Zion (masih baby)

Intro


Damn, agak lama jugak aku mengambil masa untuk menyiapkan Bahagian Kedua tentang topik ini. Tapi takper, kali ni aku teruskan jugak dengan mengutarakan beberapa info penting tentang Wira Metal ini, the one and only, Max Cavalera!

Kehidupan Spiritual Selepas Sepultura

Selepas penarikan diri beliau dari band yang diciptanya sendiri iaitu Sepultura, Max serta keluarga berhijrah ke Amerika dan menetap di Phoenix, Arizona. Pada ketika inilah juga Max membuat keputusan untuk meng-compose lagu-lagu yang berbentuk spiritual (seperti yang kita dengari dalam album-album terawal Soulfly) akan tetapi berbeza pula dengan album-album selepas era Dark Ages (album Soulfly yang menyaksikan kebangkitan semula Thrash Metal dalam pengaruh muzik Max) yang lebih bertemakan peperangan, keganasan, kemarahan dan kebencian, akan tetapi masih lagi terselit mesej-mesej spiritual dan ketuhanan pada tiap lagu yang terdapat di dalam album tersebut.

Pihak Media Massa terutamanya press dari majalah metal antarabangsa (Kerrang,Metal Hammer dan Terrorizer) sering menganggap Max Cavalera sebagai seorang Man Of Religion, walaupun Max sendiri agak hairan dengan gelaran yang diberikan. Apabila ditanya oleh pihak wartawan tentang pendapat beliau mengenai agama dan tuhan, beliau menjawab:

"I do hate a lot of 'religion' but people like Christ - yeah they inspire me. I mean if you look at Christ, He was hanging around with the lowlifes, prostitutes and the losers you know, not going around with those high society motherfuckers you see trying to sell Jesus today""

Apabila ditanya samada beliau ialah penganut agama Kristian yang setia, beliau menjawab:

"No. I mean, if I was a Christian I would wear all these different kinds of omens. Because Christian people are so close minded. A priest would not accept that. So I don't like the concept of Christianity in terms of being so close minded. It is the same with music. Sometimes I compare preachers to close minded musicians or close minded listeners, who only like one kind of music. Some preachers are the same. And they don't tolerate Hindus, Buddhists or whatever. Only them. It's bullshit. So Soulfly is not a Christian band at all. Very much opposite. But we are very spiritual. Spiritual has nothing to do with Christianity anyway. It has been here since the beginning of time."

Beliau juga pernah memberi kenyataan bahawa beliau mempercayai tentang kewujudan Tuhan cuma definisi Tuhan yang dimaksudkannya berbeza dengan perspektif pihak gereja Kristian.

Apa-apapun pendapat Max tentang agama,spiritual dan Tuhan, yang pasti pembawaan muzik metal (pengaruh spiritual) yang diterapkan oleh beliau memberi nafas baru dalam arena Metal Antarabangsa.

Bagaimana Terbentuknya Cavalera Conspiracy?

Berita tentang Igor Cavalera (ex-drummer Sepultura) menarik diri dari Sepultura serta berbaik semula dengan abangnya Max, merupakan khabar yang menggembirakan ramai pihak. Setelah hampir sedekad pertelingkahan yang berlaku di anatara dua beradik ini, akhirnya pada 2007 terbentuknya band Cavalera Conspiracy secara rasmi. Pada awal penubuhan band ini sebenarnya ingin dinamakan sebagai "Inflikted" akan tetapi disebabkan kesulitan dari segi perundangan, ianya ditukar kepada nama yang lebih mencerminkan imej band baru ini iaitu Cavalera Conspiracy. Line-up asal semasa penubuhan ini ialah tak lain tak bukan Cavalera bersaudara (Max - vokal,gitar & Igor - drums), Mark Rizzo (gitaris Soulfly) dan Joe Duplantier (bassist Gojira).

Pada 25 Mac 2008, album pertama Cavalera Conspiracy diriliskan dan ianya berjudul "Inflikted" tajuk yang pada asalnya dicadangkan menjadi nama band tersebut. Penerimaan pihak media massa terhadap album ini pada ketika itu amat memberangsangkan di mana rata-rata wartawan2 dari majalah metal terkemuka berpendapat bahawa ianya merupakan revolusi semula muzik Sepultura dan mengembalikan kegemilangan era album terdahulunya seperti Beneath The Remains, Arise dan Chaos AD.

Inspirasi yang Max perolehi semasa menulis lirik dan composition lagu2 dalam album Inflikted ini adalah melalui proses yang unik di mana beliau menonton 4 movie yang sama setiap hari iaitu Apocalypse Now, City Of God, A Clockwork Orange & La Haine (cerita gangster dari Perancis). Dari situ juga beliau mendapat inspirasi sekaligus mencipta bait-bait lirik yang berunsur peperangan dan keganasan.

Setelah mebuat beberapa siri tour gergasi melalui penyertaan dalam beberapa festival metal terkemuka seperti Wacken, Ozzfest, Pinkpop, Download dan Monsters Of Rock, tanpa membuang masa, mereka proceed dengan pembikinan album kedua.

Pada 29 Mac 2011, album "Blunt Force Trauma" telah berada di pasaran dan ianya menjadi satu kesinambungan kepada perjuangan mereka dari album "Inflikted" dahulu. Single pertama dari album tersebut ialah "Killing Inside" yang sekali lagi mengetengahkan genre Thrash Metal acuan Cavalera Bersaudara.

Kehidupan Keluarga & Perihal Peribadi Max

Di sebalik wajah bengis serta lirik-lirik brutal yang dimuntahkan oleh beliau pada setiap lagu-lagu metal ciptaannya, terselit perasaan kasih sayang yang mendalam antara Max dengan keluarga yang tercinta. Hubungan suami isteri Max dan Gloria boleh diibaratkan hampir menyamai Ozzy serta Sharon Osbourne. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan 4 orang anak iaitu Zion (yang paling sulung) dan Igor Jr (si bongsu), Richie dan Roxanne (yang dua ni kurang sikit ke arah muzik) manakala mendiang Dana Wells, walaupun hanya sebagai anak tiri kepada Max, akan tetapi love and affection terhadapnya setanding bagai anak kandung sendiri. Max kini lebih selesa digelar sebagai metalhead cum family man yang sukses dalam bidang yang diceburinya. Max juga peminat tegar sukan bolasepak dan merupakan penyokong kuat kumpulan bolasepak Liga Brazil iaitu Palmeiras.

Axology Max Cavalera

Semasa era kebangkitan muzik Sepultura, Max Cavalera seringkali menggunakan gitar Warlock jenama BC Rich. Apa yang menarik tentang beliau ialah pada era ini, gitar yang hanya mempunyai 4 tali asas (tuning E A D G) tersebut merupakan trademark beliau pada ketika itu. Pada dekad yang mutakhir ini, Max Cavalera banyak menggunakan ESP 6 String Signature Guitar, dilengkapkan dengan pick-up Seymour Duncan SH6. Beliau juga pernah menggunakan gitar jenama Gibson dari siri SG semasa pembikinan album terawal Soulfly dan album terakhir bersama Sepultura iaitu "Roots". Manakala amplifier yang sering digunakan oleh Max ialah Peavy 3120 dan Peavy 6505. Selain daripada gitar, antara instrumen muzik lain yang sering dimainkan oleh ialah Berimbau (sebuah alat muzik tradisional dari Brazil yang hanya menggunakan 1 tali), Sitar dan kadang2 berjinak-jinak dengan percussions.

Wah, akhirnya habis jugak aku menaip artikel yang tak seberapa ni. Hope you guys enjoy reading this nonsense yet informative article! Hail to Max Cavalera! Hasta La Victoria Para Siempre!

Untuk mendapatkan bahagian pertama artikel ini sila klik: Max Cavalera - Wira Metal Dari Negara Dunia Ke-Tiga (Part 1)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...