Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Monday, January 31, 2011

T-SHIRT "THE FORGOTTEN" (BAND DEATH METAL DARI JAWA, INDONESIA) HARGA: RM30.00 PLUS POSTAGE


Band yang berasal dari Ujung Berung, Bandung (terletak di timur kota) ini memberi impak yang besar dalam scene metal di Pulau Jawa khususnya dalam kelompok komuniti metalheads HOMELESS CREW. T-shirt ini berharga RM30.00 (termasuk kos penghantaran menggunakan pos ekspres)
SIZE: L
HARGA: RM30 (PLUS POSTAGE)
JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI: ADI HERMAN (NO. H/P 013-8090845)
For more info, please visit www.metukulau.blogspot.com

Sunday, January 30, 2011

OFFICIAL T-SHIRT "VORMIT" (HARGA RM35.00 TERMASUK KOS PENGHANTARAN POS EKSPRES)

Siapa tidak kenal dengan Vormit, band grindcore anak tempatan Bumi Kenyalang yang dianggotai oleh Simon (drums), Austin Barr (guitars), Syed (bass), Norisk (vocals) dan Robin (guitars). T-shirt ini merupakan merchandise yang sah dikeluarkan oleh band ini sendiri, bukan buatan bootleg.

SIZE: L & XL
HARGA: RM35.00 (TERMASUK KOS PENGHANTARAN MENGGUNAKAN POS EKSPRES)
JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI ADI HERMAN (NO. H/P 013-8090845)

INSECT WARFARE T-SHIRT (RM35.00 INCLUDING POSTAGE)

Band Grindcore dari Texas, USA yang dinamakan Insect Warfare ini semestinya menjadi pengaruh yang besar dalam landskap scene Grindcore di peringkat global. Harga t-shirt ini termasuk dengan pembayaran kos pos ekspres.

SIZE: L
HARGA: RM35.00 (TERMASUK KOS PENGHANTARAN POS EKSPRES)
JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI: ADI HERMAN (NO. H/P: 013-8090845)

T-SHIRT HAYAGRIVA : NEXUS LUNACY (LAST STOCK - RM45.00 WITH POSTAGE)


Last chance guys! Ini merupakan stok terakhir bagi t-shirt HAYAGRIVA : NEXUS LUNACY (original merchandise from Jo-o Mantheravathee) beserta dengan button badge kecil.
SAIZ: M (USA SIZE)
HARGA: RM45.00 SAHAJA (BESERTA DENGAN BELANJA POS EKSPRES)
JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI: ADI HERMAN (NO. H/P: 013-8090845)

Wednesday, January 19, 2011

THE TIMES - CD EP "THE BALLAD OF JIMI ACID" HARGA RM15.00 SAHAJA (ADD RM5 FOR POSTAGE)


Metuk Ulau Underground Voices dengan kerjasama band tersebut iaitu The Times, secara rasmi meriliskan EP The Ballad of Jimi Acid. Dalam cd EP ini merangkumi 3 lagu terbaru iaitu SPEKTAKULAR, WANITA & BALLAD OF JIMI ACID. Dirakam di Studio BMW (milik Bakri - drummer sessionist terkenal yg pernah bermain dgn Gerhana Skacinta & Meet Uncle Hussain) The Times sekarang mempunyai sound yang lebih matang dan energetik. Jika anda ingin memiliki cd EP ini, bolehlah menghubungi saya di no. h/p 013-8090845 (Adi Herman) atau personal message di facebook.

Monday, January 10, 2011

REVIEW ALBUM: KHEROW - BINTANG TIMOER (MELODIC DEATH METAL FROM SARAWAK)




REVIEW ALBUM: KHEROW - BINTANG TIMOER
Kherow - Sebuah band metal dari Sarawak yang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan metalheads tempatan khususnya. Pada awal kemunculan band ini pada tahun 2000 dengan rilisan cd demo pertama mereka yang berjudul "Melodramatic of Raging War" yang lebih ke arah Norwegian Black Metal (sekadar memberi pendapat), saya rasa saya masih lagi menyimpan cd demo tersebut, masih ada nilai estetika dan klasik. Pada tahun 2004, semasa Sil Khannaz membuat persembahan julung kalinya di Sibu dalam gig Borneo Extreme Music, sempat juga saya melihat band Kherow ini beraksi di pentas. Pada masa itu Mamat (ex-vocalist/guitarist) masih lagi dalam band tersebut.

Berbalik kepada ulasan album ini, secara jujurnya sound Kherow sudah banyak berubah semenjak rilisan demo yang terdahulu. Pendekatan muzik juga berbeza dan jauh dari sub-genre asal. Tapi sekurang2nya pembaharuan yang dilakukan dalam muzik Kherow mendapat sambutan yang amat memberangsangkan di kalangan metalheads tempatan. Mana tidaknya, ramai sungguh yang memperkatakan bahawa sound terkini Kherow lebih ke arah Arch Enemy, tetapi tidaklah meniru habis kerana masih juga terselit indentiti sendiri dalam muzik mereka contohnya melalui lagu instrumental Pentang Peti dalam album ini, agaknya inilah definitif muzik Kherow yang mereka mahukan.

Dari segi mutu rakaman pula, tidaklah terlalu teruk dan tidak juga sempurna keseluruhannya. Banyak yang perlu diperbaiki. Akan tetapi Punchline utama pada album ini ialah double solo yang dilakukan oleh gitaris2 Kherow iaitu Zizie Row dan Muss. Seakan2 adanya pula Michael Amott versi Sarawak, dan kombinasi gitaris ini juga serasi bagai Adrian Smith & Dave McMurray (Iron Maiden). Growling dan Screaming oleh vokalisnya pula boleh tahan juga, cuma Priscilla perlu keluar dari bayang2 Angela Gossow. Apa2pun saya tetap berpuas hati dengan listing lagu yang terdapat dalam album ini. Lagu "Requiem for the Fools" masih bermain2 di fikiran saya semenjak dua menjak ni haha...ini maknanya muzik Kherow telah berjaya menambat hati saya.

Anda boleh dapat kan album Kherow - Bintang Timoer ini dari mereka, cuma search Kherow dalam facebook atau hubungi distro Eastern Voice Production di talian 016-8765462 (Othman).
Label yang meriliskan album ini: www.faithcraftmobile.blogspot.com

Sunday, January 9, 2011

DARK CLOWN - Pre-demo CD (RM5.00 sahaja) Bintulu Very Own Nu-Metal Band!


Metuk Ulau Underground Voices dengan bangganya mempersembahkan kepada kalian semua, pre-demo CD untuk band nu-metal kelahiran Bintulu sendiri iaitu DARK CLOWN. Cd demo self-titled ini merangkumi beberapa lagu seperti DARK CLOWN, I'M THE PAIN dan lagu yang sentiasa menjadi hit song semasa acara gig sekitar Bintulu iaitu SICK ANTHEM! Secara keseluruhannya, mutu rakaman cd demo ini boleh dianggap agak bagus untuk permulaan, tetapi boleh dipertingkatkan lagi mutunya pada masa akan datang.

Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki cd demo ini, anda bolehlah mendapatkannya dari saya di talian 013-8090845 (Adi) dengan harga yang berpatutan iaitu RM5.00 sahaja. Bagi yang berada di luar kawasan Bintulu, tambahan RM5.00 lagi dikenakan bagi tujuan kiriman pos ekspres.

GORESLUTS - CD album ke-2 yang berjudul CUMSHOT KAMIKAZE (RM15.00 sahaja)


Buat julung kalinya, Metuk Ulau Underground Voices ingin memperkenalkan kepada kalian semua tentang band porno-grind yang berpengkalan di Kuala Lumpur ini iaitu GORESLUTS. Dalam cd album yang berjudul CUMSHOT KAMIKAZE ini terdapat 16 buah lagu yang mampu menerangkan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh band ini. Walaupun mesej yang ingin diketengahkan adalah terlalu ekstrim namun mutu rakaman rilisan ini harus dipuji kerana ianya hampir2 sempurna. Di bawah merupakan info sedikit tentang band ini (dipetik dari facebook mereka):

HOLA A TODO FUCKERS!!! GORESLUTS IS BORN IN K.L...WE'RE NOT A SUPER@TECHNICAL BAND...JUST STAY LOW PROFILE AND PLAYING THIS FUCKING TYPE OF MUSIC FOR A PIECE OF FUN AND SATISFACTION!!! GORESLUTS IS LOYAL TO FUCKING GORE N' PORN MUSIC AND LOVE TO HAVE FUN MOST OF THE TIMES...WE HAVE NO INTENTION IN ANY RELIGIOUS, POLITICAL OR SOCIAL ISSUES...FUCK OFF!!! ...JUST LET OUR SOULS ROTTEN TO THIS FUCKING SHITS!!! GREAT ”THANXS” TO EVERYONE IN EVERY PARTS OF THE PLANET WHO SUPPORTS US, YOU’RE FUCKIN’ GREAT!!! VENGA EN...JOIN DA EROTICIZING GORE SYNDICATE!!! YEAH!!!

Bagi mereka yang berada di Bintulu dan ingin memiliki cd ini, harganya cuma RM15.00 dan jika anda berada di luar kawasan Bintulu, tambahan RM5.00 lagi perlu dikenakan untuk tujuan pos laju. Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi saya di talian 013-8090845

HOLIDAY MADNESS - Debut CD titled MOTHER OF ALL MISTAKES (RM10.00 sahaja)


Metuk Ulau Underground Voices mempersembahkan: HOLIDAY MADNESS, satu-satunya band Grunge dari bumi kenyalang yang masih bertapak di dalam scene muzik underground. Biarpun kurang aktif buat seketika disebabkan komitmen kerja dan keluarga, namun legasi grunge kenyalang dapat diabadikan dalam rilisan ini yang berjudul MOTHER OF ALL MISTAKES.

Apabila mendengar kesemua 4 buah lagu dalam EP ini, ianya mengimbaukan kembali aura grunge yang pernah menjadi kegilaan remaja dekad 90'an dahulu. Pengaruh PEARL JAM, NIRVANA, ALICE IN CHAINS dan SOUNDGARDEN amat ketara pada EP ini. Apa yang menarik tentang band ini, ianya ada kelainan dari segi susunan muzik yang lebih teknikal dan perubahan time signature yang mendadak dan ini menyerupai stail yang dibawakan oleh kebanyakan band2 metal. Jika anda ingin memiliki cd ini, anda boleh hubungi saya di talian 013-8090845 (Adi) dan sekiranya anda ingin membuat trade, sila inform saya lebih awal.

SMF DISTRIBUTIONS PRESENTS :HOLIDAY MADNESS Mini Album "MOTHER OF ALL MISTAKES" 4 TRAXS..GENRE :Grunge Rocks From Kuching. price :RM10 (plus RM5.00 more for Postpaid)
Limited Stock...Support Local bands!!

VOLTAN - Debut MCD (out now!) dengan harga RM15.00 sahaja


Metuk Ulau Underground Voices dengan bangganya berkolaborasi dengan Menjrex Nerto Production untuk mempromosikan mcd pertama band VOLTAN yang berpengkalan di Sibu, Sarawak ini.

VOLTAN bukanlah nama asing di persada muzik bawah tanah di Sarawak sejak kebelakangan ini, malah mereka menempa nama melalui siri gig yang dianjurkan sekitar Sarawak pada tahun lepas. Jelasnya sound band ini mengingatkan kembali kepada zaman kemahsyuran Death/Black Metal ala Norwegian dan tidak salah juga saya katakan bahawa lagu2 yang terdapat pada mcd ini hampir2 mirip kepada sound Mayhem dalam album Deathcrush dan Burzum album Aske. Ianya juga memiliki sound doom ala Black Sabbath dan Cathedral sedikit tapi tidaklah keterlaluan.

Metuk Ulau Underground Voices telah dilantik menjadi penjual mcd band ini, jadi jika ada sesiapa dari Bintulu yang ingin memiliki cd VOLTAN ini, anda boleh hubungi saya di talian 013-8090845 (Adi) ALL HAIL TO SARAWAK METAL KOMANDOS!

MAJALAH KARISMA - Isu No. 11 Januari 2011


Metuk Ulau Underground Voices sekali lagi mengetengahkan Majalah Ekstrim Metal negara iaitu KARISMA isu ke-11 untuk bulan Januari 2011. Kali ini pengisiannya lebih berat dan semestinya lebih ekstrim dari isu2 yang lebih kerana kali ini Karisma buat julung kalinya menjadikan IMPIETY (Band Elit Ekstrim Metal Asia dari Singapura) sebagai penghias kulit depan dan artikel mengenai band tersebut yang terkini mahupun imbauan pengalaman band tersebut selepas lebih 20 tahun berkecimpung dalam scene UG Metal di Asia khususnya. Istimewanya isu kali ini juga menyelitkan beberapa artikel yang cukup menarik antaranya mengenai siapakah dia Syed Yusuf Jamadullail, mengenai perihal band teknikal death metal Indonesia iaitu DeadSquad, band2 dari bumi kenyalang juga tidak ketinggalan iaitu Voltan, Suicide dan Militant Attack - the blood brothers of Sarawak Metal Komandos. Cakap pun tak guna la wei...bagi yang tinggal di Bintulu, anda boleh dapatkan majalah ini semestinya di kedai Syarikat Perniagaan Melayu pada harga yang kekal sama iaitu RM10.50 sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...