Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.
Showing posts with label MAJALAH KARISMA. Show all posts
Showing posts with label MAJALAH KARISMA. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

MAJALAH KARISMA - ISU NO. 22 BAGI BULAN MAC 2012 (FRONT COVER : CROMOK REUNION )



Seperti biasa, aku akan menerima supply majalah Karisma dari kuching setiap bulan. Tapi apa yang luar biasa nya kali ini ialah ianya mengetengahkan tentang Cromok dan kepastian tentang Reunion mereka dengan line-up asal iaitu Karl (Guitar) Mijie (Drums) dan Sam (Vocals, Bass). Artikel tentang band thrash metal lagenda tempatan ini tidaklah terlalu menceritakan tentang pengalaman sudah mereka akan tetapi lebih mengutarakan perancangan masa depan band tersebut serta pandangan mereka tentang scene industri muzik sekarang. Selain daripada itu ianya juga in conjuction of Cromok upcoming Reunion Konsert yang akan berlangsung pada 8 April 2012 bertempat di KL Live, Kuala Lumpur (supporting acts Nuclear Strikes, Langsuyr dan Metalasia)

Selain daripada itu, terdapat juga artikel2 yg menarik seperti berita eksklusif dan terkini tentang band Brutal Death Metal tersohor di Malaysia iaitu Necrotic Chaos (menampilkan line up lama iaitu Dark E, Adik dan Wira), Bloodshed (mengembalikan era Battle Of The Bands 80an) dan banyak lagi. Review Konsert pula tertumpu pada Evanescene Live at Kuala Lumpur, Konsert Metalucifer, Judas Priest & Lamb Of God Live at Singapore dan sebagainya.

Jika anda berada di Bintulu Sarawak, anda boleh dapatkan majalah ini di Syarikat Perniagaan Melayu (berdekatan dengan Old Town Kopitiam cawangan pasar) atau hubungin saya di talian 0138090845 (adi)

Tuesday, February 21, 2012

MAJALAH KARISMA - ISU NO. 21 BAGI BULAN FEBRUARI 2012 (FRONT COVER : HUMILIATION )




Ya! Kali ini Majalah Karisma memberikan santapan minda yang lebih hangat, ganas dan menusuk jiwa hitam kalian dengan artikel2 serta review2 yang pastinya akan menarik minat anda untuk membacanya. Kali ini front cover ialah band old school death metal tempatan yang semakin mendapat tempat di hati pendengar irama metal baik dalam dan luar negara. Humiliation tidak boleh dipandang remeh kerana muzik mereka makin bergerak secara progresif dan semestinya lebih brutal daripada rilisan mereka yang terdahulu. Ini adalah kerana pada tahun lepas mereka baru sahaja menjayakan mini tour mereka di Jepun serta mengikuti Bangcock Death Fest di Thailand.

Terdapat juga beberapa review gig/konsert yang pastinya menarik untuk dibaca seperti Suicide Silence Live in Kuala Lumpur, Demonic Chaos Gig, Konsert Loud Speaker (menampilkan band2 rock terkemuka seperti Wings, XPDC, Azlan & The Typewriter dan Faizal Tahir & The Royal FT Force), Carnage Fest (bertempat di Singapura) dan The Gathering Of Terror (Sarawak mali punya gig!).

Jika anda berada di Bintulu, boleh dapatkan isu ini di kedai Syarikat Perniagaan Melayu (berdekatan dengan restoran Ipoh Town Kopitiam) ataupun hubungi aku (Adi Herman) di talian 013-8090845.

Monday, January 16, 2012

MAJALAH KARISMA - ISU NO. 20 BAGI BULAN JANUARI 2012 (FRONT COVER : JUDAS PRIEST )



Ya! Majalah Rock & Metal No. 1 Malaysia kini kembali dengan isu ke 20, dengan menampilkan Judas Priest (pernah digelar sebagai band Heavy Metal paling berpengaruh dalam arena muzik) sebagai cover story, tidak lupa juga dengan interview eksklusif di antara wakil karisma (Adam Md Yusop) dengan Rob Halford, ketua kumpulan serta vokalis utama band lagenda tersebut. Terdapat juga beberapa artikel best seperti review tentang album berbentuk live dari Search yang bertajuk "Search : Live" yang pernah diriliskan pada tahun 1989. Review2 gig dan konsert juga tidak ketinggalan. Kali ini mengetengahkan beberapa review2 yang hebat seperti Impiety : Asian Abomination Tour, Konsert Fenomena 30 Tahun Search (bertempat di Pulau Pinang, Johor Bahru & Kuala Lumpur), Children Of Bodom The Ugly World Tour, gig Devil's Workshop (bertempat di Kuching), gig Creative Chaos Vol. 1 dan All Shall Perish Live in Kuala Lumpur!

Kepada mereka yang berada di Bintulu, Sarawak, anda boleh dapatkan isu ini di Syarikat Perniagaan Melayu (berdekatan dengan Ipoh Town Kopitiam cawangan bandar). Jika anda berada di luar kawasan Bintulu pula dan ingin mendapatkan isu ini, sila hubungi saya di talian 013-8090845 (Adi Herman)

Harga : RM10.50 (add RM5 more for postage)

Sunday, November 13, 2011

KARISMA MAGAZINE : EXCLUSIVELY SIGNED BY SYAITHAN (RM30 ONLY)



KARISMA MAGAZINE : JANUARY 2011 ISSUE
EXCLUSIVELY SIGNED BY SYAITHAN (LEADER OF MIGHTY IMPIETY)
PRICE: RM30 (FREE POSTAGE)
IF INTERESTED PLEASE CONTACT ME AT 0138090845 (ADI)

The Mighty Impiety went to Sibu for the SIBU ABOMINATION GIG on September 11th 2011. The Metuk Ulau Crew had the privilege to attend the meet-and-greet session with Impiety before the show. Below, you can see the photo showing Syaithan signing the Karisma Magazine.


Here is the video of IMPIETY - ASIAN ABOMINATION TOUR : LIVE AT SIBU on 11th SEPTEMBER 2011!

Sunday, October 30, 2011

MAJALAH KARISMA - ISU NO. 18 BAGI BULAN OKTOBER 2011 (FRONT COVER : DESTRUCTION )


Salam Metal buat semua! Kali ini Metuk Ulau Underground Voices sekali lagi mengetengahkan Majalah Karisma bagi isu no. 18 bulan Oktober 2011. Apa yang menarik kali ialah headline nya iaitu DESTRUCTION : LEGENDA THRASH METAL JERMAN. Destruction merupakan antara The Big Three di Jerman (merujuk kepada 3 buah band metal ternama dari Jerman iaitu Sodom, Kreator dan Destruction). Isu kali ini juga memaparkan temubual eksklusif bersama Destruction (I don't know how Karisma done it, tapi isu ini memang betul2 in depth coverage tentang band ini serta profil lengkapnya sekali).

Antara isi kandungan lain bagi isu ini ialah Kolum Interview bersama band2 seperti Jibriel (Indonesia), Unicorn (formerly known as Nrocinu), Punah Ranah dan Hidden Silence. Manakala bahagian review gig dan konsert pula lebih tertumpu kepada event2 seperti Krash Out 2011, Voltan Mini Tour 2011 (this is Voltan's debut gig di Johor), Langsuyr Jurnal Jakarta Berdansa dan Konsert Sampaikan Salam Alleycats.

Dapatkan segera majalah ini di kedai Syarikat Perniagaan Melayu (Jika anda berada di Bintulu Sarawak) dan sekiranya anda berada di luar kawasan Bintulu, anda bolehlah menghubungi saya di talian 013-8090845 (Adi Herman)


Klip Video Destruction - Hate Is My Fuel

Sunday, September 18, 2011

MAJALAH KARISMA - ISU NO. 17 BAGI BULAN SEPTEMBER 2011 (FRONT COVER : WORMROT - TAKLUKI DUNIA!)

Metuk Ulau Underground Voices sekali lagi mengetengahkan Majalah Ekstrim Metal negara iaitu KARISMA isu ke-17 untuk bulan September 2011. Apa yang istimewa tentang isu kali ialah semestinya tentang WORMROT! Sebuah band Grindcore dari Singapura yang semakin mendapat tempat di dunia muzik berat antarabangsa. Artikel tentang band ini boleh dibaca pada mukasurat 18 pada majalah ini, informasi yang padat serta informatif disediakan untuk tatapan pembaca. Aku yang juga peminat band ini juga merasakan Wormrot seharusnya diberi penghormatan dalam majalah ini (melalui coverage meluas tentang info band serta aktivti2 tour yang terkini Wormrot). Wormrot yang mengukir sejarah sebagai band Asia pertama di bawah naungan Earache Record (UK) ini amat istimewa sekali kerana masih memperjuangkan genre muzik Blast-Crust-Old School-Grindcore. Genre sedemikian jarang diketengahkan dalam scene muzik berat pada era yang mutakhir ini.

Pada isu kali ini juga dimuatkan beberapa ruangan baru seperti ruangan Gila Gadjet yang menceritakan tentang produk2 IT serta elektronik terkini serta terlaris di pasaran seperti Tablet PC dan Smartphone. Ruangan Bahasa Inggeris pula mengetengahkan artikel tentang band Folk Metal terkenal iaitu Eluveitie! Ruangan review konsert/gig pula difokuskan kepada event seperti Ramli Sarip Live at Hard Rock Cafe, Konsert Loudness Live in Malaysia dan Ipoh Loudblast Anthem 3!

Kepada yang berminat untuk mendapatkan majalah Karisma isu ini, sila ke kedai Syarikat Perniagaan Melayu (jika anda berada di Bintulu, Sarawak) atau hubungi saya di talian 013-8090845 (Adi Herman)

Harga masih lagi RM10.50 (Sila tambah RM5 untuk belanja pos jika anda dari luar kawasan Bintulu)

Berikut merupakan muzk video Wormrot yang bertajuk BORN STUPID (A LITTLE MORE COMPETITION) diambil dari album pertama mereka yang berjudul ABUSE!

Saturday, May 7, 2011

MAJALAH KARISMA - ISU NO. 14 BAGI BULAN MEI 2011 (FRONT COVER : DEATH ANGEL - EXCLUSIVE INTERVIEW)


MAJALAH KARISMA - ISU NO. 14 BAGI BULAN MEI 2011
(FRONT COVER : DEATH ANGEL - EXCLUSIVE INTERVIEW)

Aik...takkan demam Iron Maiden tak reda lagi?Haha...kini majalah Karisma rilis dengan isi yang semestinya lebih padat dan informatif dalam terma muzik kerasnya sendiri.

Band penghias cover depan bulan ini ialah Death Angel, sebuah band thrash lagenda dari Bay Area, San Francisco USA sebaris dengan band-band yang lahir di tempat yang sama iaitu Testament, Heathen, Forbidden, Exodus, Metallica dan sebagainya. Tujuan band lagenda ini menjadi tajuk utama ialah mereka akan membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 6 May 2011, diiringi Tengkorak (band grindcore terkemuka dari Indonesia) sebagai opening act!

Ianya juga dipadatkan dengan artikel tentang band-and seperti DISEKSA, REVENGE, UNIVERSUM, DISSECTOMY, KISS THE FALLEN, DIEMORECRUSHT serta review gig2 yang telah lepas seperti Misery Index Live in Malaysia, Gig Wira Gitar Berapi, Darah dan Maruah dan semestinya Impiety - Asian Worshippers Tour 2011. Plus, ianya juga mengandungi peraduan Memenangi 2 Tiket ke Konsert Morbid Angel Live in Singapore.

Kepada yang berada di Bintulu, anda boleh dapatkan isu ini di kedai Syarikat Perniagaan Melayu (mcm biasa) atau boleh menghubungi saya Adi Herman di talian 013-8090845.

Monday, April 4, 2011

MAJALAH KARISMA - Isu No. 13 APRIL 2011 (COVER STORY - SUFFERCATION)


Setelah menghilang selama sebulan selepas beredarnya demam Iron Maiden dari Singapura tidak lama dahulu, majalah muzik ekstrim Malaysia iaitu KARISMA kini kembali dengan paparan & artikel yang lebih menarik dan semestinya headbanging serta lebih metal!

Kali ini, cover storynya lebih tertumpu kepada band otai Death Metal tempatan iaitu SUFFERCATION dengan muka depannya mempunyai gambar 3 ahlinya iaitu Ly Razak, Rob Razak dan Jeff Ilias. Band yang pernah menempa nama di persada muzik metal antarabangsa ini diceritakan secara detail dan spesifik dalam isu ini.

Antara artikel2 lain yang pasti menarik anda minat membaca lagi ialah review eksklusif IRON MAIDEN LIVE IN SINGAPORE, gig2 seperti KL THRASHED 2011, UPRISING 3, DEATH MONSTER serta WARMAGEDDON. Ianya disusuli dengan cerita2 terkini band2 metal yang lain seperti LANGSUYR, TRAUMA (INDONESIA), KHEROW, KAZANNA, DEATH STORY, DEMONIC RESURRECTION dan sebagainya.

Kepada yang berada di Bintulu, anda boleh dapatkan isu ini di kedai Syarikat Perniagaan Melayu (mcm biasa) atau boleh menghubungi saya Adi Herman di talian 013-8090845.

Sunday, January 9, 2011

MAJALAH KARISMA - Isu No. 11 Januari 2011


Metuk Ulau Underground Voices sekali lagi mengetengahkan Majalah Ekstrim Metal negara iaitu KARISMA isu ke-11 untuk bulan Januari 2011. Kali ini pengisiannya lebih berat dan semestinya lebih ekstrim dari isu2 yang lebih kerana kali ini Karisma buat julung kalinya menjadikan IMPIETY (Band Elit Ekstrim Metal Asia dari Singapura) sebagai penghias kulit depan dan artikel mengenai band tersebut yang terkini mahupun imbauan pengalaman band tersebut selepas lebih 20 tahun berkecimpung dalam scene UG Metal di Asia khususnya. Istimewanya isu kali ini juga menyelitkan beberapa artikel yang cukup menarik antaranya mengenai siapakah dia Syed Yusuf Jamadullail, mengenai perihal band teknikal death metal Indonesia iaitu DeadSquad, band2 dari bumi kenyalang juga tidak ketinggalan iaitu Voltan, Suicide dan Militant Attack - the blood brothers of Sarawak Metal Komandos. Cakap pun tak guna la wei...bagi yang tinggal di Bintulu, anda boleh dapatkan majalah ini semestinya di kedai Syarikat Perniagaan Melayu pada harga yang kekal sama iaitu RM10.50 sahaja.

Tuesday, December 7, 2010

MAJALAH KARISMA - Isu 10 untuk bulan Disember 2010


MAJALAH KARISMA - Isu 10 untuk bulan Disember 2010. Edisi Karisma tahun ini disudahi dengan isu 10 yang ber-coverband-kan sebuah nama yang tidak asing lagi dalam persada scene underground tempatan khususnya para peminat Grindcore iaitu INFECTIOUS MAGGOTS. Antara artikel yang perlu korang baca dalam isu ini ialah berkenaan sejarah underground & punk di Malaysia dari dulu hingga sekarang, artikel band2 lain seperti Goresluts,Narratik,Reaper,Ajal,Blind Tribe,Bann Bodo & bermacam2 lagi.Bagi yang tinggal di Bintulu,anda boleh dapatkan majalah ini Sykt Perniagaan Melayu (berdekatan dgn City Point) dengan harga cuma RM10.50,kalau kedai lain diorang akan letak harga mahal...lebih kurang RM11 ke atas mcm tu.

Bagi yang tinggal di luar kawasan Bintulu, anda boleh dapatkan isu ini melalui saya Adi Herman,sms @ call saya di 013-8090845.

Jika ada sebarang pertanyaan & untuk keterangan lanjut sila layari:
www.metukulau.blogspot.com

Friday, October 8, 2010

Majalah KARISMA (Isu ke 8 untuk bulan Oktober 2010)


Kali ini majalah muzik ekstrim kebanggaan negara kita iaitu KARISMA dengan julung kalinya meletakkan band otai "Black Fire" sebuah band yang berkonsepkan old skool heavy/black metal (besar kemungkinan band ini merupakan band heavy metal/black metal yang pertama seumpamanya di Malaysia kerana ianya ditubuhkan seawal tahun 1981)serta artikel tentang band grindcore kegemaran sarawakian khususnya iaitu VORMIT. Majalah Karisma kali ini juga memuatkan tentang perkembangan terkini tentang proses rakaman album akan datang oleh Silent Death dimana ianya sudah hampir siap, cuma tinggal proses mastering sahaja lagi

Review konsert kali ini amatlah menarik sekali apabila ianya meliputi Festival Wacken 2010 yang berlangsung di Jerman, konsert band Black Metal Taiwan terkemuka iaitu CHTHONIC, konsert SLASH Live at KL serta gig-gig menarik sepanjang bulan September yang lalu iaitu Vokill Fest serta August Attack Soundmaker yang telah berlangsung di Pulau Pinang.

Kepada sesiap yang berminat untuk membeli majalah ini, sila hubungi:
no. H/P: 013-8090845 (Adi Herman)
email: gautama_81@yahoo.com
serta boleh la anda melawati webzine www.metukulau.blogspot.com

Hail Metal!

Wednesday, September 22, 2010

Majalah Karisma Edisi Bulan September


Kali ini Majalah Karisma mengetengahkan band Rock Heavy Metal 80 iaitu Nuclear Strike, band yang membawa kebangkitan serta reincarnation of 80's Rock Kangkang. Tidak lupa juga ada artikel mengenai band seperti Dark Majesty, Hereafter, Torch serta Chthonic, Taiwan's very own Black Metal band serta ulasan Southern Metal Assault di Johor Bahru.

Harga: RM10.00 (Sila tambah RM5 lagi untuk kos pos ekspres)
Hubungi Adi Herman (no. h/p 013-8090845) untuk keterangan lanjut.

sila lawati www.metukulau.blogspot.com untuk melihat produk-produk lain yang ditawarkan oleh distro ini. Cheers!

Monday, July 26, 2010

MAJALAH KARISMA ISU #6 BULAN JULAI 2010


Kali ini Majalah Karisma mengetengahkan band Grindcore dari Selatan Semenanjung Malaysia yang tidak asing lagi dan cukup tersohor iaitu DAMOKIS, band yang telah mengubah landscape underground scenen tempatan khususnya dalan genre Grindcore. Tidak lupa juga ada artikel mengenai band Master, Shewolves, Warbringer serta ulasan Konsert Double Trouble Edisi Selatan yang bertempat di Stadium Larkin, Johor Bahru.

Harga: RM10.00 (Sila tambah RM5 lagi untuk kos pos ekspres)
Hubungi Adi Herman (no. h/p 013-8090845) untuk keterangan lanjut.

sila lawati www.metukulau.blogspot.com untuk meilhat produk-produk lain yang ditawarkan oleh distro ini. Cheers!

Monday, June 21, 2010

Majalah Karisma (Majalah Irama Berat Pilihan Anda)


Sekarang berada di pasaran! Issue no. 5 Bulan 6 ini mengetengahkan artikel-artikel yang rocking habis seperti review konsert Lamb Of God di Singapura, Interview bersama band Au Revoir - Band Horror Rock/Metal dari Kangar, rencana khas mengenai band otai AC/DC dan semestinya up close and personal bersama Aradia!

Harga: RM 10.00(Harga Sabah / Sarawak)
Sila hubungi Adi Herman di talian 013-8090845 jika berminat untuk memilikinya.

Untuk keterangan lanjut sila layari http://metukulau.blogspot.com

Sunday, May 9, 2010

Majalah Karisma (Majalah Irama Berat Pilihan Anda) ISU #4 MEI 2010


Kini sudah tiba di Bintulu! Majalah Karisma isu #4 bulan Mei 2010 mengetengahkan edisi khas KL METALCAMP serta Review Gig seperti Malaysian Metal Warrior, Tugau Metal Fest (diadakan di Mukah sebelum ini) serta Extreme Noise. Antara artikel eksklusif ialah mengenai band2 Metal tempatan seperti Picagari, Metalasia dan Shamanic Rites serta tidak dilupakan band2 antaranbangsa seperti Jasad (Indonesia), Tormentress (Singapore) serta Defiled (Japan). Dapatkan di Metuk Ulau Distro no.h/p 013-8090845 sementara stok masih ada!

Harga: RM10.00 Sahaja

Saturday, April 10, 2010

Majalah Karisma (Majalah Irama Berat Pilihan Anda)



Isu #3 keluaran bulan April 2010 memaparkan artikel tentang band2 metal kegemaran ramai seperti Lefthanded, Silent Death, Farasu, Mantak & Crown of Horns (War Metal Bands from Sabah). Disertakan dengan poster Xentrix, Silent Death & Lefthanded.

Price: RM10.00 sahaja sementara stok masih ada!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...