Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Tuesday, February 21, 2012

MAJALAH KARISMA - ISU NO. 21 BAGI BULAN FEBRUARI 2012 (FRONT COVER : HUMILIATION )




Ya! Kali ini Majalah Karisma memberikan santapan minda yang lebih hangat, ganas dan menusuk jiwa hitam kalian dengan artikel2 serta review2 yang pastinya akan menarik minat anda untuk membacanya. Kali ini front cover ialah band old school death metal tempatan yang semakin mendapat tempat di hati pendengar irama metal baik dalam dan luar negara. Humiliation tidak boleh dipandang remeh kerana muzik mereka makin bergerak secara progresif dan semestinya lebih brutal daripada rilisan mereka yang terdahulu. Ini adalah kerana pada tahun lepas mereka baru sahaja menjayakan mini tour mereka di Jepun serta mengikuti Bangcock Death Fest di Thailand.

Terdapat juga beberapa review gig/konsert yang pastinya menarik untuk dibaca seperti Suicide Silence Live in Kuala Lumpur, Demonic Chaos Gig, Konsert Loud Speaker (menampilkan band2 rock terkemuka seperti Wings, XPDC, Azlan & The Typewriter dan Faizal Tahir & The Royal FT Force), Carnage Fest (bertempat di Singapura) dan The Gathering Of Terror (Sarawak mali punya gig!).

Jika anda berada di Bintulu, boleh dapatkan isu ini di kedai Syarikat Perniagaan Melayu (berdekatan dengan restoran Ipoh Town Kopitiam) ataupun hubungi aku (Adi Herman) di talian 013-8090845.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...