Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Sunday, January 9, 2011

MAJALAH KARISMA - Isu No. 11 Januari 2011


Metuk Ulau Underground Voices sekali lagi mengetengahkan Majalah Ekstrim Metal negara iaitu KARISMA isu ke-11 untuk bulan Januari 2011. Kali ini pengisiannya lebih berat dan semestinya lebih ekstrim dari isu2 yang lebih kerana kali ini Karisma buat julung kalinya menjadikan IMPIETY (Band Elit Ekstrim Metal Asia dari Singapura) sebagai penghias kulit depan dan artikel mengenai band tersebut yang terkini mahupun imbauan pengalaman band tersebut selepas lebih 20 tahun berkecimpung dalam scene UG Metal di Asia khususnya. Istimewanya isu kali ini juga menyelitkan beberapa artikel yang cukup menarik antaranya mengenai siapakah dia Syed Yusuf Jamadullail, mengenai perihal band teknikal death metal Indonesia iaitu DeadSquad, band2 dari bumi kenyalang juga tidak ketinggalan iaitu Voltan, Suicide dan Militant Attack - the blood brothers of Sarawak Metal Komandos. Cakap pun tak guna la wei...bagi yang tinggal di Bintulu, anda boleh dapatkan majalah ini semestinya di kedai Syarikat Perniagaan Melayu pada harga yang kekal sama iaitu RM10.50 sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...