Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Monday, January 10, 2011

REVIEW ALBUM: KHEROW - BINTANG TIMOER (MELODIC DEATH METAL FROM SARAWAK)




REVIEW ALBUM: KHEROW - BINTANG TIMOER
Kherow - Sebuah band metal dari Sarawak yang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan metalheads tempatan khususnya. Pada awal kemunculan band ini pada tahun 2000 dengan rilisan cd demo pertama mereka yang berjudul "Melodramatic of Raging War" yang lebih ke arah Norwegian Black Metal (sekadar memberi pendapat), saya rasa saya masih lagi menyimpan cd demo tersebut, masih ada nilai estetika dan klasik. Pada tahun 2004, semasa Sil Khannaz membuat persembahan julung kalinya di Sibu dalam gig Borneo Extreme Music, sempat juga saya melihat band Kherow ini beraksi di pentas. Pada masa itu Mamat (ex-vocalist/guitarist) masih lagi dalam band tersebut.

Berbalik kepada ulasan album ini, secara jujurnya sound Kherow sudah banyak berubah semenjak rilisan demo yang terdahulu. Pendekatan muzik juga berbeza dan jauh dari sub-genre asal. Tapi sekurang2nya pembaharuan yang dilakukan dalam muzik Kherow mendapat sambutan yang amat memberangsangkan di kalangan metalheads tempatan. Mana tidaknya, ramai sungguh yang memperkatakan bahawa sound terkini Kherow lebih ke arah Arch Enemy, tetapi tidaklah meniru habis kerana masih juga terselit indentiti sendiri dalam muzik mereka contohnya melalui lagu instrumental Pentang Peti dalam album ini, agaknya inilah definitif muzik Kherow yang mereka mahukan.

Dari segi mutu rakaman pula, tidaklah terlalu teruk dan tidak juga sempurna keseluruhannya. Banyak yang perlu diperbaiki. Akan tetapi Punchline utama pada album ini ialah double solo yang dilakukan oleh gitaris2 Kherow iaitu Zizie Row dan Muss. Seakan2 adanya pula Michael Amott versi Sarawak, dan kombinasi gitaris ini juga serasi bagai Adrian Smith & Dave McMurray (Iron Maiden). Growling dan Screaming oleh vokalisnya pula boleh tahan juga, cuma Priscilla perlu keluar dari bayang2 Angela Gossow. Apa2pun saya tetap berpuas hati dengan listing lagu yang terdapat dalam album ini. Lagu "Requiem for the Fools" masih bermain2 di fikiran saya semenjak dua menjak ni haha...ini maknanya muzik Kherow telah berjaya menambat hati saya.

Anda boleh dapat kan album Kherow - Bintang Timoer ini dari mereka, cuma search Kherow dalam facebook atau hubungi distro Eastern Voice Production di talian 016-8765462 (Othman).
Label yang meriliskan album ini: www.faithcraftmobile.blogspot.com

3 comments:

Ijau D. Koceng said...

aku ingatkan review ni pasal MUUV ada jual... chait~

Adi Herman said...

sori bro...aku nak tolong promote distro member jugak hehe...

Anonymous said...

mna nk dpt cd nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...