Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Saturday, May 7, 2011

MAJALAH KARISMA - ISU NO. 14 BAGI BULAN MEI 2011 (FRONT COVER : DEATH ANGEL - EXCLUSIVE INTERVIEW)


MAJALAH KARISMA - ISU NO. 14 BAGI BULAN MEI 2011
(FRONT COVER : DEATH ANGEL - EXCLUSIVE INTERVIEW)

Aik...takkan demam Iron Maiden tak reda lagi?Haha...kini majalah Karisma rilis dengan isi yang semestinya lebih padat dan informatif dalam terma muzik kerasnya sendiri.

Band penghias cover depan bulan ini ialah Death Angel, sebuah band thrash lagenda dari Bay Area, San Francisco USA sebaris dengan band-band yang lahir di tempat yang sama iaitu Testament, Heathen, Forbidden, Exodus, Metallica dan sebagainya. Tujuan band lagenda ini menjadi tajuk utama ialah mereka akan membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 6 May 2011, diiringi Tengkorak (band grindcore terkemuka dari Indonesia) sebagai opening act!

Ianya juga dipadatkan dengan artikel tentang band-and seperti DISEKSA, REVENGE, UNIVERSUM, DISSECTOMY, KISS THE FALLEN, DIEMORECRUSHT serta review gig2 yang telah lepas seperti Misery Index Live in Malaysia, Gig Wira Gitar Berapi, Darah dan Maruah dan semestinya Impiety - Asian Worshippers Tour 2011. Plus, ianya juga mengandungi peraduan Memenangi 2 Tiket ke Konsert Morbid Angel Live in Singapore.

Kepada yang berada di Bintulu, anda boleh dapatkan isu ini di kedai Syarikat Perniagaan Melayu (mcm biasa) atau boleh menghubungi saya Adi Herman di talian 013-8090845.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...