Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Sunday, May 8, 2011

SAKTISM - THE UNHAILING VOICE OFFICIAL T-SHIRT!


SAKTISM - THE UNHAILING VOICE OFFICIAL T-SHIRT!

HARGA: RM25.00 (SILA TAMBAH RM5 UNTUK TUJUAN POS JIKA ANDA DARI LUAR BINTULU)
SIZE: XL (STANDARD ASIA - BOLEH DIPAKAI JIKA ANDA BERSAIZ L)

Berikut merupakan informasi tentang band Saktism (maklumat diambil dari fanpage facebook mereka - dengan izin):

SAKTISM sebuah band yang menjadikan Melodic Black/Thrash Metal sebagai medium muzik gelap mereka telah ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Seyrol a.k.a Yoyz666 bersama Athmar dengan nama asalnya ABRACADABRA di Matu, Sarawak atau lebih dikenali sebagaii Unholy Triangle.
Merakamkan sebuah lagu secara pro di Irama Studio, Sibu atas jemputan dan kerjasama daripada Menjrex Nerto Prod (MNP) untuk Kompilasi UnHoly Triangle pada penghujung tahun 2000 bersama-sama band seangkatan seperti Shamanic Rites, Kherow, Worship, Remunent, Butcherer dan termasuk Larrong namun kompilasi tersebut tidak dapat dikeluarkan atas sebab2 tertentu. Namun demikian MNP menyerahkan kepada setiap band untuk mengeluarkan sendiri lagu masing-masing .
Pada tahun 2001 nama ABRACADABRA telah ditukarkan kepada SAKTISM atas persetujuan bersama. SAKTISM telah mengeluarkan 1 single bertajuk Judgement Day yang diterbitkan bersama-sama lagu di dalam demo SHAMANIC RITES, agak mengecewakan nama Saktism kurang ditonjolkan dalam demo tersebut.
Pada tahun 2003 Saktism merakam sebuah lagu di studio yg sama dan aktif menyertai gig di sekitar Sibu dan telah menggunakan khidmat pemuzik2 metal dikalangan kawan2 untuk posisi drum, 2nd guitar dan bass.( Abzhan and Ahrymanz of Shamanic Rites, Arrifin dan Apeen).

Pada tahun 2007. Saktism mengambil keputusan untuk berehat seketika.
2010, SAKTISM kembali untuk meneruskan perjuangan dan menyelesaikan misi-misi penting yang terbengkalai sebelum ini dan persetujuan dicapai bersama Athmar untuk kembali menghidupkan SAKTISM . Di masa yg sama SAKTISM turut merekrut Saftism di posisi gitar. Aura kegelapan SAKTISM ini terselah pada kemunculan mereka tanggal 6hb November 2010 lalu semasa gig Sarawak Metal Kommando di Sibu Sarawak. Gig ini juga menyaksikan Saktism bersama barisan anggota terbaru iaitu Saftism dan Nasz .
Saktism yang masih memberi kepercayaan kepada label Menjrex Nerto Production dan seterusnya bernaung di bawah MNP untuk rilisan terbaru ini dan yang pasti akan menjadi tumpuan pengkritik2 di luar sana bagi menilai kematangan muzik yang dibawa oleh Saktism berbanding material pertama mereka 10 tahun yang lepas. Mini Album yang dikeluarkan pada 30 Disember 2010 diberi tajuk The Unhailaing Voice di mana terapat 4 lagu seperti Judgment Day yg dirakam semula dan diberi nafas baru serta lagu ‘ A Journey To Hell’, Laying Beside Satan” & F.O. Walaupun mini album baru saja dikeluarkan Saktism tanpa membuang masa kini dalam proses pre-production untuk album pertama mereka yang pasti dikeluarkan pada pertengahan tahun 2011. Disamping itu Saktism kini telah merekrut Warlord Varzooka untuk posisi drum dan ini pasti menambah lagi aura Saktism untuk terus berkarya dalam menghasilkan sesuatu yang lebih dasyat dimasa akan datang!!!ALL HAIL TO ALL!!!We Krush The Weak!!FUCK OFF!!

Jika berminat, boleh hubungi saya di talian 013-8090845 (Adi Herman)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...