Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Sunday, September 11, 2011

PENGUMUMAN ! Stone Silent Death terlantar di hospital





Ini merupakan berita yang kurang menyenangkan bagi aku dan semua penyokong band Silent Death khususnya! Lebih kurang pada pukul 9.30 malam tadi aku menerima SMS dari Zizie Hashim (merangkap band manager serta kawan rapat Stone) yang menyatakan bahawa Stone terlantar di hospital akibat terkena serangan stroke. Stone dirawat di HUKM Cheras, Selangor.

SMS yang dihantar dari Zizie berbunyi begini:
"Stone kena stroke, sekarang ada di HUKM Cheras, wad 6J, katil no. 23...harap dapat datang melawat dan beri kata2 semangat"

Walaupun hakikatnya aku cuma mengenali secara rapat dengan brader Stone melalui sesi chatting di facebook bagi tujuan pembikinan sesi interview bersama beliau, pada saat itu aku mulai kenal dengan personaliti beliau. Beliau merupakan seorang yang determined dalam memperjuangkan muzik beliau walaupun sebelum ini beliau pernah hilang (hiatus) dari scene metal tempatan dalam jangkamasa yang cukup lama. Akan tetapi, sekembalinya beliau dalam scene, tanpa berpaling ke belakang, Stone bangkit kembali dan meneruskan perjuangannya bersama Silent Death dan sering diundang ke majlis2 gig tidak kira dalam Kuala Lumpur mahupun di luar kawasan (antara tempat yang sering mengundang Silent Death dari luar KL ialah Johor dan Penang).

Bagi kami, iaitu para peminat muzik metal tempatan, sentiasa mendoakan agar bro Stone akan cepat sembuh dari penyakit yang dialaminya kini, Sungguh meruntun jiwa kami para metalheads apabila mendengar perkhabaran sebegini rupa. Moga Allah panjangkan umur beliau dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan hendaknya. Amin.

Jika ada yang ingin membuat sumbangan (samada dalam bentuk wang ataupun selainnya) boleh hubungi Zizie Hashim di facebook beliau atau melalui kaedah bank in ke akaun bank Maybank yang bernombor 114093191166.

2 comments:

Anonymous said...

rip stone..:(

sebastian said...

RIP Stone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...