Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Thursday, September 15, 2011

Sibu Abomination 911 | Detik kemusnahan Sibu!!!! Bab.3


Hujan semakin lebat di luar kubu perang, bau hanyir darah manusia amat menusuk hidung, mayat segar diratah oleh burung hering yang sentiasa berterbangan menunggu mayat mayat yang dibuang dari medan peperangan. Dengus raksasa semakin kuat kedengaran, dentuman guruh dan kilat sabung menyabung di angkasa seolah olah mengiringi kehadiran bala tentera negara Unholy Triangle yang bersedia untuk berperang di daratan dan di angkasa!

Well, itulah aku punya masalah kalau nak menulis, terlalu banyak imaginasi yang pelik sehingga aku sendiri pun tak begitu faham apa yang sedang aku nukilkan. Tapi perenggan di atas adalah bayangan sebenar pada hari tersebut, para metalhead sekaliannya sedang kelihatan berehat di kaki kaki lima dan kedai bersebelahan Paramount Hotel, berlindung dari hujan lebat yang telah turun sejak senja tadi, sambil berehat menghisap rokok, minum minum (minuman ringan ok!!), makan keropok serta berjejak kasih dengan sahabat lama yang datang dari jauh seperti Kuching, Miri, Bintulu, Matu, Daro , Sarikei dan yang paling jauh Brunei Darussalam! Inilah yang dinamakan metal kental, ada yang sanggup berbelanja besar, ambil cuti, tinggal anak bini (tinggal buat sementara waktu saja dengan belanja sekali ya haha!!) semata mata untuk memeriahkan suasana showcase Sibu Abomination 911!! Itu yang dinamakan semangat metal yang sebenar, terima kasih kepada pihak penganjur yang berjaya menganjurkan acara sebegini, kita bukan setakat datang untuk melihat aksi Impiety dan band band tempatan yang bermain pada hari tersebut, tetapi secara tidak langsung acara seperti ini telah mengeratkan ukhwah persahabatan dan Silaturrahim antara metalhead dari setiap daerah dan negeri Sarawak amnya. Tahniah kepada penganjur!! Dan two thumbs up dengan layanan yang diberikan.

Sementara menunggu sesi soundcheck Impiety di tingkat atas, aku sempat berborak borak dan berkenalan dengan beberapa orang veteran metal tempatan seperti Rezor (Voltan/Larrong) yang kebetulan pada masa itu tengah berjejak kasih dengan sahabat lamanya iaitu Lan Metalzine, Lan Metalzine ni memang seorang kenalan dari Bintulu tetapi sekarang bekerja di Balingian, dia juga merupakan seorang old timer (bekas penulis zine dari daerah Bintulu suatu ketika dulu) scene metal di Bintulu sebaris dengan Donny COG (curse Of God) dan Rashid Malim COG. Tapi itu cerita lain laa... Bercerita tentang Rezor, Rezor ni memang seorang pemuda yang begitu peramah, halus budi pekertinya walaupun berstatus seorang veteran metal Sarawak, itulah serba sedikit tentang Rezor dan veteran metal yang lainnya yang tidak dapat aku nak sebutkan nama mereka satu persatu kat sini, sebagai orang lama dalam scene, mereka memang dah tau asam garam kehidupan dan nilai sebuah persahabatan. Persahabatan yang bukan saja di dalam scene, tapi persaudaraan. Bukan macam budak budak band metal/indie/emo malang yang baru nak up pada masa sekarang HUH!! Bila kita tiba di venue gig saja dah jeling kita semacam, bukannya nak menegur tapi kita dijelingnya ganas, dan cara hidup mereka yang berpuak puak, what the hell!! Hoi!!! belajarla menghormati orang yang lebih tua dan juga kawan kawan yang datang, kami lebih dulu merasa vagina dari kamu you son of a bitch!! Nak beli seluar dalam pun masih mintak duit dengan orang tua, dah nak berlagak hebat. (p/s: Adi Herman, sila jangan censor ini part, aku nak sekolahkan sikit mentaliti budak budak baru nih- ed). Nak maju dalam scene kena hormat orang lain ok!! Bukan setakat dalam scene sahaja, malah dalam kehidupan bermasyarakat juga kita perlu saling hormat menghormati. Aku yang tak habis sekolah pun faham daa apa maksud itu pendidikan Sivik. Minta maaf kepada readers kalau terasa.

Ok lupakan pasal rage saya sebentar tadi, tapi itulah hakikatnya scene kita sekarang, masing masing berselindung disebalik ego, tak kemana perginya sayang oiii...pusing pusing, kat situlah jugak. Berbalik kepada cerita tadi, tengah best bercerita dengan brader Rezor dan Lan Metalzine, Fadil Bulih yang berketurunan Bajau mencuit aku mengajak pergi ke tingkat atas iaitu di ballroom A&B, tak sabar benar dah rupanya si Fadil ni nak kena kokak oleh raksasa kat atas sana heheh!

Sampai saja kat atas, crowd masih berkumpul di luar ballroom, walaupun bersempit tapi kami masih sempat beramah mesra antara satu sama lain, kelihatan Tauke Eastern Voice Production (EVP) yang tersohor seantero Malaysia iaitu brader Othman Yusof sedang rancak bercerita bersama teman teman lama dengan loghat Melanau beliau yang begitu pekat, hellyeah!! mudip Melanau!! Pada petang itu beliau datang sedikit terlewat sebab flight dari Kuching berangkat pada 4pm lebih kalo tak silap, nasib sempat, kalo tidak , gerenti terlepas showcase yang terpenting untuk dekad ini (Adi Herman??? menyesal? - ed)


Chaos Command 696 begins!!!!!Final Chapter

Selepas berborak lebih kurang kat tangga, kami tiba tiba dikejutkan dengan keadaan yang begitu chaos seketika, bilamana crowd berpusu pusu masuk ke ruang legar ballroom untuk melihat sendiri raksasa yang ditunggu tunggu selama 2 dekad ini, ya!! The Mighty Impiety telah berada di atas pentas, keadaan senyap seketika, lampu terpadam dan kedengaran runut bunyi daripada album Skullfucking Armageddon kalo tak silap saya sedang berkumandang, bunyi tapak kaki kuda yang sedang lari bertempiaran seperti dikejar sesuatu memang amat menggerunkan! Alunan perang acuan Impiety!! Kelihatan tiga susuk tubuh membelakangi crowd di atas pentas, jeritan Chaos Command, goatfather, Anal Madonna dan ada crowd yang gila gila meraung jeritan Black Metal (WTH!!!) , tak lupa juga geng kami dari Bintulu yang melaungkan perkataan keramat setiap gig yang pernah dihadiri di Bintulu iaitu OTAAAAKKKKK!!!! Jeritan dan lolongan daripada crowd amat menggamatkan suasana!! Headbangers yang berjiwa kental secara terus terusan berasak asakan di depan pentas sementara menunggu untuk didera dengan setlist yang maha dahsyat daripada Impiety.

Horns Up Shyaitan!!!!!!!!!!!!!


Kemudian cahaya malap bertukar kehijauan, komander perang Impiety iaitu Shyaitan Kommand tersenyum bengis ke arah crowd didepannya, bersedia untuk mengetuai satu peperangan yang amat dahsyat, rupa terbaru beliau mengingatkan aku kepada satu karakter video game paling famous iaitu Kratos GOD OF WAR!! cuma lengannya tidak berantai. Dan sedikit kurus pada pendapat aku. Dengan satu kejutan, Impiety telah membawakan satu lagu daripada MCD Advent Of the nuclear baphomet(2011) yang juga berjudul Advent of nuclear baphomet, kalo aku tak silaplah. crowd terus hilang punca, inilah kuasa muzik metal yang sebenar, satu ballroom hampir gila jadinya. Walaupun lagunya masih baru,ada beberapa orang crowd yang sing along lagu tersebut. Ternyata permainan dram oleh Desaster memang padu dan memang tepat pada setiap pukulannya tanpa tertinggal satu beat pun!! sekiranya anda pernah melihat beliau di dalam Youtube, anda akan tahu siapa dia Desaster!! I tell you, this 32 years old Australian guy is fucking rules!! permainannya ada sedikit iras Pete Sandoval (Morbid Angel) memang ultra fast punya drumming. Jarang sekali kita melihat orang bermain double bass pada masa sekarang, tapi pada hari ini kami telah melihat sendiri bagaimana sebuah double bass diseksa sepenuhnya arghh!!!

Impiety menakluk Asia dan dunia dengan line up terbaru


Lagu kedua berjudul Abominate, Fornicate, Desecrate yang dipetik dari album Kaos Kommand 696 (2002) terus berkumandang di setiap sudut ballroom A&B Paramount Hotel, ini lagu memang tidak memberi ruang kepada crowd untuk berhenti bernafas!!! Setelah sekian lama menunggu, baru ini kali kami dapat melihat Impiety membawa lagu ini secara live! mana taknya, feel mendengar didalam CD/kaset atau mendengar lagu ini dibawa oleh cover band memang sedikit lain. Ini betul betul Impiety depan mata, nah!! apa lagi, kami bantai headbang tak hengat!!

Habis sahaja lagu tersebut, Shyaitan memperkenalkan line-up terbaru Impiety pada hari tersebut, Deimos (Gitar) dan Desaster (Dram) . Selepas itu gegendang telinga dan jiwa crowd di punahranahkan oleh lagu Christfuckingchrist yang juga dipetik dari album Kaos Kommand 696. Crowd kembali menggila, Deimos dengan selamba tetapi penuh gaya menggoreng gitar Jackson beliau sambil mempamerkan mimik muka kepada crowd yang cuba mengambil gambarnya, yeah!!cool!! Shyaitan pada hari itu menggunakan Killer bass beliau, memang sesuai dengan badan beliau yang besar menggunakan gitar bass tersebut. Rupanya beliau telah di endorsed oleh Monson guitar untuk siri gitar Malice bass , hail to Shyaitan!! tapi bass tersebut tidak digunakan untuk siri tour Asian mereka pada kali ini. Dentuman pukulan drum Desaster memang total chaos, entah macamana dia dapat stamina yang luar biasa untuk bermain dram selaju itu.Apa apapun, lagu Christfuckingchrist dibawa dengan perasaan semarah mungkin, hail!!!


Antara Crowd yang hadir


Dominator!! iaitu lagu dari EP Dominator (2008) menjadi santapan keempat halwa telinga crowd yang begitu haus akan persembahan live Impiety, keganasan ketiga tiga barbarian tersebut memang tidak dapat dinafikan lagi, ini lagu dimainkan dengan seganasnya, seganas sekawan hering di angkasa yang sedang mencari daging mayat mayat di medan peperangan!! Crowd semakin hilang punca, crowd Unholy Triangle telah ditakluk oleh kuasa metal dari negara Singa ini dengan begitu rakus sekali!!!

Lagu kelima ialah At war with Temujin, juga dari EP Dominator(2008) berentak ultra berat dan setiap beatnya mengajak crowd untuk turut headbang tanpa henti, mujurlah organizer pada hari tersebut tidak menggalakkan atau melarang crowd dari aksi aksi mosh dan selainnya, kalau tidak, dah tentu ada aksi aksi wall of death berlaku, ya benar!! ini lagu memang menghasut crowd untuk membuat aksi wall of death!! Di sini aku amat memuji pihak penganjur, kerana menyediakan pasukan RELA untuk menjaga keselamatan semasa show sedang berlangsung, faham faham sajalah kalau dah band metal bermain, tentu crowd yang datang seorang kaki headbang! bukan kaki poco poco! Dan crowd di Sibu pada hari itu memang patut diberikan pujian, mereka memang dah tau apa yang baik dan buruk aksi yang dilakukan, yang penting, ikutlah peraturan, safety first, tiada alkohol, tiada dadah, tiada pergaduhan dan bergembira semaksimum mungkin tanpa mencederakan orang lain. Salute sekali lagi kepada penganjur.

Lagu ke enam aku tidak berapa pasti apa tajuk lagunya, cuma aku dapat dapat meneka lagu tersebut daripada album Skullfucking Armageddon(1999) yang pada suatu ketika dulu aku pernah memiliki kasetnya, ya! kaset, itu zaman mana aku mampu beli CD you asshole!! tetapi telah hilang semasa aku berada di Sabah. Itu lagu tetap dibawa dengan begitu bertenaga sekali, aku yang kepenatan sebab kehausan mengambil nafas sekejap dengan duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak penganjur, tetapi hasutan shyaitan memujuk rayu aku untuk headbang memang tidak dapat dielak, secara tiba tiba aku sambung lagi berheadbang di depan pentas, ya, aku tewas dengan pujuk rayu Shyaitan!! astaga!! (just joke ok!!) nanti ada majalah M*****A yang merapu dan fuck off itu mengambil statement dari ini entri untuk diletak dalam majalah mereka dengan tajuk SEORANG MAMAT MELAYU ISLAM MENGAKU KALAH PUJUK RAYU SYAITAN DALAM BLOG MUUV!! Hahahaha, kalo betul betul terkeluar bagitau aku ok, senang aku nak sunat editor majalah tersebut.

Lagu ketujuh yang turut dipetik daripada album Skullfucking Armageddon(1999) juga diperdengarkan pada hari tersebut. Lord...Lords Of Apokalypse!!!!! Lagu ini telah berada didalam album yang melonjakkan nama Impiety pada zaman pasca millenium suatu ketika dulu, ya, album Skullfucking Armageddon adalah album dimana kesemua aspek muzikal Impiety berubah 696%. Album dimana aspek teknikal gitar dan dram ditekankan. Black/Death/Thrash semua diadun dengan begitu teliti dalam ini album, hampir tiada ruang untuk melodi yang memorable seperti album Asateerul Awaleen(1996) dan suara growl Shyaitan dalam ini album juga turut bertukar lebih garang, tak percaya? carilah sendiri album ini di distro distro atau kedai kaset yang berhampiran, itupun kalau ada.

Lagu kelapan yang juga yang terakhir aku rasa pada hari tersebut ialah Torment in fire yang juga diambil daripada album Skullfucking Armageddon, hellyeah!!!!! kali ini live versi Tormentors in Sibu hahaha!!!!! ini antara lagu live yang wajib bagi setiap tour Impiety, ya benar!! mereka akan mainkan lagu ini di setiap tempat mereka mengadakan show, tak percaya jugak??happada!!! you tube laaa!!! itu gunanya teknologi, dengan teknologi kita boleh bikin macam macam, jangan asyik tengok porno saja ya kawan kawan!! Ok , berbalik kepada persembahan mereka, memang sungguh dahsyat permainannya, rentak black/thrash yang memukau mengajak sama crowd kembali ke soul metal yang sebenar, dan aku rasa aku talah kembali dimana zaman aku habis persekolahan dulu, seperti watak Anton Ego dalam animasi Ratatouille (2007),anggap sajalah aku pada waktu lagu torment in fire di mainkan, aku seolah olah seperti watak Anton Ego selepas makan hidangan terhebat yang disajikan oleh sang tikus, nak tahu siapa Anton Ego? rajin rajinlah menonton Disney Channel. habis cerita. Bila terdengar lagu tersebut, terbit satu perasaan yang sukar untuk dijelaskan dengan kata kata, mungkin bukan aku seorang saja yang merasa begitu, crowd yang hadir mungkin merasakan benda yang sama juga (crowd yang sama era dengan aku sajalaa)

Persembahan berakhir tanpa encore arghhh!!!!!!! Mungkin petanda mereka akan datang lagi ke sini hellyeah!!!! Kesimpulan aku tentang ini band..hmmm...the finest in its class!!!!! mereka memang layak digelar sebagai gergasi metal terulung di Asia!!!! Memang tidak dapat dinafikan lagi, dari segi showmanship, skill dan keganasan menghancurkan stage, mereka ada kesemuanya. Hail to the Mighty Impiety!


Selesai sudah penaklukan Impiety di bandar Sibu, semua sudah musnah sama sekali , scene Unholy Triangle telah ditakluk dengan begitu sempurna kejamnya oleh raksasa dari kota Singa, 666% total chaos!!!!!!!!!! yang tinggal hanyalah secebis kenangan di sana, suasana sepi, udara beracun merajai atmosfera... darah darah kering yang menjijikkan berubah warna, bangkai manusia dan gergasi bergelimpangan, tak ubah sepeti kiamat sudah berlaku.

-TAMMAT-

  • Ribuan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Menjrex Nerto Production terutama saudara TaxZudin, kerana sudi menjemput kami daripada Metuk Ulau Underground Voice and Distro dan Noise of Borneo Blogzine untuk mereview ini showcase dan menginterview Impiety secara ekslusif!! (kami budak baru belajar hellyeah!!) serta memeriahkan suasana pada hari tersebut, tak lupa juga kepada band band yang terlibat seperti Shadow, Immolate, Voltan, Saktism dan Larrong, serta geng geng dari wilayah Unholy Triangle, hail and respect from us!!!!!!! Tak lupa juga kepada readers tegar Blog MUUV dan Noise Of Borneo, Sehingga berjumpa lagi di lain masa Insyallah. akhir kata dari aku, Hail to the extreme!!!!


4 comments:

Adi Herman said...

damn ada indah nama aku disebut

Korawk said...

semestinya!! haha, thanx for the co-operation bro Adi Herman, satu pengalaman menulis yang paling manis bagi aku bersama MUUV!! ini baru dinamakan the arrogance alliance of underground webzine elite!!

Adi Herman said...

An Arrogance Alliance of Metuk Ulau Extreme Elite!!!

donny cog said...

sesuatu yg bagus dan memberi makna kepada sence bintulu yg kerdil ni...teruskan usaha anda,Cog akan sentiasa ada dibelakang....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...