Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Tuesday, September 13, 2011

Sibu Abomination 911 | Detik kemusnahan Sibu!!!! Bab.1


9/11 tarikh yang keramat di Amerika sana dimana pada tarikh tersebut, 10 tahun yang lepas, rakyatnya berada dalam panik dan ketakutan yang terlampau dek serangan pengganas, begitu juga di Sibu pada tarikh tersebut, cuma ianya berlaku 10 tahun selepas tragedi 911 di Amerika sana, cuaca yang sedikit mendung berawan hitam pekat seolah olah menandakan akan munculnya raksasa Metal dari Asia iaitu IMPIETY!!! seperti yang telah diramalkan beberapa bulan sebelum ini, yang mana ianya akan memusnahkan bandar Sibu dengan serangan yang sunnguh sadistik!!! Pada hari sebelumnya mereka dilaporkan telah memusnahkan bandar Penang dengan ledakan nuklear yang maha dahsyat!! Kebanyakan yang sudah tahu tentang ini bencana awal awal lagi telah menyarungkan pakaian perang hitam mereka dengan lengkap bersenjata menuju ke kubu pertahanan terakhir dimana raksasa itu akan mula menggempur, kubu pertahanan metalhead pada hari tersebut iaitu di Paramount Hotel, Sibu. Dari jauh, kelihatan runtuhan demi runtuhan berlaku dan bahang kepanasan radiasi nuklearnya langsung tidak dapat ditahan sama sekali. Berikut adalah rentetan detik detik terakhir yang sempat aku catatkan buat pedoman anda semua, sebuah catatan berdarah sebelum Sibu dimusnahkan sepenuhnya...


MUUV Barbarian hordes!! Takla barbaric sangat hahaha

2pm

Aku serta kawan kawan yang datang telah berada di ballroom A&B di Paramount Hotel, setelah dipelawa oleh saudara TaxZudin supaya naik ke atas, kelihatan pihak organizer dan crew crewnya tengah mempersiapkan pentas untuk acara yang penuh berdarah itu nanti. Kaunter tiket dan merchandise masih belum lagi beroperasi, oleh kerana terlalu kepanasan sebab air cond belum dibukak, kami bertiga iaitu aku, Rashid Malim dan Fadil turun ke luar hotel untuk merokok dan mencari port ngeteh, jauh di horizon, kelihatan rakan rakan semetelan yang lain muncul satu persatu, ada yang berkereta, ada yang bermotosikal, ada yang berjalan kaki, semua dengan satu tujuan, iaitu menyertai 'raksasa' yang akan datang menyerang pada petang kelak. Kami gerombolan barbarian dari Bintulu sempat juga menemui personel dari band Immolate iaitu Varaheim, Black dan Adir yang tengah minum minum di kedai kopi yang berhampiran. Masing masing menjeling ganas antara satu sama lain.

persediaan sebelum perang

4pm

Kedengaran dentuman soundcheck dari tingkat 3 Paramount Hotel, dan secara automatik menandakan kiamat yang hampir dekat, Arghh!!! jom kita naik ke atas!!

Crowd yang lepak depan ballroom

Kelihatan band band senior dari scene Unholy Triangle seperti Shadow, Immolate, Voltan, Saktism dan Larrong tengah menunggu giliran untuk soundcheck buat kali yang terakhir sebelum upacara bermula, aku yang pada ketika itu meremang bulu roma bila mendengar riff riff yang keji dan ketukan gendang neraka yang dialunkan, itu baru soundcheck!! belum lagi acara kemusnahan yang sebenar!!!, sambil sambil mendengar mereka soundcheck, aku sempat membelek risalah risalah yang dipamerkan di sudut AADK, iaitu Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang turut serta mempromosikan bahayanya dadah pada hari tersebut tahniah kepada pihak AADK kerana dapat meluangkan masa bersama metalhead seperti kami, dan faham apa yang kami juangkan. Bukan sahaja risalah yang disediakan, contoh contoh dadah juga dipamerkan, beserta dengan kesan dan bahayanya sekali. Ini membuktikan kepada kita metalhead amnya, masyarakat sudah mula dapat menerima muzik metal yang sebenar, jadi selepas ini takde lagila khabar angin dari media yang memburuk burukkan nama metalhead sekaliannya dengan dadah, skandal seks, minum darah kambing dan sebagainya.

Sesi Soundcheck, tengah headbang didalam gambar ialah
OTAKKKK cawangan Sibu



Hail to AADK , Belia benci dadah!!

Oh ya, pada hari tersebut juga memang dah tersedia pasukan RELA yang menjaga keamanan sepanjang showcase berlangsung, tahniah dan terima kasih kepada penganjur yang banyak menyediakan keselesaan dari segi keselamatan, beginilah yang sepatutnya untuk show show yang akan datang, amat perlu supaya tidak menimbulkan fitnah di mata masyarakat, dan media especially majalah Meleis paling merapu bernama M****KA(FOAD!!) , to people outhere, NOT ALL METAL ARE BAD MATES!!!!!

Hail to RELA!!!!!

5pm

Kelihatan band metal senior dari wilayah Daro iaitu Shadow!!! mula naik ke pentas. Hadirnya seperti bayang bayang hitam. Sejurus sahaja selepas MC habis mengumumkan tentang mereka, tanpa buang masa riff gitar dan dram terus mengaum di ruang angkasa, Vokalnya yang seperti singa kelaparan terus melemparkan dendangan maut yang membangkitkan semangat jahat di dalam jiwa crowd yang hadir pada hari tersebut, aku yang pada ketika itu tanpa membuang masa turut headbang bersama crowd crowd yang lain, ternyata ini band masih berapi seperti dahulu, iaitu di zaman pasca millenium, pada penglihatan aku, kebanyakan yang headbang pada hari tersebut adalah bekas rakan rakan metal di era Esplanade Sibu pada tahun 90an dahulu!! cuma bezanya pada ketika ini, rambut masing masing dah pendek dan saiz fizikal yang banyak berubah, ah, pedulikan faktor usia dan kepanjangan rambut, yang penting semangat metal mau ada!!! Pada hari tersebut mereka membawa tiga lagu keseluruhannya, hanya pada lagu pertama sahaja mereka mengalami sedikit masalah teknikal pada bunyi gitar, tapi mereka menebusnya dengan memberi persembahan yang begitu 666% ultra bertenaga dan the finest in its class!!!! salutant to the senior elite!!! itulah Shadow!!! puaka metal dari Daro, Insyallah jika ada kelapangan suatu hari kelak aku akan interview ini band, se-eksklusif mungkin

The mighty Shadow from Daro!!!

Bersambung . . .

5 comments:

Ijau D. Koceng said...

aku rasa "belia benci penyalahgunaan dadah" baru betul

Adi Herman said...

haha tepat sekali...dadah tak buat salah kat kita, kita buat salah dgn dadah...ya la dinamakan PENYALAHGUNAAN!!!

Korawk said...

Belia benci tapi rindu dadah haha

barangkali marus said...

leyla.....terbaik...ada juak otakk cawangan cnun.hahaha

Adi Herman said...

haha bro marus, setiap daerah n pelusuk negara kita tok, pasti ada geng OTAK yang dtg utk memeriahkan gig/konsert haha asal jgn gaduh sudah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...