Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Tuesday, September 13, 2011

Artikel: IMPIETY - Dari Perspektif Seorang Peminat Muzik Metal Seperti Aku (Entri Filler)

Salam Metal dan Salam Underground buat kalian semua pembaca2 MUUV!

Semestinya kalian telahpun membaca artikel tentang review gig Impiety : Sibu Abomination yang telahpun berlangsung di Paramount Hotel, Sibu pada hari ahad lalu. Ianya merupakan satu pengalaman yang sungguh bermakna buat saudara Korawk Noise Of Borneo selaku wakil webzine MUUV, segala liputan yang dibuat secara in-depth-coverage tentang gig tersebut amatlah dihargai! Salute to bro Korawk, bro Rashid C.O.G. & Fadil Bulibahkalaukau kerana menjadi wakil metalheads dari Bintulu untuk menghadiri event yang sungguh EVIL dan EXTREME ini!

Entri ini cuma sebagai filler outro kepada review gig Impiety di Sibu Abomination tempoh hari. Semestinya ianya menjadi suatu pengalaman yang sungguh berharga buat saudara Korawk kerana berpeluang membuat sesi temuramah eksklusif bersama Syaithan dari Impiety!

Soalan yang sedang bermain di fikiran aku sekarang ni, "Sejak bila aku start minat IMPIETY ni?"

Seingat aku, rasanya aku mula mengenali tentang kewujudan band ini masa tahun 2002 kot, zaman tahun akhir aku di kolej dahulu (Kolej Profesional Mara Beranang, Selangor).Masa tu aku dah mula bosan sedikit mendengar trend muzik rock ketika itu yang lebih ke arah muzik Nu-Metal & Rapcore yang terlalu trendy (macam band Paparoach, Primer 55, Orgy, Rammstein, Limp Bizkit, Staind) entah la kadang benda2 trendy tak berapa true dengan perjuangan muzik diorang. Malas la nak cerita panjang pasal muzik tu, tu dah jadi cerita lain haha. Bagaimana aku boleh terdengar muzik diorang? ermm kalau tak silap aku melalui flyer dan poster mini tentang album diorang pada masa tu iaitu KAOS KOMMAND 696 (aku cuma ada versi kaset ajer untuk album ni dan masih aku simpan dalam koleksi berdarah aku haha) dan tanpa mengambil masa yang terlalu lama juga aku check info tentang mereka di internet. Sememangnya genre Thrash/Black/Death Metal dah lama jugak bertapak dalam setlist genre2 muzik kegemaran aku, semenjak aku dari bangku sekolah menengah lagi (era 90'an - tak sah kalo anda peminat metal ketika itu tak minat dengan band2 seperti Sepultura, Metallica, Slayer, Anthrax, Megadeth dan terjebak kepada yang lebih ekstrim seperti Burzum, Mayhem, Cradle of Filth, Orbituary, Morbid Angel dan sebagainya), zaman membeli kaset original dan menghabiskan masa lepas sekolah di studio jamming. Seterusnya bagaimana aku boleh rasa band ni best, ialah pada masa tu (tahun yang sama - 2002) ada ura-ura yang mengatakan ada penganjur yang sanggup menganjurkan gig Metal di tempat aku iaitu Bintulu dan menjemput IMPIETY sebagai band highlight, tapi akhirnya berita tersebut hanya dongeng semata2. Walaupun begitu gig tersebut tetap diteruskan dan menggantikan NECROTIC CHAOS (Sebuah band Brutal Death Metal dari komuniti Ipoh Metal Militant - agak ternama jugak band ni). Rasanya gig ni dibuat pada tahun 2003 (setahun selepas khabar angin tersebut) dan titlenya diubah kepada Bintulu Bangers Fest (venue: Ghostbuster Club).

Pada tahun yang sama, selepas gig metal (Impiety tak jadi datang tu) tersebut, semasa aku dan family aku pergi bercuti di Kuala Lumpur serta sekaligus menghadiri majlis konvokesyen aku, sempat jugak aku pergi ziarah Campbell Complex (Shopping Mall tempat lepak geng2 rockers). Semestinya tak sah kalo tak ziarah Kedai Aunty (sapa tak kenal dengan Aunty ni, maknanya korang tak peka dengan perkembangan muzik metal tempatan, seriously speaking) dan Kedai Nebiula Metalshop. Setelah bertanya dengan tauke2 dari kedua2 kedai, akhirnya aku berjaya mendapatkan 2 buah cd Impiety seperti di bawah:

CD2 Impiety
1) Skullf**king Armageddon 2)Two Majesties - Arrogant Alliance of Satan Extreme Elite

Apa yang aku dapat tafsirkan tentang album ini?mudah sahaja. Ianya adalah 666% pure Black / War / Brutal Death Metal yang teramat ekstrim pernah aku dengari! Sememangnya band ini berhak digelar Extreme Elite dalam dunia Metal. Mana tidaknya, perspektif aku tentang muzik black / death metal serta merta berubah, aku ingatkan hanya Deicide dan Morbid Angel sahaja band yang betul2 bad-ass dalam membawa genre tersebut, akan tetapi anggapan aku meleset sekali. Selepas menghayati muzik Impiety (dari kacamata seorang pemuzik ok, bukan dalam soal falsafah dan mesej mereka) barulah aku mengenali band2 yang seangkatan dengannya seperti Surrender Of Divinity (Thailand), Istidraj (S'pore), Impaled Nazarene (Finland), Gorgoroth (Norway), Belphegor (Austria) dan bermacam2 lagi band yang incorporate elemen Black Metal dengan riff2 yang lebih berat serta blast beat yang mengancam jiwa!

Pada awalnya aku beranggapan bahawa muzik sebegini amat fresh serta powerful. Ianya benar2 membuka mata aku dari aspek muzikaliti bahawa muzik berat sebegini amat mencabar kewibawaan gitaris/drummer/bassist/vokalis metal di luar sana, mana tidaknya...ianya PANTAS, BERAT dan BUKAN UNTUK MEREKA YANG LEMAH SEMANGAT! Akhirnya aku terjebak juga dalam kancah menyukai genre muzik metal sebegini sehingga ke hari ini haha.

Sebulan sebelum peristiwa berdarah IMPIETY : SIBU ABOMINATION 2011, terlebih dahulu aku membeli CD Impiety yang sudah sekian lama aku tunggu iaitu IMPIETY : 18 ATOMIC YEARS!


Impiety : 18 Atomic Years (2 CD with signature of Syaithan on inlay cover)

Album ini dirilis dalam bentuk DVD format untuk cover nya, merangkumi koleksi lagu2 terbaik Impiety dari demo pertama mereka (berjudul Reh - 1991) sehinggalah ke rilisan Formidonis Nex Cultus (2007). Ianya boleh dikatakan sebagai album The Best Of kerana merangkumi lagu2 yang sering dibawa oleh Impiety pada setiap konsert/gig di setiap rangkaian tour jelajah dunia mereka seperti Carbonized & Reign The Vulture (dari album Paramount Evil : 2004) Anal Madonna & Bismishyaithan (dari album Assateerul Awwaleen : 1996) serta Lords of Apokalypse & Torment of Fire (album feberet aku Skullfucking Armageddon : 1999). Oleh kerana aku membelinya dari distro yang cukup tersohor di Sarawak iaitu Eastern Voice Production, semestinya rilisan ini agak istimewa kerana ianya mempunyai tandatangan Syaithan (vokalis/bassist/guitarist dan juga pengasas band ini). Aku beli cd ni pun sebagai Contingency Plan, kalau aku last minute tak dapat join gig Impiety di Sibu tempoh hari haha. Memang aku tak dapat hadirpun (disebabkan beberapa event yang clash masa dengan gig tersebut). Harga CDs ini pun cukup special (melebihi nilai RM50) akan tetapi ianya cukup berbaloi dengan isi kandungan yang sarat dengan lagu2 yang betul2 meninggalkan kesan di hati! Oh ada 1 bonus track pulak dalam kompilasi ini (track pertama dalam CD no. 1) iaitu Dominion 18, yang lebih menceritakan tentang perit getir serta kisah pengalaman serta perjuangan band terhormat seperti Impiety selama lebih 20 tahun dalam scene Metal dunia!

Demam Impiety tidak berakhir begitu saja. Akibat daripada perkhabaran yang sah serta sahih tentang gig Impiety Live @ Sibu, seminggu sebelum gig tersebut aku telah TERbeli satu t-shirt official IMPIETY bersempana Tour mereka di Penang, Malaysia. Aku beli t-shirt ni pun atas alasan yang sama gak dengan pembelian CD 18 Atomic Years - in case kalau aku tak jadi pergi Sibu masa Gig Impiety kang! hahaha.




T-Shirt Impiety
Return Of The Black Hordes (North Poem Production)

Boleh tahan gak design ni, walaupun agak kurang nilai Satanisme nya tapi ianya boleh juga dianggap setaraf dengan t-shirt metal dari tag seperti Fruit of Looms, Gildan dan Hanes. Aku deal untuk dapatkan t-shirt ni pun melalui Facebook gak...jadi korang boleh la usha2 kat FB korang dan search NORTH POEM PRODUCTION! Good luck guys!

Akhirnya apa yang aku jangkakan (bad news) telah terjadi! AKU TAK DAPAT PERGI KE SIBU UNTUK TENGOK GIG IMPIETY!!! WTF!!!

Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa menarik diri dari menyertai gig ini. Pada mulanya agak frust jugak, tapi perasaan tersebut segera terubat apabila Korawk dari Noise Of Borneo sudi menjadi perwakilan serta duta MUUV ke Sibu sebagai reporter rasmi. Sekembalinya bro Korawk dari gig tersebut, aku terkedu serta seakan tidak percaya (ada sedikit penyesalan dan perasaan rugi) dengan perbualan Korawk, yang katanya gig tersebut berjalan dengan lancar dan happening serta pengalaman membuat sesi interview bersama Syaithan dari Impiety amatlah berharga buatnya.

Jika anda ingin membaca interview bro Korawk dengan Syaithan dari Impiety, sila klik link di bawah:
Impiety | Siri Bercakap Dengan Shyaitan!!!

Damn! Terasa amatlah frust aku ni sebab tak dapat melihat dengan mata kepala aku sendiri menonton Shyaitan & the geng beraksi di pentas Sibu tempoh hari. Apakan daya, aku sedia maklum dan akur dengan ketentuan bahawasanya aku bukan orang bujang lagi (alasan yang sungguh sadis), tanggungjawab ke atas keluarga lebih penting dari segala2nya.

Bagi mengubat kekecewaan aku itu, bro Korawk dengan murah hati membelikan aku t-shirt rasmi gig Impiety Live @ Sibu Abomination serta hand-tag gig tersebut. Kualiti t-shirtnya pun boleh tahan jugak, font pada perkataan IMPIETY di rekaan hadapan t-shirt ini berwarna emas dan pada bahagaian belakang pula, tersenarai 6 buah band2 metal yang beraksi di gig tersebut seperti Impiety (of course la), Voltan, Larrong, Immolate, Shadow & Saktism.


Impiety : Sibu Abomination 911
(Menjrex Nerto Production)

Pada gambar di atas, aku siap letak sekali beberapa tiket Impiety yang tidak habis dijual. Tauke Menjrex Nerto (Saudara Tazudin Larrong) kata kat aku, yang tiket lebih tu biar aku simpan ajer buat kenangan haha ermm terima ajer la akibatnya. Untuk pengetahuan kalian, Saudara Tazudin dari band Larrong banyak membantu aku dalam menjalankan bisnes distro ni. Banyak ilmu yang aku dapat dari bro Tazudin (tentang selok belok scene metal tempatan serta bisnes pembikinan t-shirt dan teknik pemasarannya). Pengajuran gig Impiety dari pihak Menjrex Nerto Production boleh diibaratkan sebagai batu loncatan kepada langkah2 untuk membawa band2 metal dari luar membuat show di negeri kita yang tercinta ini. buat Menjrex Nerto & the crew, we salute you!

Di bawah merupakan sedutan video dari gig Impiety | Sibu Abomination 911 Live at Paramount Hotel. Judul lagu ialah "Abominate Fornicate Decemate" yang diambil dari album Kaos Kommand 696!



P/S: By the way, bukan aku yang ambil video ni, bro Korawk yang tolong ambilkan! haha WTF!




3 comments:

Korawk said...

Sememangnya Impiety merupakan band yang betul betul di landasan metal yang sebenar, yakni bikin muzik, album, tour sana sini, walaupun Impiety adalah sebuah band yang kontroversi tapi who cares, they're the king dude!!! yang bikin kontroversi hanyalah metalhead/personal yang jealous dengan kejayaan mereka, sedangkan mereka ini yang membuat gossip sana sini tapi langsung tak bikin apa apa yang dalam scene, WTF!! come on guys, metal suppose to be rough, brutal and berpegang kepada prinsip 'WHO CARES!!' it's metal!!! hail to thy mighty Impiety!!!

Adi Herman said...

hail to the extreme! hail to korawk!

Unknown said...

Misunderstood...ttg ada pula ckp impiety bestial metal..impeity black death..bkn war metal. Bkn sya ckp..sbb follow pon albm2 awal, aseterul, ep funeralight..albm skull pnjm dgr dri kwn..kurang ke arah tu..sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...