Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Wednesday, September 14, 2011

Sibu Abomination 911 | Detik kemusnahan Sibu!!!! Bab.2

Selesai saja Shadow meletuskan udara beracun sebagai tanda pembukaan dimensi kegelapan di ruang ballroom A&B Paramount Hotel, kini giliran Immolate pula untuk mendalangi kancah kancah kemusnahan pada hari tersebut, Kelihatan ketiga tiga jembalang kegelapan naik ke pentas untuk setting segala sound sound yang diperlukan untuk memecahkan gegendang telinga crowd yang hadir, pada hari tersebut hanya sebuah band sahaja yang masih mengekalkan unsur unsur tradisional black metal dengan bercorpse paint!! ya, sebuah saja! jarang kita lihat band band black metal lain pada masa sekarang menggunakan corpse paint semasa perform, tapi inilah Immolate!! the real Black metal hordes that still alive and ready to kick your ass out!!! aku menjeling ganas ke arah vokalis dan gitaris Immolate iaitu Varaheim kerana pada tengahari tadi, semasa minum minum kami masing masing menjeling ganas antara satu sama lain. tapi itu cerita kedai kopi daaa..

Immolate .. tiga jembalang

Lagu pertama didendangkan dengan penuh rakus dan sungguh bernafsu sekali!!, pendengaran dan jiwa crowd telah diperkosa sehabis habisnya oleh muzikal Immolate yang seolah olah tiada esok bagimu!! Lagu Sea devil worship (kaul666), Immolate in the night cleewon dan confession of the enchanted dibawa dengan seganas mungkin, untuk pengetahuan pembaca semua, lagu lagu yang mereka bawakan dalam ini showcase diambil dari demo mereka yang bertajuk Immolate | Immolate in the night kliwon (2010) yang telah diedarkan di distro distro berhampiran anda. MUUV juga ada mengedarkan demo Immolate, untuk mendapatkannya bolehlah menghubungi saudara Adi Herman. Sedikit fakta : Lagu mereka bukan sahaja telah dikenali di radio radio metal di Asia, tetapi juga sering di putarkan di radio metal Peru!! Raw is the law!! Ini Jembalang bukan sebarang jembalang!!!


Hari tersebut Immolate hanya didalangi 3 orang jembalang sahaja iaitu Varaheim (gitar/vokal), Black (Bass) dan Adir (drummer), sepatutnya posisi vokal digalas oleh Mayhemmat, tetapi oleh kerana beliau ada urusan lain yang amat memerlukan khidmatnya, beliau terpaksa menyerahkan tugas vokal pada hari itu kepada Varaheim, ahhh...siapa siapa pun vokal Immolate, kami belasah saja, janji ada suara!! jangan kata Varaheim, andai Datuk M. Daud Kilau pun kalau jadi vokal pada hari tersebut pun kami bantai headbanging, sebab apa??sebab ini Immolate!! Salute to these band!! great showmanship, great music and the best part is, their corpse paint hell yeah!!!! this is 666% Black Metal from the Tian Empire!!! Kelihatan beberapa peminat Immolate yang fanatik naik ke atas pentas dengan segera dihalau oleh crew yang bertugas, haha, ya, Immolate sememangnya ada pengikutnya tersendiri, hail!!

Peminat fanatik Immolate haha

Selesai sahaja Immolate mencacatkan pendengaran crowd dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada tengkuk crowd yang rasanya seperti berpintal, serangan hari ini memang nampaknya langsung tidak berhenti di situ saja, dari kejauhan, terdengar semboyan perang dari ditiup, aura panas mula terasa, empat lembaga yang bervoltan tinggi telah muncul di depan pentas, pemandangan gelap seketika, nafas yang hadir seumpama terhenti . . . ya mereka adalah kumpulan Voltan!!!! Sibu metal mafia!!!


Voltan

"Voltan...Voltan....Voltan..." Rezor Voltan mengajak crowd sama sama mengikut apa yang beliau tengah sebut seakan akan menyeru semangat dari para crowd...Voltan!!!!Voltan!!!!Voltan!!!!!! crowd terus menggila, kesakitan tengkuk yang baru sebentar tadi terus hilang serta merta, dan terus tanpa banyak bicara, Voltan menghunus lagu lagu mereka yang dipetik dari EP Voltan (2010) dan secara bertubi tubi menghiris, menetak dan menyembelih satu persatu jiwa crowd yang hadir. Lautan crowd menghayun kepala yang seperti semuanya telah terkena renjatan elektrik yang sungguh dahsyat, tsunami crowd berlari ke depan pentas memang tidak dapat dielakkan lagi, keadaan memang sungguh gila!! Seperti berada di situasi perang , kepala kepala bergelimpangan, darah berhamburan di sana sini, peersembahan Voltan ini adalah salah satu bentuk serangan yang lebih dahsyat dari ledakan bom atom di Hiroshima!!

Generator puaka!!!!!

Hell prevails, Violence reputation, chaos generator dan blasphemous mantera telah didendangkan dengan begitu sempurna , aku, dan mungkin para crowd yang hadir selama ini menginginkan Voltan beraksi didepan mata, bolehlah menyimpulkan persembahan mereka memang superb, atau pendek kata, apa yang anda dengar dalam EP mereka, itulah yang anda dapat dengar ketika melihat mereka perform di depan mata, tahniah kepada gesekan gitar Jackson TaxZudin, gentelan bass dari Alaiz, pukulan gendang perang yang begitu barbaric dari Reon dan suara Rezor yang sebijik kita dengar dalam CD!! Horns up to Voltan!!!!!! Kamu memang sebuah band yang memang ber'karan' sampai habis tengkuk aku sakit wooooo!!!!!! walaupun tengkuk aku sakit, tapi aku belum puas!! jumpa lagi di persembahan yang akan datang.

Satu lagi serangan yang tak terduga selepas terkena renjatan elektrik sekejap tadi, WTF!!! memang tak berhenti penyeksaan kami sebagai crowd dalam showcase anjuran Menjrex Nerto Production nih!!! Band yang anda bawa ni semuanya Arghhh!!!! Power wa cakap lu!!!!!!! Setelah dimuntahkan awan beracun dari Shadow, pendengaran kami terkoyak diperkosa semahunya Immolate dan tengkuk kami patah mematah dari seksaan generator elektrik berpuaka iaitu Voltan, kini, satu lagi kuasa sakti muncul untuk menyelamatkan keadaan, rasanyalah..tapi sangkaan kami meleset, kami fikir kuasa sakti ini datang untuk menyelamatkan keadaan, tapi untuk menambahburukkan lagi suasana perang di Sibu Abomination 911 yang memang sudah parah sejak dari awal tadi !!!! Kuasa sakti yang sungguh rakus di medan perang asia iaitu Saktism naik ke pentas dan sedia untuk merobek apa yang masih tertinggal di medan perang. Jiwa yang lemah menjadi mangsa! Setelah memusnahkan empayar Siam beberapa minggu lepas, mereka kembali ke tanah tumpah darah untuk beraja dimata dan bersultan dihati. Yes!! Mereka telah kembali sebagai Sultan yang kejam!!!!

Saktism

Oleh kerana aku sebelum ini belum pernah mendengar full EP Saktism, aku telah menyambar dengan rakus hingga terpijak beberapa orang di kaunter jualan merchandise pada hari tersebut, sekeping CD Saktism berjaya aku dapatkan!! dan CD nya masih terus berputar dalam aku punya CD Player.

Fuck Off!!

Setlist yang mereka persembahkan pada hari tersebut kebanyakannya diambil dari EP Saktism| The Unhailing Voice (2010) iaitu The judgement day, A journey to hell, F.O( Fuck Off) dan sebuah lagu terbaru Revenge of the hatred yang bakal dikeluarkan pada Disember kelak. Klimaks untuk band Saktism pada hari tersebut ialah pada lagu Fuck OFF!!!! lagu ini berentak thrash metal kalo tak silap pendengaran saya ya tuan dan puan, rentak nya akan membuat kepala anda berhayun secara automatik!! Crowd pada hari itu memang tak berhenti henti menghayun kepala tanda mereka setuju dengan kuasa sakti yang menyihir pendengaran mereka dalam ballroom A&B, satu peristiwa terjadi bila saat lagu kedua mereka kalau tak silap aku ( aku tidak dapat mengulas dengan betul sebab kepala pening gara gara headbanging, tak sedar aku ada penyakit darah tinggi haha, yes it's true you motherfucker!!) telah belaku sedikit kesilapan teknikal pada bahagian gitar yang digalas oleh SafRee, damn!!! nasiblah mereka ni professional, dengan pantas crew berlari naik dan menukar gitar yang baru kepada beliau di atas pentas dan persembahan terus disambung seperti biasa, (sewaktu gitaris tersebut menukar gitar, lagu tetap dimainkan dengan perfect oleh jentera musik yang lain, jadi ini tidak membuang masa, sungguh professional!) itulah kepentingan gitar spare bila perform dalam sesebuah show, takut benda yang tak terduga boleh berlaku. Buat pengetahuan anda semua, Saktism pernah berkongsi pentas bersama The Mighty Impiety beberapa minggu lepas semasa Siamese True Metal Fest 2011 di Thailand sana, band ini adalah kebanggaan bagi kita metalhead dari Borneo kerana mereka telah beraksi bersama gergasi gergasi metal lain yang luar dari negara kita Malaysia seperti New Zealand, Singapura dan juga band extreme metal terhebat dari Thailand seperti Surrender Of Divinity!! Hail Saktism dan selamat berjuang dan menakluk New Delhi, India selepas ini!!!! Sekiranya Singapura ada touring band seperti Impiety, Wormrot dll, scene Unholy triangle apa kurangnya, ini scene ada Saktism!!!!! hail!! hail!!! hail to the king!!!!!fuck off!!!! hahahaha!!! yeah!!!!!!

Setelah disihir dengan mentera Saktism, kini, giliran Band lagenda dari Unholy Triangle iaitu Larrong turun dari tempat persemadian rajanya untuk menarik roh roh yang terperangkap dalam jasad crowd sebelum kedatangan kiamat yang sebenar selepas dua dendangan maut alunan Larrong ini. Mereka merupakan local act yang terakhir pada hari tersebut.

Larrong!! Hail to the king of Unholy Triangle!!

Lagu pertama mereka yang aku sendiri pun tak tahu nama lagu tersebut tetapi amat heavy rentaknya telah menarik crowd untuk banging bersama di depan pentas, pentas yang langsung tidak lengang daripada crowd dari band yang bermain dari permulaan terus terusan diamuk oleh crowd yang berpusu pusu kedepan stage. aku yang pada ketika itu turut terjun ke dalam kancah headbanging terlupa sedikit pasal dunia disekitarnya, kami semua hilang punca, iya!!! inilah tujuan utama aku ke wilayah Sibu, untuk melampiaskan dendam headbanging yang sebenar tanpa gangguan budak budak kaki moshpit yang baru nak belajar tentang metal yang sedjati!!! kenalan kenalan lama dari era Esplanade Sibu masing masing tersenyum puas berpautan sesama sendiri sambil menghayun kepala mengikut rentak muzik dari Larrong yang tanpa pengetahuan mereka, tengkuk mereka akan lenguh sebentar kelak hahaha, tapi takpa, This is Larrong!!! bukan senang bila melihat Rajah sendiri bermain di depan mata. Lu bukan mat metal yang sebenar kalo tidak kenal ini band. Merekalah perintis terawal gerakan bawah tanah di daerah Unholy Triangle (Matu/Daro, Sibu dan Sarikei) Insyallah aku akan kupaskan sejarahnya kelak bila ada masa yang terluang, cuti sekolah hujung tahun rasanya.

Lagu Eastern Shaman yang membuat crowd hilang punca

Lagu kedua, Lagu wajib untuk setiap show Larrong, Ya!!! Eastern Shaman!!!!!!!! hail!! ini memang betul betul lagu metal untuk headbang sampai mampos!! part chorus nya sahaja, semua crowd berteriak Eastern Shaman!! Eastern Shaman!!! kelihatan senior senior metal yang datang pada hari tersebut bantai headbang tak hengat, yang berambut pendek dengan gayanya sendiri, yang rambut panjang ada style dia sendiri, yang rambut setengah ada, setengah takda, ahhh tak payah ceritalah . .kenapa mesti headbang? mana taknya, ini lagu memang ada sejarahnya sendiri, this song is KVLT, ini lagu banyak bakar stage woo!! Ini memang lagu hantu!!! Band local terakhir iaitu Larrong pada hari ini memang menarik seluruh roh crowd yang hadir kembali kepada zaman silam dimana metal adalah segalanya!!!!!!

Hujan turun dengan lebat membasuh darah darah pahlawan yang mengalir menentang ahli sihir, bayangan maut, jembalang puaka, makhluk bervoltan tinggi dan Rajah yang durjana!! . . . tapi di kejauhan dengus raksasa yang telah diseru berpuluh tahun masih kedengaran . . nampaknya masih ada sesuatu yang tertinggal . . MAUK JAGA JAGA!!!!

Bersambung . . .

4 comments:

Adi Herman said...

perghhhhh memang power ayat2 kejam yang kau pakei Korawk!!!! ulasan part 2 ini lebih menekankan persembahan band2 metal local khususnya Unholy Triangle!!! ini yang kita mahukan, ulasan yang x bias dan membangkitkan semangat utk membantu menaiktarafkan scene metal di Sarawak ni...hail Korawk!

Korawk said...

hail to the Unholy Triangle, hail to Metuk ulau, tahun depan Noise Of Borneo perlukan bantuan untuk realisasikan projek Noise Of Borneo | a decades of Sarawak Metal Legion, apa macam?

isk_dare said...

ayat-ayat yang penuh dengan tusukan berbisa,penuh dengan rasukan kesedaran untuk membangkitkan lagi laungan gema gempita bawah tanah sarawak...pemujaan dan pengamalan yang berterusan akan menaikkan lagi gema kemetalan di sarawak ke langit ketujuh dan akan megah disana sebaris kemetalan yang telah wujud..penulisan yang sgt dramatik dan penuh semangat perjuangan kemetalan...hail ya korawk!!!

TULANG KAMBING said...

The Eastern Shaman..
Hail!! larrong..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...