Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Saturday, September 10, 2011

Review - CD Kompilasi IRON MAIDEN - FROM FEAR TO ETERNITY (THE BEST OF 1990 - 2010)





Kira-kira beberapa minggu sebelum bulan Ramadhan lepas, semasa menghadiri satu sesi taklimat di pejabat HQ Kuching, entah macam mana aku boleh TERbeli (haha quote yang sama digunakan oleh bro Ijau)CD kompilasi IRON MAIDEN : FROM FEAR TO ETERNITY (THE BEST OF 1990 - 2010) ini di Wisma Hopoh, sebuah tempat membeli belah yang agak old-school di sana.

Ok I have to admit, aku bukanlah peminat tegar Iron Maiden, tapi kita di kalangan penggemar muzik metal seharusnya bersependapat bahawa adalah wajib mengenali band ini sebelum berkecimpung dalam arena muzik berat sebegini! Aku boleh bet la,tipu la kalo korang tak minat riff-riff yang hebat alunan daripada kombinasi 3 gitaris hebat (The 3 Amigos - Adrian Smith, Dave Murray dan Janick Gers), teknik fingering yang pantas oleh bassist lagenda Steve Harris (selaku pengasas band ini) serta ketukan drums yang solid lagi berhantu oleh Nicko McBrain. Mungkin ada di kalangan kalian semua pada awal pembabitan dalam meminati muzik Metal ada yang terpengaruh dengan band2 dari The Big Four (Metallica, Anthrax, Slayer dan Megadeth) mahupun yang lebih old-school seperti Black Sabbath dan AC/DC, tapi seharusnya band lagenda ini diberi perhatian yang sama dan juga terdapat dalam kamus pengetahuan Metal peribadi milik anda semua!

Berbalik kepada review CD ini, ianya dalam pakej yang cukup berbaloi (masa aku di kedai CD hari tu, aku dalam keadaan terpaksa memilih antara CD Cavalera Conspiracy yang terbaru "Blunt Force Trauma" atau yang ni) di mana dibekalkan dengan 2 CD dengan harga seperti membeli 1 CD original sahaja! Cukup berbaloi dan pada pendapat aku pula, ianya worth the money that i spent on this CDs.

Koleksi lagu2 dalam kompilasi ini juga cukup power, mana tidaknya, ianya merangkumi 22 lagu dari 8 buah studio album mereka! Bermula dari album No Prayer For The Dying (1990) hinggalah rilisan yang terkini iaitu The Final Frontier (2010). Berikut merupakan songlist dalam kompilasi ini:

Disc one

No. Title Writer(s) Producer(s) Length
1. "The Wicker Man" (from Brave New World) Smith, Harris, Dickinson Kevin Shirley, Steve Harris 4:36
2. "Holy Smoke" (from No Prayer for the Dying) Dickinson, Harris Martin Birch 3:49
3. "El Dorado" (from The Final Frontier) Smith, Harris, Dickinson Kevin Shirley, Steve Harris 6:49
4. "Paschendale" (from Dance of Death) Smith, Harris Kevin Shirley, Steve Harris 8:28
5. "Different World" (from A Matter of Life and Death) Smith, Harris Kevin Shirley, Steve Harris 4:19
6. "Man on the Edge (live)" (B-side of "The Wicker Man" single; originally from The X Factor) Bayley, Gers
4:40
7. "The Reincarnation of Benjamin Breeg" (from A Matter of Life and Death) Murray, Harris Kevin Shirley, Steve Harris 7:22
8. "Blood Brothers" (from Brave New World) Harris Kevin Shirley, Steve Harris 7:14
9. "Rainmaker" (from Dance of Death) Harris, Dickinson, Murray Kevin Shirley, Steve Harris 3:49
10. "Sign of the Cross (live)" (from Rock in Rio; originally from The X Factor) Harris Kevin Shirley 10:49
11. "Brave New World" (from Brave New World) Murray, Harris, Dickinson Kevin Shirley, Steve Harris 6:19
12. "Fear of the Dark (live)" (from Rock in Rio; originally from Fear of the Dark) Harris Kevin Shirley 7:41

Disc two

No. Title Writer(s) Producer(s) Length
1. "Be Quick or Be Dead" (from Fear of the Dark) Dickinson, Gers Martin Birch 3:24
2. "Tailgunner" (from No Prayer for the Dying) Dickinson, Harris Martin Birch 4:15
3. "No More Lies" (from Dance of Death) Harris Kevin Shirley, Steve Harris 7:22
4. "Coming Home" (from The Final Frontier) Smith, Harris, Dickinson Kevin Shirley, Steve Harris 5:52
5. "The Clansman (live)" (from Rock in Rio; originally from Virtual XI) Harris Kevin Shirley 9:06
6. "For the Greater Good of God" (from A Matter of Life and Death) Harris Kevin Shirley, Steve Harris 9:25
7. "These Colours Don't Run" (from A Matter of Life and Death) Smith, Harris, Dickinson Kevin Shirley, Steve Harris 6:52
8. "Bring Your Daughter... to the Slaughter" (from No Prayer for the Dying) Dickinson Martin Birch 4:44
9. "Afraid to Shoot Strangers" (from Fear of the Dark) Harris Martin Birch 6:57
10. "Dance of Death" (from Dance of Death) Gers, Harris Kevin Shirley, Steve Harris 8:36
11. "When the Wild Wind Blows" (from The Final Frontier) Harris Kevin Shirley, Steve Harris 11:02

Sebelum ini pun aku ada membeli CD kompilasi Iron Maiden bertajuk (Best of the Beast - dan masih aku simpan hingga hari ini) akan tetapi double CD ini ada istimewa sedikit kerana running time yang lebih lama serta pemilihan lagu2 yang berbisa serta sesuai. Akan tetapi, pada seleksi lagu2 dalam album Virtual XI dan The X Factor pula (Man On The Edge, Sign of the Cross dan The Clansman) digantikan dengan versi live nyanyian Bruce Dickinson, mungkin disebabkan pihak band malu dengan era album tersebut di mana Blaze Bayley menggalas tugas menjadi vokalis pada masa itu (pernah dikritik pada masa dulu oleh pihak media massa bahawa bukan pilihan bijak melantik Blaze menggantikan Bruce yang pada ketika itu tengah study nak jadi pilot) haha tapi bagi aku versi live pun dah kira orait gak.

Sejujurnya aku katakan, CD kompilasi ini ditujukan kepada peminat Iron Maiden dari generasi baru sebenarnya (kepada budak2 yang lahir dekad 90'an ke atas) kerana jika anda peminat tegar band ini, CD ini macam dianggap sebagai koleksi sahaja. Golongan sasar untuk dijadikan pendengar CD ini sebenarnya ialah dari generasi peminat New Wave of American Metal (dari kalangan band seperti Lamb Of God, Trivium, Unearth, God Forbid, Avenged Sevenfold, Killswitch Engage dan seangkatan dengannya)



Apa-apapun, saranan aku, CD ini wajib dimiliki pada die-hard fans Iron Maiden baik dari generasi baru ataupun lama. Kepada yang sudah memilikinya, apa yang aku dapat bagitau kat korang, cuma satu sahaja...UP THE IRONS!!!


Anda boleh dapatkan CD ini di kedai muzik seperti Speedy ataupun melalui online (eBay)


Sumber maklumat didapati dari Wikipedia

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...