Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Friday, November 19, 2010

Promo dan Ulasan - MAJALAH KARISMA ISU NO. 09 NOVEMBER 2010


MAJALAH KARISMA ISU NO. 09 NOVEMBER 2010

Wah! Makin lama makin brutal dan ekstrim majalah ini saya perhatikan. Makin banyak band2 tempatan yang ekstrim semakin diketengahkan. Mana tidaknya, band2 metal lama yang masih bertahan sehingga kini seperti Profancer, Nefarious Azarak, Kharabanazak & Lumpur menjadi topik dalam isu kali ini. Cerita pasal band2 begini mengingatkan kita bahawa band2 ini boleh bertahan melalui sokongan peminat dan media massa yang supportive seperti team Majalah Karisma ini. Artikel mengenai band2 tersebut juga sungguh menarik dan up-to-date,ditambah lagi pula dengan artikel mengenai band hardcore otai Hatebreed, sejarah terciptanya genre muzik Power Metal serta yang menarik sekali iaitu ulasan showcase Exodus Live in Singapore yang telah berlangsung pada 28 September yang lalu. Poster yang dimuatkan ialah Profancer, Lefthanded dan Heloisa. Apa tunggu lagi, dapatkan sekarang di:

Metuk Ulau Underground Voices (Webzine & Distro)
hubungi aku Adi di no h/p
013-8090845.

Tuesday, November 9, 2010

Ulasan gig HALLOWEEN ROCKTOBER 2010 (Organized by Titan's Empire)







Hari Sabtu Yg Sungguh Sibuk!

Aku dah datang di depan hotel Regency Plaza seawal 10.00 pagi dengan membawa gitar Ibanez Gio (imitation) dgn gitar bass Yamaha aku yg cabok tapi berjasa tu. Sambil menunggu member2 dari 2 buah band aku datang (band aku ialah Regiment of Kid-do-wrong & Busseg) aku lepak di lobi hotel sambil bermain dgn anakku Ainul Maisarah, tanpa aku sedari ada jugak member lain yg bawak anak ke gig tersebut mcm member aku yg bernama Kong RPR Kidurong dengan selambanya bawak baby nya yg baru berusia 9 bulan (agaknya kot)ronda2 di ballroom tempat gig itu berlangsung...hehe ini mungkin satu cara untuk memupuk anak meminati muzik dari usia yg masih muda kot.

Belum lagi aku masuk ballroom gig tersebut, sudah ada band yg buat show ketika itu & jam menunjukkan pukul 11.00 pagi (lebih kurang begitu la). Maka bermula lah episod yg penuh dengan adegan mosh-pit, headbanging & wall-of-death. Entah berapa banyak band yg perform sejak dari pukul 11.00 pagi tersebut hingga pukul 1 petang, gig tersebut terpaksa berehat seketika selama sejam bagi memberi ruang untuk function yg diadakan di ballroom sebelah.

Dalam pukul 2 petang, gig itu bersambung kembali dengan band2 yg seterusnya perform & kebanyakannya membawa genre Deathcore, wah sudah makin diminati genre sebegini. Kalau dilihat 10 tahun sebelumnya, genre sebegini memang payah mendapat tempat di hati peminat UG scene khususnya, tapi zaman sudah berubah...generasi baru mudah menerimanya & sekaligus membaikpulih genre tersebut. All the best to the new generation! berbalik kepada gig tadi, band aku Regiment of Kid-do-wrong pun perform, syukurlah juga ada member2 lain dancing bersama dengan muzik yg kami mainkan pada hari tersebut. selepas itu , band grunge local yg bernama Radio 83 membuat show, aku betul terpaku melihat drummer band tersebut membuat persembahannya, dgn skill yg ala2 Travis Barker. Kemudiannya, band otai metal ERECTUS membuat show, walaupun agak lambat penerimaan penonton membuat sorakan dan headbanging dgn muzik mereka, tapi show mereka tetap menghiburkan.

Apabila gig tersebut hampir menuju puncaknya pada pukul 9.00 malam, aku betul2 kepenatan,tp rasa puas sbb dpt perform dgn band2 aku(Regiment of Kid-Do-Wrong & Busseg),tq kpd member2 yg support & sorak sama2 semasa kami perform.moga usaha utk organize gig sebegini akan menjadi event... yg kerap dibuat,usaha utk mengangkat UG scene kita kembali menjadi realiti.Hail Btu UG Music Scene!

Thanx to bro Eugene, Sam & the geng yg bersusah payah mengendalikan gig ini, cuma cadangan saya pada masa akan datang, cuba sama2 kita menarik lebih ramai lagi crowd yg pelbagai yg datang dari mcm2 genre, tak kesah samada hardcore, metal, punk, deathcore, indie (Bintulu Buskers hahaha!) or whatever untuk memeriahkan gig sebegini bagi menampakkan lagi variasi UG scene dalam tempat kita yg kecik ni.tapi apa2pun, semangat DIY yg ditunjukkan oleh komuniti Titan's Empire harus dipuji kerana event ini adalah usaha mereka sendiri tanpa ada bantuan daripada pihak mainstream yg sering menjadi pencuri karya2 dari bawah tanah khususnya.

Friday, October 8, 2010

Majalah KARISMA (Isu ke 8 untuk bulan Oktober 2010)


Kali ini majalah muzik ekstrim kebanggaan negara kita iaitu KARISMA dengan julung kalinya meletakkan band otai "Black Fire" sebuah band yang berkonsepkan old skool heavy/black metal (besar kemungkinan band ini merupakan band heavy metal/black metal yang pertama seumpamanya di Malaysia kerana ianya ditubuhkan seawal tahun 1981)serta artikel tentang band grindcore kegemaran sarawakian khususnya iaitu VORMIT. Majalah Karisma kali ini juga memuatkan tentang perkembangan terkini tentang proses rakaman album akan datang oleh Silent Death dimana ianya sudah hampir siap, cuma tinggal proses mastering sahaja lagi

Review konsert kali ini amatlah menarik sekali apabila ianya meliputi Festival Wacken 2010 yang berlangsung di Jerman, konsert band Black Metal Taiwan terkemuka iaitu CHTHONIC, konsert SLASH Live at KL serta gig-gig menarik sepanjang bulan September yang lalu iaitu Vokill Fest serta August Attack Soundmaker yang telah berlangsung di Pulau Pinang.

Kepada sesiap yang berminat untuk membeli majalah ini, sila hubungi:
no. H/P: 013-8090845 (Adi Herman)
email: gautama_81@yahoo.com
serta boleh la anda melawati webzine www.metukulau.blogspot.com

Hail Metal!

Immolate - Immolate In The Night Clewoon EP (With 4 Hellraising Tracks)


Setelah Mengeluarkan CD Single mereka yang berjudul "Confession Of The Enchanted" tidak lama dahulu (masih dalam tahun ini, tapi saya tak ingat bila tarikh release sebenar Single ni) band IMMOLATE dengan tanpa membuang masa telah menghidangkan kepada para metalheads sekalian dengan santapan EP mereka yang berjudul "Immolate In The Night Clewoon". Terdapat 4 lagu yang bernafaskan Black/Death Metal terkandung dalam EP ini.

Band yang dianggotai oleh Mayhemat (Vokal), Barnabaz (Dram), Black (Gitar Bass) dan Varahiem (Gitar) ini ternyata tidak mendukacitakan malahan pembawaan muzik mereka masih dapat diterima lagi oleh para peminar metal tempatan khususnya. Band yang lahir dari kelompok Unholy Triangle (Mukah, Sarawak) ini cuba memberikan genre muzik yang lebih ekstrim disamping masih mengekalkan imej bermekap Corpse-Paint mereka.

Menariknya tentang cd EP ini ialah ianya disertakan sekali dengan stiker kalis air yang sesuai dipamerkan pada kereta dan motosikal hehehe...ini merupakan satu teknik pemasaran yang harus dipuji bagi meningkatkan lagi martabat industri muzik berat tempatan khususnya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli cd EP ini, anda bolehlah menghubungi saya di:
No. H/P: 013-8090845 (Adi Herman)
atau email: gautama_81@yahoo.com
webzine: www.metukulau.blogspot.com

Tuesday, October 5, 2010

Temuramah bersama Bentara (Ex-Langsuyr)





Bentara, suatu nama yang sinonim dengan band metal tempatan iaitu Langsuyr. Bentara merupakan pengasas band lagenda tersebut, bersama dengan rakan seperjuangan beliau iaitu Azmaniac. Di awal dekad 90’an dahulu nama Langsuyr berdiri dengan gahnya setanding band-band metal sealiran dengan mereka pada ketika itu seperti Sil Khannaz, As Sahar, Brain Dead, Silent Death dan sebagainya. Rilisan-rilisan serta karya-karya terpenting band ini seperti Occultus Mysticsm, Eastern Cruelty dan Asyik telah memberikan impak yang hebat serta berkesan di hati peminat-peminat muzik keras tanahair, sekaligus mendorong anak-anak muda yang ingin berkarya pada aliran yang sama untuk menghasilkan muzik Metal yang ke arah ketimuran. Siapa boleh lupa dengan riff-riff gitar yang hebat diciptakan oleh gitarisnya Bentara melalui lagu-lagu berhantu mereka seperti My Oath For Thee, Ku Cemari dan lagu epik mereka Asyik. Sudah pastinya ianya memberi kesan mendalam kepada para peminat death metal khususnya kerana keunikan yang ada pada muzik mereka, terutama sekali apabila mereka, dengan sempurnanya, menyelitkan elemen mitos tempatan dalam bait-bait lirik lagu mereka.

Berita pengunduran Bentara menarikdiri dari terus bersama Langsuyr amat mengejutkan semua pihak terutama sekali peminat tegar mereka. Bermacam-macam spekulasi yang dilemparkan terhadap isu ini. Apa-apapun konflik yang terjadi pada dalaman band ini, Langsuyr tetap terus berjuang mempersembahkan karya-karya mereka kepada para metalheads tanahair walaupun tanpa kehadiran salah seorang pengasasnya iaitu Bentara. Berikut merupakan soal-jawab diantara saya bersama beliau melalui facebook.

Soalan Pertama:
Boleh ceritakan sedikit tentang profil perbadi saudara serta penglibatan saudara sepanjang bersama Langsuyr sebelum ini.
Hahaha bab ni paling malas nak cerita. Pendek cerita, saya dengan Azmaniac menubuhkan Langsuyr pada tahun 1991. Yang lain-lain tu boleh rujuk pada myspace.com/langsuyrband.

Soalan Kedua:
Sebelum terbitnya album Langsuyr yang terbaru iaitu Bullet, saudara telah membuat keputusan untuk menarik diri dari band tersebut. Bagaimana perkara ini berlaku?
Bullet tak pernah terbit jadi susunan soalan ni tak kena hahaha (Adi: Hampeh! Terkena pulak aku heheh) … Saya menarik diri dari Langsuyr kerana harapan saya tinggi dengan Langsuyr sedangkan keadaan sekeliling tidak sebegitu. Saya kecewa dengan keadaan ini. Jadi saya tinggalkan Langsuyr supaya kecewa saya tak berlarutan. Saya tiada masalah dengan ahli yang lain yang saya anggap macam adik beradik saya sendiri.

Soalan Ketiga:
Jika merujuk kepada salah satu blog saudara iaitu thebentara.blogspot.com saudara ada membuat satu kenyataan bahawa saudara seolah-olah sick & tired dengan perkembangan industri muzik tempatan. Kenapa?
Sebab segalanya telah kami lakukan untuk menerobosi market mainstream dengan mengekalkan integrity kami namun tidak berhasil. Limit sudah sampai, kesabaran sudah hilang. Maka jalan yang terbaik, ialah saya tinggalkan terus dan kembali kepada yang asal. Bermain muzik secara kecil-kecilan. Mungkin ada band lain yang lebih layak.

Soalan Keempat:
Sekarang saudara masih lagi bergiat dalam pembikinan muzik sendiri dengan tercipta demo Master Jedi. Dengar cerita proses rakaman dibuat di Adelaide, Australia. Wah, jauhnya?
Master Jedi sebenarnya adalah demo untuk lagu-lagu Langsuyr yang sepatutnya dirakamkan dalam album Bullet. Lagu Penasaran ada dalam album Bullet (yang tak rilis tu). Dua lagu lagi tu adalah stok lagu Langsuyr juga untuk album seterusnya. Jadi saya tak mahu lagu2 tersebut terkubur, jadi saya riliskan dalam bentuk demo yang murah. Sound memang hancur disebabkan urgency rilis tersebut. InsyaAllah saya sedang mengumpul kembali alatan rakaman dan harapan rilisan seterusnya sound lebih bagus. Ia dirakamkan di bilik study saya di Adelaide, Australia semasa saya berada di sana selama beberapa tahun.

Soalan kelima:
Saya ada terlihat album gambar saudara di page facebook saudara, yang menariknya ada satu album yang berkisar tentang pengalaman saudara berada di konsert Iron Maiden. ceritakan sedikit tentang pengalaman saudara apabila melihat legenda metal tersebut beraksi.
Tak boleh nak gambarkan dengan perkataan. Kena alami sendiri untuk menikmatinya. Rebiu penuh konsert tersebut boleh dibaca di http://krenmaut.blogspot.com/search/label/IRON%20MAIDEN%20Live%20New%20Zealand%202009


Soalan Keenam:
Boleh saudara beritahu kepada pembaca webzine saya ini tentang apa instrument seperti gitar yang saudara masih gunakan sekarang beserta dengan amplifiers serta fx gitar yang saudara sering pakai? Jika tidak keberatan disertakan juga dengan apa software yang saudara gunakan semasa proses rakaman demo.
Yang tinggal sekarang Cuma GIBSON Explorer 96 dan ESP MII. Yang lain telah dijual termasuklah GIBSON Flying V. Efek POD X3 Live dan ZOOM G9.2tt pun telah dijual. Saya miskin alatan sekarang. Saya terpaksa beli balik secara perlahan-lahan.
Software rakaman – Ableton dan Fruity Loops.


Soalan Ketujuh:
Memandangkan saudara juga salah seorang perintis kepada pergerakan Ipoh Metal Militant, adakah saudara masih keep in touch dengan scene tersebut? Apakah perkembangan terkini tentang scene ini yang saudara ketahui?
IMM adalah gerakan berkumpulan. Menyatakan ia adalah gerakan saya, itu tidak benar sekali dan saya membencinya. IMM lebih kepada persaudaraan antara alumni band di dalamnya. IMM sekarang ni senyap dan mendiamkan diri. Masing2 sibuk le.

Soalan Kelapan:
Saya juga difahamkan terdapat beberapa lagu lama Langsuyr yang saudara akan rilis dalam demo Bentara yang akan datang. Boleh saudara nyatakan tajuk lagu2 tersebut serta kenapa ianya diperam sekian lama.
Sebab takde medium untuk dirilis. Anda sanggup? Hahah.. Banyak lagu-lagu Langsuyr yang belum dirakamkan. Oleh kerana saya sudah tidak bersama Langsuyr, maka lagu-lagu tersebut akan dirilis sebagai projek solo BENTARA. Antara lagu – Breezing Monsoon Dance, Sumpahan Tujuh Keturunan dan beberapa buah lagu dalam sesi pembikinan album Bullet.

Soalan Kesembilan:
Apa yang masih memotivasikan saudara untuk masih berkarya?
Minat.

Soalan Kesepuluh:
Last but not least, terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjawab soalan2 saya tadi. Ada apa-apa mesej yang tuan ingin sampaikan kepada para metalheads di Sarawak terutamanya?
Keep on rockin tapi jadi la Mat Metal yang smart. Tak perlu nak ikut cara barat kerana kita ada nilai dan budaya yang tersendiri. Mengaplikasi muzik Metal dan pada masa yang sama mengekalkan jatidiri kita adalah lebih terhormat dari membuang segala-galanya semata-mata untuk mengikut rentak Barat secara 100% dan mengharapkan pujian atas “peniruan/ciplak” yang dilakukan.
Harap faham maksud saya.

(Gambar-gambar ehsan daripada Bentara sendiri yang diperolehi dari page Facebook beliau)

Adi Herman B. Amir
Metuk Ulau Underground Voices (Distro and Webzine)

Wednesday, September 22, 2010

Majalah Karisma Edisi Bulan September


Kali ini Majalah Karisma mengetengahkan band Rock Heavy Metal 80 iaitu Nuclear Strike, band yang membawa kebangkitan serta reincarnation of 80's Rock Kangkang. Tidak lupa juga ada artikel mengenai band seperti Dark Majesty, Hereafter, Torch serta Chthonic, Taiwan's very own Black Metal band serta ulasan Southern Metal Assault di Johor Bahru.

Harga: RM10.00 (Sila tambah RM5 lagi untuk kos pos ekspres)
Hubungi Adi Herman (no. h/p 013-8090845) untuk keterangan lanjut.

sila lawati www.metukulau.blogspot.com untuk melihat produk-produk lain yang ditawarkan oleh distro ini. Cheers!

CD Promo - Bentara "Master Jedi"


Metuk Ulau Distro dengan bangganya mempromosikan satu rilisan seumpamanya dari gitaris otai genre old skool black metal kita, pengasas Langsuyr, saudara Ibrisam Akbar a.k.a. Bentara. Nama klasik beliau juga boleh dikenali sebagai Batara Guru. Nama beliau sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam scene metal tempatan kerana beliau juga menjadi orang kuat dalam sesetengah band death metal terunggul tanahair seperti Necrotic Chaos, Vociferation Eternity dan bermacam2 lagi projek tepi beliau. Kini beliau tampil dalam projek solo sulungnya setelah secara rasminya keluar dari Langsuyr iaitu Master Jedi.

Keterangan terperinci (dipetik dari blog beliau):

BENTARA is a one-man project by me, Bentara who was the founder of LANGSUYR.

So what happened with LANGSUYR? Well, the band is still alive with the original members, Azlan and Azmaniac still in positions. You can check them out in the facebook and myspace. The supposedly 2nd album, Bullet, which was recorded in Feb 2008 is put on hold due to financial crisis on the label side. This, plus time and space constraints influenced my decision to quit LANGSUYR and concentrate on other musical projects.

I am tired with the Malaysian music industries which are very closed-minded, almost no support whatsoever from the music industry despite all me and LANGSUYR did to penetrate the supposedly local musical market. For that I am unleashing my solo effort simply named to myself, BENTARA.

BENTARA will feature some of my compositions which were originally meant for LANGSUYR but not (or never been) released. The first release is entitled Master Jedi, a 3 tracks demo in CD-R format which consist a song supposedly to be released in Bullet album entitled Penasaran and another two; Jebat and Master Jedi which were supposed to be released in future LANGSUYR releases.

Periodically, more music will be released since there are few more songs worth unleashing. This includes the legendary Sumpahan Tujuh Keturunan and Breezing Monsoon Dance which were originally composed during the “The Eastern Cruelty” EP by LANGSUYR in 1996 but never see the light! I know you are now drooling for those two songs, you have been waiting for this for SO LONG! However, let’s hope this plan works. You can help this to work by encouraging and giving me the support I needed much while I am juggling my time with family, works and all other necessary things in life.

So the first support I need is to show me that my works are still worthy of a spin or two. Let’s finish off Master Jedi which is released in a limited run of 150 copies only by paying the mere RM3 for the CDR.

You know what I am capable of. Me and LANGSUYR started it back in 1993! I will definitely rise again with your support!


Harga: RM 3.00 (tambah RM 3 lagi jika anda di luar kawasan Bintulu Sarawak
Hubungi: 013-8090845 (Adi Herman)

Sunday, August 15, 2010

BATTLE OF THE ACOUSTICS 2010 (Organized by Everly Parkcity Hotel)










Venue: Parkcity Everly Hotel's Lobby (Bersempena dengan Wedding Fair 2010)
Date & Time: 8th August 2010 (started at 6:00 pm)

Seminggu selepas diadakan Battle of the Bands 2010 di Waves Pub, tak cukup lagi dengan happening nya, pihak hotel ini juga ada menganjurkan Battle of Acoustics bersempena berlangsungnya Wedding Fair yang dibuat di ruang legar lobi hotel tersebut.

Penyertaan untuk battle ini juga amat menggalakkan sebab rata2 band yang memasuki battle ini pernah mengikuti Battle of the Bands yang diadakan di Waves Pub pada 1 Ogos 2010. Antara Band yang mengikuti pertandingan ini ialah Bintulu Buskers, Nastasia, Regiment of Kid-do-wrong (band aku hehehe), Daun Pisang dan banyak lagi.

Tahniah kepada Daun Pisang band kerana menjadi juara keseluruhan battle tersebut. Reggea & Ska sampai tua bro! 2nd Place dimenangi oleh Bintulu Buskers manakala tempat ketiga dibolos oleh band Nastasia. Congrats guys!

Battle kali ini agak santai dan kurang tekanannya memandangkan ianya lebih bersifat unplugged dan tidak memerlukan amps serta effects yang membingitkan. Satu lagi usaha pihak hotel yang patut dipuji kerana telah berjaya menganjurkan event sebegini.

Pics ehsan oleh Bintulu Buskers Group dari Facebook

-Adi Herman-

BATTLE OF THE BANDS 2010 (Organized by Everly Parkcity Hotel)










Battle of teh Bands 2010 (Organized by Parkcity Everly Hotel & Waves Pub)
Venue: Waves Pub
Time & Date: Started around 7pm (1st August 2010)
Rating: Totally F**king Awesome Experience!

Setelah lama scene Bintulu menyepi tanpa ada sebarang gig ataupun Battle, kini datang pula satu inisiatif baru dari sebuah hotel yang ternama juga di Bintulu iaitu Perkcity Everly Hotel untuk menganjurkan sebuah Battle of the Bands yang julung kalinya diadakan di Waves Pub, kepada yang kaki clubbing tu memang agak familiar dengan kelab malam ni hehehe...

Battle of the bands ini merupakan Battle yang pertama kalinya diadakan di Waves Pub. Menurut orang kuat event ini Saudara Rizal yang juga merupakan staff di hotel ini, jika Battle ini mendapat sambutan yang menggalakkan, pihak hotel akan menjadikan event ini menjadi acara tahunan dan mungkin pada tahun hadapan ianya akan dibuat di Ballroom hotel tersebut.

Antara band yang turut serta dalam Battle tersebut ialah Another Chapter of Our Nightmare, Nastasia, Regiment of Kid-do-wrong, Daun Pisang, Paperbag dan pelbagai lagi. Band-band jemputan yang membuat persembahan di Battle ini ialah Sepia (resident band untuk Waves Pub) dan The Lost Terminal.

Tempat ketiga dimenangi oleh CAFD, manakala tempat kedua pula dimenangi oleh After Five. Juara keseluruhan band pada malam itu dimenangi oleh band G.O.D. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Secara jujurnya, saya tak rasakan ianya seperti satu Battle of the Bands malahan atmosfera di dalam pub itu lebih kepada bentuk gig dan user friendly hehehe. Walaubagaimanapun sekali lagi saya ucapkan syabas kepada pihak hotel kerana berani menganjurkan event sebegini. Diharap ianya menjadi satu platform untuk semua band2 underground di sekitar Bintulu untuk mempersembahkan dan menyerlahkan lagi bakat mereka dalam persada seni muzik tempatan kita. Last But Not Least...Keep On Rocking In The Free World!

Pics ehsan dari Es Ratio, Paperbag band dan Rizal Everly. Thanks Guys!

-Adi Herman-

Monday, July 26, 2010

UNTIL THE LIGHT TAKES US - Dokumentari Mengenai Asal-Usul Budaya Black Metal Norwegian


Until The Lights Takes Out - Sebuah dokumentari yang berkisar tentang permulaan kewujudan pergerakan Black Metal yang berpengkalan di Oslo, Norway dan ianya juga menceritakan tentang bagaimana band2 black metal perintis seperti Mayhem dan Burzum menjadi satu fenomena dalam budaya Eropah seterusnya seluruh dunia. Tidak lupa juga ianya menceritakan bagaimana budaya Black Metal ini bertukar menjadi ganas dan kejam seperti kejadian membunuh diri oleh pengikutnya, pembakaran Gereja dan yang paling menggerunkan pembunuhan kejam di antara leader Black Metal ini - diantara Count Grishnackh (Burzum) dan Euronymous (Mayhem).

Ianya juga mengandungi sesi temuramah bersama Gylve "Fenriz" Nagell, pengasas band dan juga drummer band Dark Throne, Jan Axel "Hellhammer" dari band Mayhem, Abbath dari Immortal (my all time favourite black metal band...period) dan yang menjadi highlight dokumentari ini ialah sesi interview bersama Varg "Count Grishnackh" Vikernes (Musician, Burzum, Mayhem) Pengasas Burzum - band one man show yang banyak mengubah corak permainan muzik black metal dari bentuk tradisional kepada sound yang lebih epik dan story-telling tentang mitos2 budaya Norway. Yang lucunya di sini, saya ingatkan pada mulanya "Count Grishnackh" adalah seorang yang buas memandang sesi interview tersebut dibuat di dalam penjara High-Security di Norway, rupa-rupanya Count ini merupakan orang yang berfalsafah tinggi dengan ideologi yang telah diciptanyanya.

Bahagian yang paling klimaks dalam dokumentari ini ialah apabila penangkapan oleh pihak berkuasa ke atas Varg Vikernes menjadi bahan sensasi media massa pada ketika itu dan ini menambahkan lagi ketegangan di antara Varg dan Oysten Euronysmous (Boss Helvete Shop dan pengasas Mayhem). Sesungguhnya mereka berdua mempunyai ideologi yang berbeza, di mana Varg dengan sifat fundementalisme terhadap kebudayaan paganisme Norway yang menganggap bahawa ajaran Kristian telah menghapuskan budaya tersebut, walhal Euronysmous pula bercita-cita tinggi untuk menubuhkan satu sindiket yang digelar Black Metal Mafia.

Dari sini kita dapat perhatikan bagaimana ideologi ini merosakkan persahabatan mereka (the circle of friends) dan sekaligus meletakkan mereka ke dalam lembah jenayah. Pada mulanya mereka cuma artis2 yang cuba mengekspresikan hasil seni mereka ke dalam bentuk muzik. Kita semua boleh ambil iktibar dari kisah ini, treat Black Metal as a music form, not a lifestyle.

anda boleh download dokumentari ini di:
http://www.megaupload.com/?d=YPFYVPXP

MAJALAH KARISMA ISU #6 BULAN JULAI 2010


Kali ini Majalah Karisma mengetengahkan band Grindcore dari Selatan Semenanjung Malaysia yang tidak asing lagi dan cukup tersohor iaitu DAMOKIS, band yang telah mengubah landscape underground scenen tempatan khususnya dalan genre Grindcore. Tidak lupa juga ada artikel mengenai band Master, Shewolves, Warbringer serta ulasan Konsert Double Trouble Edisi Selatan yang bertempat di Stadium Larkin, Johor Bahru.

Harga: RM10.00 (Sila tambah RM5 lagi untuk kos pos ekspres)
Hubungi Adi Herman (no. h/p 013-8090845) untuk keterangan lanjut.

sila lawati www.metukulau.blogspot.com untuk meilhat produk-produk lain yang ditawarkan oleh distro ini. Cheers!

Saturday, July 10, 2010

BATTLE OF THE BANDS 2010 (Organized by Everly Parkcity Hotel)


BATTLE OF THE BAND 2010 OFFICIAL FLYER!
Organized by Everly Parkcity Hotel

BERITA GEMBIRA UNTUK PARA MUSICIAN BINTULU SEKALIAN!! Buat julung kalinya satu pertandingan Battle of the Bands akan diadakan di Parkcity Everly Hotel pada 1 Ogos 2010 akan datang, yuran kemasukan sebanyak RM120.00 dikenakan kepada setiap band yang memasuki pertandingan tersebut. Untuk keterangan lanjut mengenai perkara di atas, anda bolehlah menghubungi En. Rizal di talian 019-4890448. Keep on rocking in the free world!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...