Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Saturday, April 14, 2012

OREMA NEBAKEP, SARAWAK METAL FORCE & ETERNAL ZINE : TIGA ZINE METAL YANG LAHIR DARI BORNEO DAN MASIH AKTIF SEHINGGA KINI

Hail Old School Zine!

Pada era 90an dahulu, semasa penggunaan internet masih lagi kurang meluas dan jurang di kalangan metalheads masih lagi lebar disebabkan faktor geografi dan sekatan dari segi kewangan, media yang dipanggil ZINE merupakan satu portal yang menjadi bahan pembekal maklumat tentang band2 dari daerah lain dan sekaligus menjadi medium untuk mana2 band metal mempromosikan muzik mereka. Hal ini masih lagi berterusan pada awal dekad 2000 - 2010 dan semakin pupus pengeluaran nya pada dekad terkini ini akibat faktor teknologi (internet menjadi penyebar maklumat yang mudah, cekap dan efektif). Aku dulu pernah mengumpul beberapa zine yang dianggap cult seperti Steel Madness, Kananulark Zine, Sarawak Metal Force (isu lama) dan banyak lagi.

Walaupun begitu, terdapat beberapa individu di kawasan Sarawak terutamanya yang masih lagi mengekalkan tradisi ini. Ini adalah disebabkan nilai estatik pada zine tersebut. Kebanyakan para metalheads yang muncul pada dekad 90an semestinya bijak menilai khazanah sebegini kerana ianya dianggap satu usaha yang murni bagi memartabatkan muzik bawah tanah disamping memupuk minat membaca di kalangan metalheads khususnya haha. Di bawah merupakan zine yang harus diberi perhatian:

OREMA NEBAKEP (ISU #1 KELUARAN BULAN OGOS 2008)




Zine yang diusahakan oleh saudara Henry ini merupakan sebuah bahan bacaan yang cukup unik isi kandungannya. Ianya tidak hanya memfokuskan artikel tentang band2 metal dari Malaysia malah ianya juga mengutarakan beberapa band dari luar negara seperti Paganfire (Thrash Metal dari Filipina), Abuso Verbal (Death / Grind band dari Brazil) dan review EP/Demo band Chronic Hate (Death Metal dari Italy). Disamping itu juga ianya mempunyai review tentang zine tempatan dari negeri lain juga seperti Ultimate Darkness Zine, Carengga Zine dan Virus Zine. Band tempatan yang dijadikan bahan utama pembacaan pula adalah seperti Inside (Sabah Legendary Death Metal Band), Incisor & Unitheism (Kuching Death Metal Warriors), Azarial, Worship dan Voltan (Unholy Triangle Hordes) dan banyak lagi. Jika anda berminat untuk mendapat zine ini, sila hubungi saudara Henry di talian 016-8532600.

SARAWAK METAL FORCE NEWSLETTER (ISSUE #7 & RELEASED ON 11th DECEMBER 2011)




Zine yang pada asalnya diasaskan oleh orang kuat SMF iaitu Cikgu Azam Aryanism (juga selaku vokalis untuk band Unitheism) kini berwajah baru dan diberikan sedikit sentuhan moden di dalam penulisannya yang 100% menggunakan bahasa Inggeris. Kalau tak silap aku, dalam isu yang lepas, semuanya menggunakan bahasa Melayu. Tapi mungkin perubahan ini untuk kebaikan rasanya. Demi mensasarkan pembaca2 yang di luar Malaysia rasanya. Berbalik kepada zine ini tadi, ianya juga menceritakan event2 yang pernah dianjurkan oleh SMF sendiri sebelum ini seperti SMF gig Part 1 (pada November 1999), SMF gig Part 2 "Bring The Noize" (pada 1 April 2000 - gig paling kontroversi pernah dianjurkan oleh SMF disebabkan isu Black Metal pada ketika itu), SMF gig Part 3 "Hail Miri Hail" (pada Ogos 2000 dan dibuat di Miri), SMF gig Part 4 "Shock The Press" (pada December 2000 di Kuching - merupakan gig outdoor pertama mereka), SMF gig Part 5 "The Gathering" (pada tahun 2003 di Miri sekali lagi, kali ini band metal dari Sabah iaitu Mantak buat pertama kalinya beraksi di Miri), SMF's Merdeka Youth Day Festival gig di Miri (pada Ogos 2003, band projek aku Noble Society juga mengikuti gig ini), SMF's Celebrating 10th Anniversary : Langsuyr Live In Kuching (pada 26 March 2009) dan banyak lagi.

Antara band2 yang di review dalam newsletter ini ialah Unitheism (semestinya), Kherow, Shadow, Unholy Sin, Saktism, Voltan, Shamanic Rites, Demon War, Immolate, Chakwau Syndrome, Linehaul, Dark Throttle (Miri version of NWOBHM), Ungodly Death, Vermean, Dead Shot, Kambing Sakti (bunyinya agak lucu tapi ini band memang total Logam Hitam!), Rottuary, Foxhole, Keruntuk, dan juga Curse Of God (the last remaining Black Metal band hailed from Bintulu). Apa yang menarik mengenai SMF Newsletter ini, dengan harga hanya RM10 sahaja ini, ianya disertakan sekali bersama CD Kompilasi "Friends Of Sarawak Metal Force" yang terdiri daripada 17 lagu dari 17 band kesemuanya. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan zine ini bolehlah menghubungi aku di talian 013-8090845 (Adi Herman) dengan harga RM10 sahaja (belum termasuk postage jika anda berada di luar kawasan Bintulu).

ETERNAL ZINE (ISSUE #1 RELEASED ON JANUARY 2012)

Front Cover untuk Eternal Zine

Iklan Metuk Ulau Underground Voices di dalam Eternal Zine!

Zine yang diusahakan oleh saudara sepermetalan iaitu bro Olee Metalstorm ini, tidak kurang hebatnya kerana ianya mengetengahkan band2 serantau (merangkumi Sarawak, Sabah dan Negara Brunei Darussalam). Antara band2 yang menjadi fokus perbincangan di dalam zine ini ialah Immolate (Sarawak), Saktism (Sarawak), Hellstorm (Sabah), Majestic East (Sabah), Inside (the legendary metal band from Sabah), Kambing Sakti (Sarawak), Noiratasya (Brunei), Horace Divinity (Brunei) dan semestinya the legendary Larrong (selaku headline dan cover story untuk zine ini).

Apa yang menarik tentang zine ini ialah bersaiz A4 (lebih besar sikit dari zine yang aku ulas tadi), juga mengutarakan beberapa artikel yang tidak berkaitan dengan band2 metal contohnya ulasan lengkap tentang movement metal tersohor di Sarawak iaitu Unholy Triangle Metal Hordes, review tentang label dan distro ternama di Borneo iaitu Eastern Voice Production dan yang menarik perhatian aku ialah review DVD dokumentari Metal In Brunei : From The Past, Comes The Legions. Serta yang paling menarik minat aku membeli zine ini ialah ianya juga memaparkan iklan Metuk Ulau Underground Voices (Webzine & Distro)!! Thanks a million bro Olee!! Jika berminat untuk memiliki zine ini, silalah berhubung bro Olee Metalstorm di Facebook.


2 comments:

Ijau D. Koceng said...

majestic east? geng2 sekampung aku tu~ (selain manggas)

Adi Herman said...

ya ka bro?hahaha banyak betul geng2 sekampung u jadi metalheads....syabas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...