Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Sunday, April 22, 2012

HAYAGRIVA : DESCENDANT XII (CD Album Terbaru dari Band Dark Shadow Metal Malaysia)

CD ALBUM HAYAGRIVA : DESCENDANT XII


Dapatkan CD album terbaru Hayagria yang diberi judul Descendant XII. Ianya merupakan album kedua band ini selepas debut album mereka yang berjudul Red Heaven (diriliskan pada tahun 2007) dan tidak mengambil kira rilisan2 lain yang berbentuk kompilasi dan split project. Band senior dari scene Ipoh Metal Militant ini sekali lagi memberikan intipati metal acuan mereka, dengan arrangement lagu2 yang lebih tersusun dan bertaraf antarabangsa ini, kepada pendengaran dan halwa telinga metalheads seluruh nusantara. Album terbaru ini mempunyai 12 lagu kesemuanya (termasuk sebuah cover song dari band SYJ/Sofea yang berjudul "Syurga Di Hujung Jarum"). All Killer, No Filler!

Album yang lebih bermesejkan tentang hari kiamat ini (lebih berbentuk penyampaian dan bukannya ke arah penyelewengan) sedikit sebanyak merupakan satu benchmark kepada Hayagriva tentang hala tuju baru band ini. Menariknya kali ini, CD inlaynya disertakan sekali kesemua lirik lagu di dalamnya, bertujuan untuk para pendengar memahami isi kandungan yang ingin disampaikan oleh mereka. Dari segi susunan muzik dan kreativitinya pula, Hayagriva berjaya mencipta kelainan dalam muzik mereka, ditambah dengan riff2 hebat ciptaan Jo'o Mantheravathee serta alunan kibod Venkhateswehra yang cukup melodik berbanding rilisan2 yang terdahulu.

Di bawah merupakan beberapa info penting jika anda ingin membeli CD ini:

Harga: RM30 (Sila tambah RM8 jika anda berada di luar kawasan Bintulu untuk tujuan postage)
Poster percuma pada setiap pembelian CD ini.
Kepada pembeli yang terawal, akan mendapat CD single mereka berjudul "Empire Awaits" secara percuma.
Keterangan Lanjut: Sila hubungi Adi Herman di talian 013-8090845

 Hayagriva - Emperor Awaits (Music Video)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...