Pernahkah anda terfikir, kenapa muzik Rock khususnya sering dikaitkan dengan Satanisme dan ritual2 yang berbentuk khurafat? Sejak bilakah interpretasi ini bermula? Dan siapakah yang memulakan benda2 mengarut ini sehinggakan ianya kini menjadi trend di mana Rock bersamaan dengan amalan syaitan?
Bila kita bercerita tentang muzik Rock, ianya pula sering dikaitkan dengan akar2 muzik terdahulu seperti Jazz, Bluegrass, Country dan semestinya Blues. Akan tetapi, pengaruh muzik Blues dalam dunia Rock & Roll amat besar berbanding genre2 muzik akar yang lain. Ini adalah kerana melalui progresi dan improvisi muzik oleh pemuzik Rock dalam mengadun semula teknik2 permainan Blues ke dalam stail mereka sendiri, ini juga menyumbang kepada pembentukan sub-genre muzik Rock yang lain seperti Metal, Punk, Progresif, Southern Rock, dan sebagainya.
Ok kita berbalik pula pada topik asal. Semestinya pengaruh Blues dalam muzik Rock memang tidak dapat dinafikan lagi. Akan tetapi pernahkah anda terfikir bagaimana bermulanya muzik Blues dilabel sebagai Devil Music (muzik syaitan) sehingga kini? Bagaimana tempias pada label tersebut terkena pada muzik Rock? Ianya bermula daripada seorang pemuzik Blues legenda yang bernama Robert Johnson, yang pada hayatnya pernah memeterai perjanjian dengan Syaitan untuk menjadi pemuzik Blues yang tersohor.
Aku mula tahu pasal legenda Robert Johnson ni pun semasa aku menonton rancangan Gene Simmon’s Family Jewel di channel Astro Bio no. 731 beberapa minggu lepas, di mana Gene (kalo korang tak kenal siapa Gene ni takperla, Gene Simmons merupakan ketua band KISS dan juga vokalis / bassist band terkemuka tersebut) membawa anak beliau jalan2 makan angin di Mississippi. Di sana beliau membawa anak lelakinya Nick pergi melawat “The Crossroads” yang terletak di Clarksdale, Mississippi. “The Crossroads” merupakan sebuah kawasan jalan simpang empat yang dikatakan mempunyai legenda nya tersendiri. Legenda tersebut mempunyai kaitan yang kuat dengan pemain Blues legenda iaitu Robert Johnson, di mana menurut penduduk setempat kawasan tersebut, di simpang empat bernama “The Crossroads” inilah Robert Johnson membuat perjanjian dengan Syaitan.
Biodata Ringkas Tentang Robert Johnson
Pada 8 Mei 1911 (kira-kira 100 tahun yang lepas) lahirlah seorang bayi lelaki berkulit hitam yang tinggal dalam sebuah keluarga miskin dan daif di Hazelhurst, Mississippi. Robert dibesarkan oleh ibunya Julia Major Dodds dan ayah tirinya Charles Spencer.
Pada awal pembabitan beliau dalam muzik, instrumen seperti harmonika dan Jaw Harp merupakan antara alatan muzik pertama yang beliau perkasakan. Selepas meningkat usia remaja, barulah beliau berjinak2 dalam instrument muzik yang bernama gitar. Pada usia belasan tahun, Robert sudah menjadi pemuzik blues yang mempunyai skill dan teknik gitar yang membanggakan dan di usia ini juga beliau berkahwin dengan seorang gadis yang berusia 16 tahun, Virginia Travis pada Februari 1929. Jodoh mereka tidak berpanjangan apabila isterinya itu meninggal bersama bayi yang baru dilahirkannya.
Teknik permainan gitar blues beliau lebih terpengaruh dengan skil serta teknik gitaris terkemuka pada masa itu seperti Son House, Ike Zimmerman dan Willie Brown. Selepas kematian isterinya Virginia, beliau berpindah ke Martinsville, tempat kediaman Ike Zimmerman. Ike kemudiannya menjadi guru serta mentor kepada Robert.
Di antara tempoh 1932 sehingga tahun kematiannya iaitu 1938, Robert menjadi pemuzik sepenuh masa, mencari nafkah melalui persembahan di setiap perjumpaan jalanan (lebih kurang macam busking la), di kelab malam dan tidak lupa juga di dewan masyarakat setempat. Beliau sering berpindah randah, mengikut rombongan2 pemuzik blues, merantau ke setiap bandar2 yang mereka lawati seperti Arkansas, Memphis, Chicago, Texas, New York dan yang paling jauh ialah Canada. Dalam tempoh ini juga beliau membuat beberapa rakaman piring hitam (lebih dikenali dengan nama Vinyl) dan di antara lagu2 yang menjadi hit pada masa itu di corong2 radio ialah Come On In My Kitchen, Kind-Hearted Women Blues, I Believe I’ll Dust My Broom, Terraplane Blues dan lagu yang menceritakan tentang peristiwa berjumpa dengan Syaitan iaitu Cross Roads Blues. Robert pada awalnya menafikan bahawa lagu tersebut berkait rapat dengan legenda perjanjian bersama Syaitan di Crossroads, Clarksdale. Akan tetapi ramai rakan2 beliau begitu pasti bahawa lagu tersebut menceritakan serba sedikit tentang peristiwa tersebut (walaupun tidak terlalu detail). Masakan tidak, dalam tempoh yang singkat, Robert telah menempa nama dalam golongan elit pemuzik blues sehinggakan diberi gelaran oleh para peminatnya sebagai Master of Mississippi Delta Blues.
Diceritakan oleh orang2 terdahulu (berdasarkan info2 yang aku dapat website rasmi Robert Johnson) bahawa, selepas kematian isteri pertamanya iaitu Virginia Travis, Robert berazam ingin menjadi pemuzik blues terkenal dan mahu keluar dari kepompong kemiskinan yang melarat di daerah yang didiaminya itu. Terpengaruh dengan cerita2 tahyul dari rakan petani yang lain (sebelum menjadi pemuzik, Robert berkerja di ladang kapas) Robert nekad untuk berjumpa dengan Syaitan di Crossroads dan membuat perjanjian dengan makhluk laknatullah itu. Menurut sumber lain, Syaitan yang dimaksudkan bukanlah syaitan yang seperti kita tahu. Ianya merupakan makhluk jahat (boleh dikatakan macam demon la) yang bernama Legba, yang menurut kepercayaan golongan hamba abdi kulit hitam di Amerika dahulu, ianya adalah jin nakal yang sering memperdayakan dan menghasut manusia ke lembah hina.
Kawasan simpang empat yang bernama Crossroads di Clarksdale itu, dahulunya merupakan kawasan ladang kapas dan amat sunyi di waktu senja. Pada zaman sekarang, tempat itu cuma menjadi kawasan tarikan pelancong yang sering menceritakan tentang legenda tentang Robert Johnson tersebut. Robert Johnson sudah 73 tahun mati dan lenyap dari dunia ini, akan tetapi muzik beliau telah menjadi inspirasi dan ikutan oleh pemuzik2 rock zaman ini seperti Keith Richards (gitaris kepada band Rolling Stones), Eric Clapton dan beberapa gitaris2 rock yang aku dah tak ingat nama dah.
Kesimpulan
Perlukah untuk kita membuat perkara2 khurafat macam ni untuk jadi famous? Apa faedah yang kita dapat kalau buat benda tak senonoh macam tu? Kemahsyuran? Kekayaan? Mungkin juga kerana itulah yang Robert Johson perolehi semasa hayatnya selepas insiden perjanjian dengan Syaitan itu. Akan tetapi pengakhiran hidupnya amat sadis dan mengecewakan apabila beliau meninggal dunia setelah terminum minuman keras yang berisi racun, ianya dipercayai angkara kawan rapat yang cemburu dengan kejayaanya. Ada pula sumber mengatakan ianya disebabkan oleh pertelingkahan tentang perebutan perempuan (Robert juga dikenali sebagai The Ladies Man).
Apa2pun alasan sekalipun, tanpa bantuan alam mistik sekalipun, jika muzik yang kita mainkan jujur dan ikhlas dari hati, ianya pasti akan member kepuasan pada kita dan juga kepada peminat2 genre muzik yang kita mainkan. Penerimaan pendengar mungkin bercampur baur tapi apa yang pasti, GOOD MUSIC ALWAYS MATTERS! Gunalah kurnian Illahi seperti bakat muzik untuk tujuan yang diredhaiNya dan bukan untuk tujuan duniawi semata2. Argh…pandai2 saja aku ceramah kat korang, aku pun 2 x 5 jugak haha…sorry guys! Aku hanya berniat untuk ingat mengingati sesame kita di kalangan rockers. Harap sama2 kita ambil teladan dari kisah Robert Johnson ini!
Adi Herman of Metuk Ulau Underground Voices (Webzine & Distro)
3 comments:
dulu majalah Guitar World ada buat list Top 25 Cult Guitarists, Robert Johnson dpt ranking no.1..
wow itu betul2 impressive bro...i already checked out ur blog bro...sungguh informative dan penuh dengan isi kandungan yang berguna kepada para pemuzik...
Menarik juga cerita ni...
Post a Comment