Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Sunday, October 30, 2011

Artikel : NIRVANA'S NEVERMIND ALBUM - 20th ANNIVERSARY

T-Shirt Nirvana Nevermind 20th Anniversary (Front Design) bersama dengan Double CD Deluxe Editon dan CD Nevermind Remastered

T-Shirt Nirvana Nevermind 20th Anniversary (Back Design) bersama dengan Double CD Deluxe Editon, Booklet bergambar (rare) dan CD Nevermind Remastered

"With The Lights Out"

Minggu lepas, aku telah menerima bungkusan dari KL, hasil pembelian oleh adik aku dengan tauke sebuah kedai muzik di Pertama Complex. Apa yang ada di genggaman aku pada ketika itu ialah Nirvana Nevermind Deluxe Edition CDs serta T-shirt Nirvana Nevermind 20th Anniversary (disertakan sekali dengan CD album Nevermind Remastered).

Tanpa kita sedari, sudah dua dekad album ini berada di atas bumi Tuhan ini dan selama itu jugalah ianya berada di pasaran. Kita mengimbas kembali cerita di sebalik album klasik ini dan bagaimana ianya merubah serta mempengaruhi muzik moden sekarang.

Dirilis pada 24 September 1991, album Nevermind merupakan rilisan pertama Nirvana bersama DGC Record (singkatan kepada David Geffen Records), sebuah label rock besar yang juga mengangkat band2 rock seperti Guns N Roses, Sonic Youth, Weezer dan Beck. Sebelum ini mereka telah pun merilis album pertama mereka yang berjudul "Bleach" dibawah label Sub-Pop, ianya dikeluarkan pada tahun 1989. Arah tuju asal album ini sebenarnya ialah untuk keluar dari kongkongan muzik Grunge yang stereotaip pada ketika itu, itu yang dimahukan oleh Kurt Cobain (frontman Nirvana).

Walaupun ekspektasi yang kurang diberikan kepada album ini pada ketika itu, Nevermind secara tiba-tiba menjadi sukses disebabkan oleh single pertama yang dikeluarkan dari album itu yang bertajuk "Smells Like Teen Spirit". Pada Januari tahun 1992, album ini telah berjaya menjatuhkan takhta album Dangerous dari Michael Jackson pada kedudukan nombor satu di Carta Billboard 200 Albums. Sebuah badan pemasaran produk muzik Amerika iaitu Recording Industry Association of America telah mengiktirafkan album ini Diamond (lebih dari 10 juta salinan telah dieksport keluar) dan ianya telah terjual sebanyak 30 juta salinan seluruh dunia.

Percayalah kataku, album Nevermind ini bertanggungjawab membawa muzik alternatif ke arah pendengaran mainstream yang meluas dan para pengkritik muzik seringkali mengatakan bahawa album ini di antara album rock terbaik sepanjang zaman!

Bagi edisi Deluxe Edition ini, ianya dilengkapi dengan 2 CD, mempunyai 40 lagu, 13 unreleased recordings, artwork yang diberi penambahbaikan dan disertakan dengan gambar2 yang belum pernah dirilis sebelum ini! Ianya juga dilengkapi dengan CD B-sides serta demo album yang dirakamkan di Smart Studio dan Studio Boombox (asalnya dari format kaset).

Apa yang pasti, muzik dari kreativiti Kurt Cobain dari album Nevermind ini merupakan satu bentuk batu loncatan kepada beliau bagi menuju ke arah muzik yang lebih unik dan bingit (sila rujuk kepada album In Utero). Thanks Kurt for the inspiration!

Dapatkan edisi khas ini dipasaran, baik dari eBay ataupun dari mudah.my, terpulang pada kalian semua!


Iklan TV bagi mempromosikan Nirvana : Nevermind 20th Anniversary

3 comments:

Kaboi Tanduk said...

packaging agak menarik. dah lama tak layan Nirvana nih.

p.s: tengah dengar album Sliver: Best of the Box. peh memang "raw" sbb kebanyakan lagu dari demo and studio session.

Ijau D. Koceng said...

pengumpul nirvana tegar ni!

Adi Herman said...

kaboi tanduk:
wow bro, aku pun ada CD Nirvana Sliver:Best of the Box.somewhere in 2002 pihak DGC Records ada membuat Boxset utk Nirvana yang berjudul "With The Lights Out" ianya merupakan kompilasi CD dari 1st album "Bleach" hingga "In Utero" & beribu2 lagu unreleased + rare! aku pernah tgk boxset ni kat Pertama Complex, tapi harga memang kaw2 mahal...RM200 something bro! haha bagi yg tak mampu, mcm kita ni, hanya dpt beli CD Nirvana Sliver: best of the box sajer la haha

Ijau:
Thanx to u & korawk, now i finally have the almost complete collection of Nirvana CDs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...