Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Sunday, January 9, 2011

HOLIDAY MADNESS - Debut CD titled MOTHER OF ALL MISTAKES (RM10.00 sahaja)


Metuk Ulau Underground Voices mempersembahkan: HOLIDAY MADNESS, satu-satunya band Grunge dari bumi kenyalang yang masih bertapak di dalam scene muzik underground. Biarpun kurang aktif buat seketika disebabkan komitmen kerja dan keluarga, namun legasi grunge kenyalang dapat diabadikan dalam rilisan ini yang berjudul MOTHER OF ALL MISTAKES.

Apabila mendengar kesemua 4 buah lagu dalam EP ini, ianya mengimbaukan kembali aura grunge yang pernah menjadi kegilaan remaja dekad 90'an dahulu. Pengaruh PEARL JAM, NIRVANA, ALICE IN CHAINS dan SOUNDGARDEN amat ketara pada EP ini. Apa yang menarik tentang band ini, ianya ada kelainan dari segi susunan muzik yang lebih teknikal dan perubahan time signature yang mendadak dan ini menyerupai stail yang dibawakan oleh kebanyakan band2 metal. Jika anda ingin memiliki cd ini, anda boleh hubungi saya di talian 013-8090845 (Adi) dan sekiranya anda ingin membuat trade, sila inform saya lebih awal.

SMF DISTRIBUTIONS PRESENTS :HOLIDAY MADNESS Mini Album "MOTHER OF ALL MISTAKES" 4 TRAXS..GENRE :Grunge Rocks From Kuching. price :RM10 (plus RM5.00 more for Postpaid)
Limited Stock...Support Local bands!!

1 comment:

holiday madness said...

thanks for the review. mun mok nengar sample lagu holiday madness, ada kat www.reverbnation.com/holidaymadness.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...