Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Friday, May 28, 2010

Temuramah Eksklusif Bersama Stone (Silent Death)





Silent Death – sebuah band metal yang tak perlu diperkenalkan lagi di persada muzik rock berat Malaysia, jikalau ditanya dimana-mana negeri sekalipun di Malaysia ini, antara nama-nama band Metal 90an yang masih digemari oleh para-para true metalheads ialah Sil Khannaz, Brain Dead, Vociferation eternity, Langsuyr dan terutamanya Silent Death. Tetapi sayang mungkin metalheads generasi millennium sekarang kurang mengetahui tentang kewujudan band otai ini disebabkan faktor band ini terlalu lama menyepi dan bertapa (agaknya). Akibat berlakunya keadaan sedemikian ialah disebabkan band leader Silent Death iaitu Mr. Stone menghilang tanpa khabar berita, tetapi akhirnya jawapan keghaiban Stone terjawab sudah melalui temuramah di Majalah Karisma edisi ke 3 bulan April lepas. Temuramah yang seterusnya ini lebih menumpukan dari aspek muzikal band tersebut. Ikuti termuramah selanjutnya di antara saya Adi Herman dan Stone Silent Death melalui laman web Facebook. (Pics ehsan dari group Silent Death dari Facebook)

1. Pada awal kemunculan band saudara, asalnya dinamakan Bacteria. Seperti yang telah dinyatakan dalam Majalah Karisma, band saudara tidak lagi menggunakan nama tersebut akibat ada band lain yang menggunakan nama tersebut sebelum ini. Adakah proses pertukaran nama tersebut menjadi satu masalah ketika itu?
PERTUKARAN NAMA SEMEMANGNYA MENIMBULKAN MASALAH SBB RASA DH X BEST LAH. DH BERMULA DGN NAMA TU, TIBA2 KENA TUKAR PULAK. BAND DR INDONESIA TU PUN ADA CONTACT KITORG PASAL ISU NAMA TU. TP KEBETULAN VOKALIS KTORG KENA CURIK DGN BAND ASSAULT. SO KTORG DECIDE TUKAR JE LAH NAMA SBB DH TINGGAL 4 ORG JE MASA TU. MAN 16 & STONE BERTINDAK SBG VOKAL APABILA KAMI MENUKAR NAMA KEPADA SILENT DEATH.

2. Silent Death terkenal juga dengan riff-riff yang dark, heavy , speed dan lebih depressed pada awal kemunculan semasa keluarnya rilisan seperti Break The Silence dan Eternal Damnation. Apa sumber inspirasi saudara Stone semasa menciptakan riff-riff yang hebat dan tersendiri itu?
SEMUA NYA BERGANTUNG PADA MOOD. KALAU MASA BUAT LAGU TU MOOD TGH MARAH, RIFF-RIFF PUN JADI GARANG LAH. KALAU TGH HAPPY, LAYAN BANGING LAH, RIFF PUN JADI CATCHY. TP KALAU TGH DEPRESSED TU YG JADI DARK DAN TERTEKAN. MASA AWAL KEMUNCULAN, MOOD AKU BYK YG DARK LAH, SBB MASA TU ZAMAN KEGELAPAN AKU KOT. AKU BYK PAKAI RIFF-RIFF HANTU, TU YG LAGU BYK JD BERHANTU! HAHAHAHAAHHA

3. Memandangkan pada line-up yang terbaru kini, saudara stone telah beralih posisi kepada Bass. Bagaimana transisi ini boleh berlaku?
TRANSISI NI BRLAKU SBB AKU NK HIDUPKN BALIK SILENT DEATH LA. BYK KWN2 YG MAIN GITAR, SUSAH NK DPT YG MAIN BASS. SO AKU PUN BERALIH LA MAIN BASS. TP KALAU DLM ALBUM AKU MAIN GITAR JUGAK. AKU SOLO JUGAK. ADA LA PART2 YG AKU MAIN GITAR. CUMA BILA LIVE ONSTAGE JE AKU LEBIH SELESA MAIN BASS SBB SENANG NAK NYANYI. TU XDE HAL LAH, GITAR KE BASS KE SAMA JE BAGI AKU. KECUALI KALAU AKU TAK MAIN APA2 INSTRUMENT, X JADI LA SOUND SILENT DEATH TU... MAKNANYA XDE LA TRADEMARK SOUND SILENT DEATH TU

4. Kalau saudara Stone tidak keberatan, bolehkah saudara memberitahu apakah jenama Bass Guitar, effects dan amplifier yang digunakan saudara semasa sesi rakaman album dan persembahan live?
JENAMA BASS YG AKU GUNA IALAH REBEL. AKU X PAKAI EFEK, DIRECT TERUS AMP JE, AMPLIFIER PLAK AKU PAKAI PEAVEY. SAMA JE UTK REKODING DGN LIVE

5. Melihat daripada line-up Silent Death sekarang, setelah sesi pemilihan ahli-ahli baru seperti Eddie (Drummer), Matt Tosey (Guitar) dan Joe Slaughter (Guitar), adakah saudara berpuashati dengan kombinasi muzikal ahli-ahli baru ini berikan kepada band saudara?
LINE UP TERKINI DAH ROMBAK BALIK. SKRG NI LINE UP IALAH IAN (DRUM), E.JAL (GUITAR) DAN MASIH LG JOE SLAUGHTER (GUITAR), DAN AKU MAIN BASS LAH. SO FAR, AKU PUAS HATI LA DGN KOMBINASI LINE UP BARU NI. SUME BAGI KERJASAMA YG BEST. AKU RASA BEST SBB AKU X BUAT KEJE SORG2 MCM DULU. SKRG NI BYK SAMA2 LA CARIK IDEA WAT LAGU KT STUDIO. JOE SLAUGHTER MASUK PART DIA, TMBH IDEA DIA. E.JAL PUN BG PENDAPAT. IAN PUN KREATIF PELBAGAIKAN VARIASI DRUM. BEST LAH!!! AKU MMG PUAS HATI!

6. Saudara Stone tak teringin lagi kah bermain gitar?
MMG LA TERINGIN SANGAT. KT UMAH PUN AKU MAIN GITAR GAK. AKU BUAT LAGU PUN PAKAI GITAR KAN. GITAR TU PENTING. KT STUDIO AKU MAIN GITAR JUGAK. CUMA ONSTAGE JE MAIN BASS. AKU X RASA ITU SATU PERBEZAAN YG KETARA SGT ANTARA GITAR & BASS....... CUMA SAIZ JE LA, GITAR TU KECIK JE LA DR BASS

7. Melihat kepada scene muzik irama berat sekarang yang lebih berpaksikan irama metal seperti deathcore, progressive metal dan mathematical metal, adakah band saudara rasa tercabar dengan kemampuan budak-budak metal sekarang yang berupaya menghasilkan riff-riff yang lebih melodical dan teknikal dalam masa yang sama? Sebab ada sesetengah band yang ahli belum lagi berumur 20 tahun tapi dapat bermain gitar sehebat idola mereka seperti Mark Morton dan Willie Adler (Lamb of God)…to name a few. (sekadar bertanya pendapat hehe)
AKU X RASA TRCABAR PUN, SBB SKRG NI TEKNOLOGI DH MAJU. BUDAK2 TU DPT INFO & MATERIAL YG MELUAS. SO SENANG DORG NK PEKTIS DARI AWAL LG MANA2 INFLUENCE YG DORG MINAT. MASA ZAMAN AKU, MENDE2 TU SUSAH NK DPT. KALAU DPT MMG RARE LAH! TP BAGUSLAH, SMPI BILA KITA NK SUSAH PAYAH NK DPT KAN SOURCE TU SUME. MUZIK NI KITA KENA GUNA KREATIVITI LAH. SUSAH KE SENANG KE TRPULANG PADA KEHENDAK MASING2...

8. Ada tak band-band Metal dari Sarawak yang saudara Stone kenal dan minati?
MESTILAH ADA. SENSELESS & VORMIT. AKU KENAL DORG DAN AKU MINAT GAK MUZIK DORG. BOLEH LAYAN LAH!

9. Boleh ceritakan sedikit tentang pembikinan album terbaru Silent Death yang akan siap tidak lama lagi ini? Ada tak dipreviewkan sedikit lagu-lagu baru ini di khalayak metalheads?
BARU2 NI MASA GIG MALAYSIAN METAL WARRIOR, KTORG BAWAK LAGU BUDAK BOTAK. TU KIRA PREVIEW LAH TU. LAGU2 LAIN AKAN KTORG BAWAK GIG AKAN DTG KT JB NI. SKRG NI PROSES RAKAMAN BERJALAN LANCAR. KTORG REKOD HUJUNG MINGGU JE, SBB KENA TGK JADUAL KEJE JOE SLAUGHTER & IAN. KTORG TARGET SIAP DALAM BULAN JULAI. SKRG DH SIAP REKOD 5 LAGU, LG 3 LAGU SIAP LAH!

10. Soalan terakhir saudara Stone, Apakah perancangan selanjutnya Silent Death selepas ini? Adakah akan memperbanyakkan lagi tour dan gigs? Mungkinkah suatu hari nanti metalheads dari Sarawak mahupun Sabah berpeluang melihat Silent Death beraksi di pentas-pentas negeri kami ini?
LEPAS NI MMG NK BYK KAN TOUR LAH. KALAU ADA YG NK PANGGIL SILENT DEATH MAIN GIG DI ALU-ALUKAN. MESTI NAK PROMOSI ALBUM BARU KAN. KENA TUNGGU 12 THN BARU NK KELUAR ALBUM BARU. KALAU ADA YG PANGGIL BERAKSI DI SABAH & SARAWAK, SUDAH TENTU KTORG NAK PEGI.....

Terima kasih yang tak terhingga untuk saudara Stone kerana sudi meluangkan masa menjawab soalan-soalan saya tadi. Diharap Silent Death akan terus sukses dan berjaya mengangkat martabat muzik berat Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan. Semoga tidak lagi berlaku kematian yang senyap kepada band ini.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Silent Death, sila layari www.myspace.com/silentdeathmalaysia

1 comment:

Anonymous said...

stone...bila nak makan biskut mary danone da pekena kopi kaw2..???hihi

\m/ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...