Salah satu webzine yang seumpamanya ciptaan anak tempatan (percuma tak perlu bayar) untuk tatapan & bahan ilmiah dari segi muzikal khas bagi peminat Muzik Bawah Tanah di Bintulu Sarawak. Sesungguhnya ini cuma percubaan secara DIY untuk mengangkat Scene Bintulu khususnya demi memeriahkan dan menggamatkan lagi scene kita yang masih kerdil ini. Diharap dapat mendapat sokongan yang padu dari kawan-kawan sekalian. Kalau bukan orang kita, siapa lagi yang akan memartabatkan scene kita.
Metuk Ulau Underground Voices
Friday, May 14, 2010
Barangan METUK ULAU DISTRO kini di Zoso Music Studio!
Bagi mereka yang tercari-cari di mana tempat yang paling mudah untuk mendapatkan barangan dari Metuk Ulau Distro, jangan risau kerana ianya boleh didapati di Zoso Music Studio (Terletak di Parkcity Commerce Square Phase 4 - Sama blok dengan Kedai Barangan Elektrik Kuan Sing), satu-satunya kedai muzik di Bintulu ini yang boleh dikatakan berpengaruh di tempat kita ini. Sambil-sambil membeli barangan distro kami, anda boleh juga window shopping atau beli terus pelbagai jenis alat-alat muzik yang dipamerkan di kedai ini contohnya pelbagai variasi gitar elektrik atau acoustic, amplifier dari jenama Marshall hingga ke Line 6, Efek kaki seperti Behringer, Zoom dan Boss serta perlbagai lagi aksesori muzik yang jarang ada di tempat lain kecuali di Zoso. Antara barangan Metuk Ulau Distro yang ada di Zoso Music Studio ialah Majalah Karisma, CD Mantak,DVD Teroka Minda dan CD album Vormit.
Majalah Karisma juga boleh didapati di kedai Syarikat Perniagaan Melayu (Berdekatan dengan M.U. Cafe - Area Medan Sepadu)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment