Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Sunday, August 15, 2010

BATTLE OF THE ACOUSTICS 2010 (Organized by Everly Parkcity Hotel)










Venue: Parkcity Everly Hotel's Lobby (Bersempena dengan Wedding Fair 2010)
Date & Time: 8th August 2010 (started at 6:00 pm)

Seminggu selepas diadakan Battle of the Bands 2010 di Waves Pub, tak cukup lagi dengan happening nya, pihak hotel ini juga ada menganjurkan Battle of Acoustics bersempena berlangsungnya Wedding Fair yang dibuat di ruang legar lobi hotel tersebut.

Penyertaan untuk battle ini juga amat menggalakkan sebab rata2 band yang memasuki battle ini pernah mengikuti Battle of the Bands yang diadakan di Waves Pub pada 1 Ogos 2010. Antara Band yang mengikuti pertandingan ini ialah Bintulu Buskers, Nastasia, Regiment of Kid-do-wrong (band aku hehehe), Daun Pisang dan banyak lagi.

Tahniah kepada Daun Pisang band kerana menjadi juara keseluruhan battle tersebut. Reggea & Ska sampai tua bro! 2nd Place dimenangi oleh Bintulu Buskers manakala tempat ketiga dibolos oleh band Nastasia. Congrats guys!

Battle kali ini agak santai dan kurang tekanannya memandangkan ianya lebih bersifat unplugged dan tidak memerlukan amps serta effects yang membingitkan. Satu lagi usaha pihak hotel yang patut dipuji kerana telah berjaya menganjurkan event sebegini.

Pics ehsan oleh Bintulu Buskers Group dari Facebook

-Adi Herman-

BATTLE OF THE BANDS 2010 (Organized by Everly Parkcity Hotel)










Battle of teh Bands 2010 (Organized by Parkcity Everly Hotel & Waves Pub)
Venue: Waves Pub
Time & Date: Started around 7pm (1st August 2010)
Rating: Totally F**king Awesome Experience!

Setelah lama scene Bintulu menyepi tanpa ada sebarang gig ataupun Battle, kini datang pula satu inisiatif baru dari sebuah hotel yang ternama juga di Bintulu iaitu Perkcity Everly Hotel untuk menganjurkan sebuah Battle of the Bands yang julung kalinya diadakan di Waves Pub, kepada yang kaki clubbing tu memang agak familiar dengan kelab malam ni hehehe...

Battle of the bands ini merupakan Battle yang pertama kalinya diadakan di Waves Pub. Menurut orang kuat event ini Saudara Rizal yang juga merupakan staff di hotel ini, jika Battle ini mendapat sambutan yang menggalakkan, pihak hotel akan menjadikan event ini menjadi acara tahunan dan mungkin pada tahun hadapan ianya akan dibuat di Ballroom hotel tersebut.

Antara band yang turut serta dalam Battle tersebut ialah Another Chapter of Our Nightmare, Nastasia, Regiment of Kid-do-wrong, Daun Pisang, Paperbag dan pelbagai lagi. Band-band jemputan yang membuat persembahan di Battle ini ialah Sepia (resident band untuk Waves Pub) dan The Lost Terminal.

Tempat ketiga dimenangi oleh CAFD, manakala tempat kedua pula dimenangi oleh After Five. Juara keseluruhan band pada malam itu dimenangi oleh band G.O.D. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Secara jujurnya, saya tak rasakan ianya seperti satu Battle of the Bands malahan atmosfera di dalam pub itu lebih kepada bentuk gig dan user friendly hehehe. Walaubagaimanapun sekali lagi saya ucapkan syabas kepada pihak hotel kerana berani menganjurkan event sebegini. Diharap ianya menjadi satu platform untuk semua band2 underground di sekitar Bintulu untuk mempersembahkan dan menyerlahkan lagi bakat mereka dalam persada seni muzik tempatan kita. Last But Not Least...Keep On Rocking In The Free World!

Pics ehsan dari Es Ratio, Paperbag band dan Rizal Everly. Thanks Guys!

-Adi Herman-

Monday, July 26, 2010

UNTIL THE LIGHT TAKES US - Dokumentari Mengenai Asal-Usul Budaya Black Metal Norwegian


Until The Lights Takes Out - Sebuah dokumentari yang berkisar tentang permulaan kewujudan pergerakan Black Metal yang berpengkalan di Oslo, Norway dan ianya juga menceritakan tentang bagaimana band2 black metal perintis seperti Mayhem dan Burzum menjadi satu fenomena dalam budaya Eropah seterusnya seluruh dunia. Tidak lupa juga ianya menceritakan bagaimana budaya Black Metal ini bertukar menjadi ganas dan kejam seperti kejadian membunuh diri oleh pengikutnya, pembakaran Gereja dan yang paling menggerunkan pembunuhan kejam di antara leader Black Metal ini - diantara Count Grishnackh (Burzum) dan Euronymous (Mayhem).

Ianya juga mengandungi sesi temuramah bersama Gylve "Fenriz" Nagell, pengasas band dan juga drummer band Dark Throne, Jan Axel "Hellhammer" dari band Mayhem, Abbath dari Immortal (my all time favourite black metal band...period) dan yang menjadi highlight dokumentari ini ialah sesi interview bersama Varg "Count Grishnackh" Vikernes (Musician, Burzum, Mayhem) Pengasas Burzum - band one man show yang banyak mengubah corak permainan muzik black metal dari bentuk tradisional kepada sound yang lebih epik dan story-telling tentang mitos2 budaya Norway. Yang lucunya di sini, saya ingatkan pada mulanya "Count Grishnackh" adalah seorang yang buas memandang sesi interview tersebut dibuat di dalam penjara High-Security di Norway, rupa-rupanya Count ini merupakan orang yang berfalsafah tinggi dengan ideologi yang telah diciptanyanya.

Bahagian yang paling klimaks dalam dokumentari ini ialah apabila penangkapan oleh pihak berkuasa ke atas Varg Vikernes menjadi bahan sensasi media massa pada ketika itu dan ini menambahkan lagi ketegangan di antara Varg dan Oysten Euronysmous (Boss Helvete Shop dan pengasas Mayhem). Sesungguhnya mereka berdua mempunyai ideologi yang berbeza, di mana Varg dengan sifat fundementalisme terhadap kebudayaan paganisme Norway yang menganggap bahawa ajaran Kristian telah menghapuskan budaya tersebut, walhal Euronysmous pula bercita-cita tinggi untuk menubuhkan satu sindiket yang digelar Black Metal Mafia.

Dari sini kita dapat perhatikan bagaimana ideologi ini merosakkan persahabatan mereka (the circle of friends) dan sekaligus meletakkan mereka ke dalam lembah jenayah. Pada mulanya mereka cuma artis2 yang cuba mengekspresikan hasil seni mereka ke dalam bentuk muzik. Kita semua boleh ambil iktibar dari kisah ini, treat Black Metal as a music form, not a lifestyle.

anda boleh download dokumentari ini di:
http://www.megaupload.com/?d=YPFYVPXP

MAJALAH KARISMA ISU #6 BULAN JULAI 2010


Kali ini Majalah Karisma mengetengahkan band Grindcore dari Selatan Semenanjung Malaysia yang tidak asing lagi dan cukup tersohor iaitu DAMOKIS, band yang telah mengubah landscape underground scenen tempatan khususnya dalan genre Grindcore. Tidak lupa juga ada artikel mengenai band Master, Shewolves, Warbringer serta ulasan Konsert Double Trouble Edisi Selatan yang bertempat di Stadium Larkin, Johor Bahru.

Harga: RM10.00 (Sila tambah RM5 lagi untuk kos pos ekspres)
Hubungi Adi Herman (no. h/p 013-8090845) untuk keterangan lanjut.

sila lawati www.metukulau.blogspot.com untuk meilhat produk-produk lain yang ditawarkan oleh distro ini. Cheers!

Saturday, July 10, 2010

BATTLE OF THE BANDS 2010 (Organized by Everly Parkcity Hotel)


BATTLE OF THE BAND 2010 OFFICIAL FLYER!
Organized by Everly Parkcity Hotel

BERITA GEMBIRA UNTUK PARA MUSICIAN BINTULU SEKALIAN!! Buat julung kalinya satu pertandingan Battle of the Bands akan diadakan di Parkcity Everly Hotel pada 1 Ogos 2010 akan datang, yuran kemasukan sebanyak RM120.00 dikenakan kepada setiap band yang memasuki pertandingan tersebut. Untuk keterangan lanjut mengenai perkara di atas, anda bolehlah menghubungi En. Rizal di talian 019-4890448. Keep on rocking in the free world!!!

Monday, June 21, 2010

Majalah Karisma (Majalah Irama Berat Pilihan Anda)


Sekarang berada di pasaran! Issue no. 5 Bulan 6 ini mengetengahkan artikel-artikel yang rocking habis seperti review konsert Lamb Of God di Singapura, Interview bersama band Au Revoir - Band Horror Rock/Metal dari Kangar, rencana khas mengenai band otai AC/DC dan semestinya up close and personal bersama Aradia!

Harga: RM 10.00(Harga Sabah / Sarawak)
Sila hubungi Adi Herman di talian 013-8090845 jika berminat untuk memilikinya.

Untuk keterangan lanjut sila layari http://metukulau.blogspot.com

Saturday, June 12, 2010

CD Promo Unitheism - Behind The Cracked Idols



Unitheism merupakan antara band-band old skool death metal terawal di Sarawak dan ini merupakan buah tangan mereka kepada metalheads tempatan khususnya dari Bumi Kenyalang. Pembikinan CD Ep ini telah terunda sekian lama (10 tahun terbengkalai) dan ianya dibangkitkan semula oleh label RDL Distro, sebuah label dari Singapura. CD ini boleh dikatakan rare dan sukar didapati. Ianya juga khas untuk peminat experimental teknikal black death metal. Hail Unitheism!

Harga: RM12.00 (sila tambah RM5 jika anda di luar Bintulu Sarawak utk tujuan kos penghantaran)
Sila hubungi saya Adi Herman di talian 013-8090845 jika berminat

Anda juga boleh layari Metuk Ulau Distro di
www.metukulau.blogspot.com

CD Kompilasi Band-band Metal Tempatan - The Apocalypse of Raw Assault Volume 2 (Terbitan RDL Distro)


Satu lagu kompilasi bermutu yang didatangkan khas dari Johor Bharu keluaran RDL Distro (Reymond Dark Legend). Kompilasi ini menggandingkan beberapa band yang hebat-hebat belaka di arena muzik metal underground mahupun punk/hardcore scene Malaysia. Antara band yang terdapat di dalam kompilasi ini ialah Barbalans (Sabah), Unitheism (Sarawak), Asean Beastial Metal Syndicate 696 (Johor) Demonyu (Sabah Black Metal). Ianya mengandungi 24 tracks kesemuanya. Stok adalah terhad jadi tunggu apa lagi? Jadikannya salah satu koleksi CD Metal kegemaran anda sekarang...

Harga: RM 15.00 (sila tambah RM5 utk kos penghantaran jika anda di luar kawasan Bintulu Sarawak)
Sila hubungi saya Adi Herman di talian 013-8090845 jika berminat

Anda juga boleh layari Metuk Ulau Distro di
www.metukulau.blogspot.com

Sticker - SARAWAK METAL FORCE


SARAWAK METAL FORCE merupakan satu komuniti band metal tempatan khususnya di zon negeri Bumi Kenyalang yang diasaskan oleh Mir Azam Aryanism. Rata-rata metalheads di Sarawak mengenali komuniti ini kerana ianya juga berfungsi sebagai organizer gig Metal. Antara kawasan yang sering menjadi tumpuan dijadikan gig dan SMF selaku organizer nya ialah Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Sarawak Metal Force telah lama bertapak semenjak dari tahun 1999 lagi dan antara band-band metal tempatan yang sering berganding bahu dengan SMF ialah Vormit, Mentally Murdered, Kherow, Shamanic Rites dan bermacam-macam band lagi. Metuk Ulau Distro dengan bangganya bekerjasama dengan SMF dalam mempromosikan Sticker Official dari komuniti ini.

Harga: RM 5.00 sahaja
Jika berminat, sila hubungi saya Adi Herman di talian 013-8090845

untuk keterangan lanjut tentang komuniti ini sila layari
http://sarawakmetalforce.blogspot.com/

AL FARABI BAND - CD Promo


Metuk Ulau Distro kini telah menjadi pengedar sah untuk CD Promo Alfarabi Band ini. CD ini boleh dikategorikan sebagai EP juga. Ianya mengandungi 5 buah lagu dan semuanya digubah oleh anggota Al Farabi Band sendiri iaitu Sam & Ayee. Bagi yang pertama kali mendengar nama band ini, Al Farabi Band merupakan sebuah kumpulan yang bergenre Rock, membawa mesej ketuhanan dan kerohanian terhadap agama Islam khususnya. Band ini sudah aktif agak lama dan sering membuat persembahan samada secara akustik ataupun live band di function-function seperti Majlis Makan Malam, Hari Keluarga mahupun ceramah agama. Menariknya di sini, Al Farabi Band pernah muncul di kaca TV tahun lepas melalui rancangan dari siaran TV3 iaitu Al Kulliyah dengan membuat persembahan secara akustik. Disamping itu lagu mereka iaitu "Evolusi" sering berkumandang di corong radio terutama sekali pada rancangan Rock Selamba yang disiarkan oleh Muzik FM setiap 2 hingga 5 petang. Stok yang ada pada saya adalah terhad, jadi bertindaklah segera untuk mendapatkan CD ini.

Harga: RM 13.00 (tambah RM5 jika anda di luar kawasan Bintulu bagi tujuan kos penghantaran)
Hubungi saya Adi Herman di talian 013-8090845

Thursday, June 3, 2010

FADIHAT - Sebuah Death Metal dari Seberang yang perlu anda dengari...





D'Masberto Live "Hell Of The Wolrd"

FADIHAT | MySpace Music Videos


Atas dasar untuk memperkenalkan band2 death metal Indonesia serta untuk mempereratkan lagi jurang di antara 2 negara, di sini saya ingin memperkenalkan kepada kalian semua dengan sebuah band yang sekarang mendapat tempat pengikut2 death metal scene Jakarta:

FADIHAT dibentuk pada tahun 1998 di JAKARTA dengan konsep death metal, yang banyak dipengaruhi oleh band-band luar negri seperti DYING FETUS, SUFFOCATION, CRYPTOPSY, BEHEADED dll. line up "FADIHAT" saat itu : Tyo alberies ( drum ), Hery paslah ( vocal ), Ismail ( bass ), Bule ( guitar ). formasi ini tidak bertahan lama, karena pada tahun 1999... Bule pun hengkang dari band. dan Ismail pun berganti posisi ke ( guitar ). dengan menyisakan tiga orang personil justru membuat "FADIHAT" semakin solid. itu terbukti dengan keluarnya mini album pertama yang berisi 4 buah lagu dengan titel "ALAM GELAP", serta berbagai macam kompilasi underground ditanah air maupun mancanegara. salah satunya "BRUTALLY SICKNES 3" dan "LIFE FLUID AUSTRALIA". dan sejak itu "FADIHAT" mulai merambah event-event underground di tanah air. pada tahun 2001 "FADIHAT" sedikit mengalami keterpurukan karena hengkangnya Ismail ( guitar ) pada saat penggarapan full album pertama yang bertitel "I'M YOUR BLASPHEMY". itu pula yang menyebabkan penggarapan album tersebut tidak maksimal. karena Hery paslah ( vokal ) berganti posisi menjadi pemain ( guitar ) menggantikan Ismail. dan posisi vokal saat itu dibantu oleh Iboy "SAKRATIS / ABHORRED DESPISER" sebagai additional player. setelah album "I'M YOUR BLASPHEMY" rilis tahun 2001 dibawah label BISING RECORD. Iboy pun resmi menjadi vokalis dan bagian dari "FADIHAT", yang mengalirkan semangat dan motivasi baru dalam band di berbagai event dan pengerjaan materi-materi baru. hingga akhirya pada tahun 2002 "FADIHAT" berhasil mengeluarkan full album kedua yang sedikit lebih baik dan berkarakter dari album sebelumnya dengan diberi titel "SICK VAGINA HOLE" yang dirilis oleh label UNFLESH PRODUCTION. akan tetapi, tidak berapa lama setelah album "SICK VAGINA HOLE" rilis. Tyo alberies ( drum ) yang merupakan salah satu pendiri "FADIHAT" hengkang karena alasan tertentu, hingga membuat band menjadi limbung dan memaksa pergantian posisi didalam tubuh "FADIHAT" karena hanya tinggal menyisakan dua orang personil saja yaitu Hery paslah ( guitar ) dan Iboy ( vokal ).Iboy pun yang awalnya ( vokal ) mengisi posisi ( drum ) yang ditinggalkan Tyo alberies untuk setiap event yang di ikuti oleh "FADIHAT" dengan dibantu beberapa Adittional player hingga pada tahun 2003 kesibukan masing-masing membuat "FADIHAT" terbengkalai dan terpaksa mengalami kevakuman dalam waktu yang cukup lama. dan sampai pada awal tahun 2007. Hery paslah, Tyo alberies, dan Ismail kembali untuk mengaktifkan lagi "FADIHAT" yang dirasa telah vakum cukup lama dikancah metal scene tanah air. dengan kembalinya personil-personil lama dan beberapa personil baru yaitu Andry Zerrs ( vocal ) exs "TORMENTOR" Indra ( Bass ) exs "SAKRATIS" kini siap meramaikan kembali metal scene tanah air dengan mempersiapkan materi-materi barunya.
FADIHAT line up : Andry Zerrs ( Vocal ), Hery paslah ( Guitar ), Indra ( Bass ) Tyo alberies ( Drum ).
FADIHAT Contact And Booking:
DeadRebeL Tattoo Studios. Jl. Al-Barokah III No.70 Rt.09/01 Duri Kosambi Baru Cengkareng - Jakarta Barat 11750 INDONESIA Phone: 021 - 91164495/Hery email:fadihat.band@yahoo.com - www.myspace.com/fadihat

(informasi ini diperolehi dari myspace mereka, aku copy & paste ajer...malas nak tulis banyak2 hehehe)
kalau korang nak Mp3 band ni, korang boleh search FADIHAT kat www.4shared.com free of charge bro...tak perlu bayar

Last but not least...Hidup Metal Nusantara!!!

Friday, May 28, 2010

Promosi Hebat - Pakej Merchandise Hayagriva




Hayagriva - Sebuah band shadow metal yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutama sekali melalui scene Ipoh Metal Militant. Band ini sudah lama wujud dan telah lama aktif di dalam scene metal tempatan lebih 10 tahun.

Di sini Metuk Ulau Underground Voices mempromosikan satu pakej yang menarik untuk semua metalheads khususnya:

Pakej Merchandise Hayagriva merangkumi :-
1. T-shirt Hayagriva Nexus Lunacy (Harga Asal RM 45.00) saiz S,M dan L sahaja (American Size)
2. CD Hayagriva "Nexus Lunacy" (Harga Asal RM 20.00)
3. Buttan Badge Mini Hayagriva (Harga Asal RM 3.00)

Semuanya berjumlah RM 50.00 jika anda membeli barangan ini secara pakej, jika anda berminat untuk membelinya secara berasingan ianya akan mengikut harga asal. Untuk mereka yang di luar kawasan Bintulu, tambahan RM 10.00 dikenakan untuk perbelanjaan Pos Ekspress ataupun Pos Laju. Promosi ini tidak lama memandangkan saya tidak menyimpan stok yang banyak untuk pakej ini, jadi janganlah berlengah lagi sementara stok masih ada! Hubungi saya Adi Herman di no. h/p 013-8090845.

Hail to Hayagriva The Pioneers of Shadow Metal!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...