Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Monday, June 21, 2010

Majalah Karisma (Majalah Irama Berat Pilihan Anda)


Sekarang berada di pasaran! Issue no. 5 Bulan 6 ini mengetengahkan artikel-artikel yang rocking habis seperti review konsert Lamb Of God di Singapura, Interview bersama band Au Revoir - Band Horror Rock/Metal dari Kangar, rencana khas mengenai band otai AC/DC dan semestinya up close and personal bersama Aradia!

Harga: RM 10.00(Harga Sabah / Sarawak)
Sila hubungi Adi Herman di talian 013-8090845 jika berminat untuk memilikinya.

Untuk keterangan lanjut sila layari http://metukulau.blogspot.com

Saturday, June 12, 2010

CD Promo Unitheism - Behind The Cracked Idols



Unitheism merupakan antara band-band old skool death metal terawal di Sarawak dan ini merupakan buah tangan mereka kepada metalheads tempatan khususnya dari Bumi Kenyalang. Pembikinan CD Ep ini telah terunda sekian lama (10 tahun terbengkalai) dan ianya dibangkitkan semula oleh label RDL Distro, sebuah label dari Singapura. CD ini boleh dikatakan rare dan sukar didapati. Ianya juga khas untuk peminat experimental teknikal black death metal. Hail Unitheism!

Harga: RM12.00 (sila tambah RM5 jika anda di luar Bintulu Sarawak utk tujuan kos penghantaran)
Sila hubungi saya Adi Herman di talian 013-8090845 jika berminat

Anda juga boleh layari Metuk Ulau Distro di
www.metukulau.blogspot.com

CD Kompilasi Band-band Metal Tempatan - The Apocalypse of Raw Assault Volume 2 (Terbitan RDL Distro)


Satu lagu kompilasi bermutu yang didatangkan khas dari Johor Bharu keluaran RDL Distro (Reymond Dark Legend). Kompilasi ini menggandingkan beberapa band yang hebat-hebat belaka di arena muzik metal underground mahupun punk/hardcore scene Malaysia. Antara band yang terdapat di dalam kompilasi ini ialah Barbalans (Sabah), Unitheism (Sarawak), Asean Beastial Metal Syndicate 696 (Johor) Demonyu (Sabah Black Metal). Ianya mengandungi 24 tracks kesemuanya. Stok adalah terhad jadi tunggu apa lagi? Jadikannya salah satu koleksi CD Metal kegemaran anda sekarang...

Harga: RM 15.00 (sila tambah RM5 utk kos penghantaran jika anda di luar kawasan Bintulu Sarawak)
Sila hubungi saya Adi Herman di talian 013-8090845 jika berminat

Anda juga boleh layari Metuk Ulau Distro di
www.metukulau.blogspot.com

Sticker - SARAWAK METAL FORCE


SARAWAK METAL FORCE merupakan satu komuniti band metal tempatan khususnya di zon negeri Bumi Kenyalang yang diasaskan oleh Mir Azam Aryanism. Rata-rata metalheads di Sarawak mengenali komuniti ini kerana ianya juga berfungsi sebagai organizer gig Metal. Antara kawasan yang sering menjadi tumpuan dijadikan gig dan SMF selaku organizer nya ialah Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Sarawak Metal Force telah lama bertapak semenjak dari tahun 1999 lagi dan antara band-band metal tempatan yang sering berganding bahu dengan SMF ialah Vormit, Mentally Murdered, Kherow, Shamanic Rites dan bermacam-macam band lagi. Metuk Ulau Distro dengan bangganya bekerjasama dengan SMF dalam mempromosikan Sticker Official dari komuniti ini.

Harga: RM 5.00 sahaja
Jika berminat, sila hubungi saya Adi Herman di talian 013-8090845

untuk keterangan lanjut tentang komuniti ini sila layari
http://sarawakmetalforce.blogspot.com/

AL FARABI BAND - CD Promo


Metuk Ulau Distro kini telah menjadi pengedar sah untuk CD Promo Alfarabi Band ini. CD ini boleh dikategorikan sebagai EP juga. Ianya mengandungi 5 buah lagu dan semuanya digubah oleh anggota Al Farabi Band sendiri iaitu Sam & Ayee. Bagi yang pertama kali mendengar nama band ini, Al Farabi Band merupakan sebuah kumpulan yang bergenre Rock, membawa mesej ketuhanan dan kerohanian terhadap agama Islam khususnya. Band ini sudah aktif agak lama dan sering membuat persembahan samada secara akustik ataupun live band di function-function seperti Majlis Makan Malam, Hari Keluarga mahupun ceramah agama. Menariknya di sini, Al Farabi Band pernah muncul di kaca TV tahun lepas melalui rancangan dari siaran TV3 iaitu Al Kulliyah dengan membuat persembahan secara akustik. Disamping itu lagu mereka iaitu "Evolusi" sering berkumandang di corong radio terutama sekali pada rancangan Rock Selamba yang disiarkan oleh Muzik FM setiap 2 hingga 5 petang. Stok yang ada pada saya adalah terhad, jadi bertindaklah segera untuk mendapatkan CD ini.

Harga: RM 13.00 (tambah RM5 jika anda di luar kawasan Bintulu bagi tujuan kos penghantaran)
Hubungi saya Adi Herman di talian 013-8090845

Thursday, June 3, 2010

FADIHAT - Sebuah Death Metal dari Seberang yang perlu anda dengari...





D'Masberto Live "Hell Of The Wolrd"

FADIHAT | MySpace Music Videos


Atas dasar untuk memperkenalkan band2 death metal Indonesia serta untuk mempereratkan lagi jurang di antara 2 negara, di sini saya ingin memperkenalkan kepada kalian semua dengan sebuah band yang sekarang mendapat tempat pengikut2 death metal scene Jakarta:

FADIHAT dibentuk pada tahun 1998 di JAKARTA dengan konsep death metal, yang banyak dipengaruhi oleh band-band luar negri seperti DYING FETUS, SUFFOCATION, CRYPTOPSY, BEHEADED dll. line up "FADIHAT" saat itu : Tyo alberies ( drum ), Hery paslah ( vocal ), Ismail ( bass ), Bule ( guitar ). formasi ini tidak bertahan lama, karena pada tahun 1999... Bule pun hengkang dari band. dan Ismail pun berganti posisi ke ( guitar ). dengan menyisakan tiga orang personil justru membuat "FADIHAT" semakin solid. itu terbukti dengan keluarnya mini album pertama yang berisi 4 buah lagu dengan titel "ALAM GELAP", serta berbagai macam kompilasi underground ditanah air maupun mancanegara. salah satunya "BRUTALLY SICKNES 3" dan "LIFE FLUID AUSTRALIA". dan sejak itu "FADIHAT" mulai merambah event-event underground di tanah air. pada tahun 2001 "FADIHAT" sedikit mengalami keterpurukan karena hengkangnya Ismail ( guitar ) pada saat penggarapan full album pertama yang bertitel "I'M YOUR BLASPHEMY". itu pula yang menyebabkan penggarapan album tersebut tidak maksimal. karena Hery paslah ( vokal ) berganti posisi menjadi pemain ( guitar ) menggantikan Ismail. dan posisi vokal saat itu dibantu oleh Iboy "SAKRATIS / ABHORRED DESPISER" sebagai additional player. setelah album "I'M YOUR BLASPHEMY" rilis tahun 2001 dibawah label BISING RECORD. Iboy pun resmi menjadi vokalis dan bagian dari "FADIHAT", yang mengalirkan semangat dan motivasi baru dalam band di berbagai event dan pengerjaan materi-materi baru. hingga akhirya pada tahun 2002 "FADIHAT" berhasil mengeluarkan full album kedua yang sedikit lebih baik dan berkarakter dari album sebelumnya dengan diberi titel "SICK VAGINA HOLE" yang dirilis oleh label UNFLESH PRODUCTION. akan tetapi, tidak berapa lama setelah album "SICK VAGINA HOLE" rilis. Tyo alberies ( drum ) yang merupakan salah satu pendiri "FADIHAT" hengkang karena alasan tertentu, hingga membuat band menjadi limbung dan memaksa pergantian posisi didalam tubuh "FADIHAT" karena hanya tinggal menyisakan dua orang personil saja yaitu Hery paslah ( guitar ) dan Iboy ( vokal ).Iboy pun yang awalnya ( vokal ) mengisi posisi ( drum ) yang ditinggalkan Tyo alberies untuk setiap event yang di ikuti oleh "FADIHAT" dengan dibantu beberapa Adittional player hingga pada tahun 2003 kesibukan masing-masing membuat "FADIHAT" terbengkalai dan terpaksa mengalami kevakuman dalam waktu yang cukup lama. dan sampai pada awal tahun 2007. Hery paslah, Tyo alberies, dan Ismail kembali untuk mengaktifkan lagi "FADIHAT" yang dirasa telah vakum cukup lama dikancah metal scene tanah air. dengan kembalinya personil-personil lama dan beberapa personil baru yaitu Andry Zerrs ( vocal ) exs "TORMENTOR" Indra ( Bass ) exs "SAKRATIS" kini siap meramaikan kembali metal scene tanah air dengan mempersiapkan materi-materi barunya.
FADIHAT line up : Andry Zerrs ( Vocal ), Hery paslah ( Guitar ), Indra ( Bass ) Tyo alberies ( Drum ).
FADIHAT Contact And Booking:
DeadRebeL Tattoo Studios. Jl. Al-Barokah III No.70 Rt.09/01 Duri Kosambi Baru Cengkareng - Jakarta Barat 11750 INDONESIA Phone: 021 - 91164495/Hery email:fadihat.band@yahoo.com - www.myspace.com/fadihat

(informasi ini diperolehi dari myspace mereka, aku copy & paste ajer...malas nak tulis banyak2 hehehe)
kalau korang nak Mp3 band ni, korang boleh search FADIHAT kat www.4shared.com free of charge bro...tak perlu bayar

Last but not least...Hidup Metal Nusantara!!!

Friday, May 28, 2010

Promosi Hebat - Pakej Merchandise Hayagriva




Hayagriva - Sebuah band shadow metal yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutama sekali melalui scene Ipoh Metal Militant. Band ini sudah lama wujud dan telah lama aktif di dalam scene metal tempatan lebih 10 tahun.

Di sini Metuk Ulau Underground Voices mempromosikan satu pakej yang menarik untuk semua metalheads khususnya:

Pakej Merchandise Hayagriva merangkumi :-
1. T-shirt Hayagriva Nexus Lunacy (Harga Asal RM 45.00) saiz S,M dan L sahaja (American Size)
2. CD Hayagriva "Nexus Lunacy" (Harga Asal RM 20.00)
3. Buttan Badge Mini Hayagriva (Harga Asal RM 3.00)

Semuanya berjumlah RM 50.00 jika anda membeli barangan ini secara pakej, jika anda berminat untuk membelinya secara berasingan ianya akan mengikut harga asal. Untuk mereka yang di luar kawasan Bintulu, tambahan RM 10.00 dikenakan untuk perbelanjaan Pos Ekspress ataupun Pos Laju. Promosi ini tidak lama memandangkan saya tidak menyimpan stok yang banyak untuk pakej ini, jadi janganlah berlengah lagi sementara stok masih ada! Hubungi saya Adi Herman di no. h/p 013-8090845.

Hail to Hayagriva The Pioneers of Shadow Metal!

Barangan METUK ULAU DISTRO kini di Rosmazni Cafe, Kampung Baru Bintulu



Berita baik untuk peminat muzik underground yang tinggal di Kampung Baru! Kini anda dapat memperolehi barangan Metuk Ulau Distro di Kedai Makan Rosmazni Cafe bertempat di Kampung Baru. Sambil lepak-lepak makan dan berborak dengan member-member di cafe ini, anda boleh lah belek2 katalog Metuk Ulau dengan menghubungi Brader Lan (anak kepada tauke Cafe ini) Antara barangan Metuk Ulau Distro yang ada di sini ialah Majalah Karisma, Sticker Shamanic Rites, Pakej Hayagriva dan Katalog T-shirt Metal. Kedai makan ini dibuka bermula dari waktu petang (tak ingat pukul berapa...agak2nya start pukul 5 petang kot) hingga pukul 2 pagi!!!

Support Metuk Ulau Underground Voices Till Death...

Temuramah Eksklusif Bersama Stone (Silent Death)





Silent Death – sebuah band metal yang tak perlu diperkenalkan lagi di persada muzik rock berat Malaysia, jikalau ditanya dimana-mana negeri sekalipun di Malaysia ini, antara nama-nama band Metal 90an yang masih digemari oleh para-para true metalheads ialah Sil Khannaz, Brain Dead, Vociferation eternity, Langsuyr dan terutamanya Silent Death. Tetapi sayang mungkin metalheads generasi millennium sekarang kurang mengetahui tentang kewujudan band otai ini disebabkan faktor band ini terlalu lama menyepi dan bertapa (agaknya). Akibat berlakunya keadaan sedemikian ialah disebabkan band leader Silent Death iaitu Mr. Stone menghilang tanpa khabar berita, tetapi akhirnya jawapan keghaiban Stone terjawab sudah melalui temuramah di Majalah Karisma edisi ke 3 bulan April lepas. Temuramah yang seterusnya ini lebih menumpukan dari aspek muzikal band tersebut. Ikuti termuramah selanjutnya di antara saya Adi Herman dan Stone Silent Death melalui laman web Facebook. (Pics ehsan dari group Silent Death dari Facebook)

1. Pada awal kemunculan band saudara, asalnya dinamakan Bacteria. Seperti yang telah dinyatakan dalam Majalah Karisma, band saudara tidak lagi menggunakan nama tersebut akibat ada band lain yang menggunakan nama tersebut sebelum ini. Adakah proses pertukaran nama tersebut menjadi satu masalah ketika itu?
PERTUKARAN NAMA SEMEMANGNYA MENIMBULKAN MASALAH SBB RASA DH X BEST LAH. DH BERMULA DGN NAMA TU, TIBA2 KENA TUKAR PULAK. BAND DR INDONESIA TU PUN ADA CONTACT KITORG PASAL ISU NAMA TU. TP KEBETULAN VOKALIS KTORG KENA CURIK DGN BAND ASSAULT. SO KTORG DECIDE TUKAR JE LAH NAMA SBB DH TINGGAL 4 ORG JE MASA TU. MAN 16 & STONE BERTINDAK SBG VOKAL APABILA KAMI MENUKAR NAMA KEPADA SILENT DEATH.

2. Silent Death terkenal juga dengan riff-riff yang dark, heavy , speed dan lebih depressed pada awal kemunculan semasa keluarnya rilisan seperti Break The Silence dan Eternal Damnation. Apa sumber inspirasi saudara Stone semasa menciptakan riff-riff yang hebat dan tersendiri itu?
SEMUA NYA BERGANTUNG PADA MOOD. KALAU MASA BUAT LAGU TU MOOD TGH MARAH, RIFF-RIFF PUN JADI GARANG LAH. KALAU TGH HAPPY, LAYAN BANGING LAH, RIFF PUN JADI CATCHY. TP KALAU TGH DEPRESSED TU YG JADI DARK DAN TERTEKAN. MASA AWAL KEMUNCULAN, MOOD AKU BYK YG DARK LAH, SBB MASA TU ZAMAN KEGELAPAN AKU KOT. AKU BYK PAKAI RIFF-RIFF HANTU, TU YG LAGU BYK JD BERHANTU! HAHAHAHAAHHA

3. Memandangkan pada line-up yang terbaru kini, saudara stone telah beralih posisi kepada Bass. Bagaimana transisi ini boleh berlaku?
TRANSISI NI BRLAKU SBB AKU NK HIDUPKN BALIK SILENT DEATH LA. BYK KWN2 YG MAIN GITAR, SUSAH NK DPT YG MAIN BASS. SO AKU PUN BERALIH LA MAIN BASS. TP KALAU DLM ALBUM AKU MAIN GITAR JUGAK. AKU SOLO JUGAK. ADA LA PART2 YG AKU MAIN GITAR. CUMA BILA LIVE ONSTAGE JE AKU LEBIH SELESA MAIN BASS SBB SENANG NAK NYANYI. TU XDE HAL LAH, GITAR KE BASS KE SAMA JE BAGI AKU. KECUALI KALAU AKU TAK MAIN APA2 INSTRUMENT, X JADI LA SOUND SILENT DEATH TU... MAKNANYA XDE LA TRADEMARK SOUND SILENT DEATH TU

4. Kalau saudara Stone tidak keberatan, bolehkah saudara memberitahu apakah jenama Bass Guitar, effects dan amplifier yang digunakan saudara semasa sesi rakaman album dan persembahan live?
JENAMA BASS YG AKU GUNA IALAH REBEL. AKU X PAKAI EFEK, DIRECT TERUS AMP JE, AMPLIFIER PLAK AKU PAKAI PEAVEY. SAMA JE UTK REKODING DGN LIVE

5. Melihat daripada line-up Silent Death sekarang, setelah sesi pemilihan ahli-ahli baru seperti Eddie (Drummer), Matt Tosey (Guitar) dan Joe Slaughter (Guitar), adakah saudara berpuashati dengan kombinasi muzikal ahli-ahli baru ini berikan kepada band saudara?
LINE UP TERKINI DAH ROMBAK BALIK. SKRG NI LINE UP IALAH IAN (DRUM), E.JAL (GUITAR) DAN MASIH LG JOE SLAUGHTER (GUITAR), DAN AKU MAIN BASS LAH. SO FAR, AKU PUAS HATI LA DGN KOMBINASI LINE UP BARU NI. SUME BAGI KERJASAMA YG BEST. AKU RASA BEST SBB AKU X BUAT KEJE SORG2 MCM DULU. SKRG NI BYK SAMA2 LA CARIK IDEA WAT LAGU KT STUDIO. JOE SLAUGHTER MASUK PART DIA, TMBH IDEA DIA. E.JAL PUN BG PENDAPAT. IAN PUN KREATIF PELBAGAIKAN VARIASI DRUM. BEST LAH!!! AKU MMG PUAS HATI!

6. Saudara Stone tak teringin lagi kah bermain gitar?
MMG LA TERINGIN SANGAT. KT UMAH PUN AKU MAIN GITAR GAK. AKU BUAT LAGU PUN PAKAI GITAR KAN. GITAR TU PENTING. KT STUDIO AKU MAIN GITAR JUGAK. CUMA ONSTAGE JE MAIN BASS. AKU X RASA ITU SATU PERBEZAAN YG KETARA SGT ANTARA GITAR & BASS....... CUMA SAIZ JE LA, GITAR TU KECIK JE LA DR BASS

7. Melihat kepada scene muzik irama berat sekarang yang lebih berpaksikan irama metal seperti deathcore, progressive metal dan mathematical metal, adakah band saudara rasa tercabar dengan kemampuan budak-budak metal sekarang yang berupaya menghasilkan riff-riff yang lebih melodical dan teknikal dalam masa yang sama? Sebab ada sesetengah band yang ahli belum lagi berumur 20 tahun tapi dapat bermain gitar sehebat idola mereka seperti Mark Morton dan Willie Adler (Lamb of God)…to name a few. (sekadar bertanya pendapat hehe)
AKU X RASA TRCABAR PUN, SBB SKRG NI TEKNOLOGI DH MAJU. BUDAK2 TU DPT INFO & MATERIAL YG MELUAS. SO SENANG DORG NK PEKTIS DARI AWAL LG MANA2 INFLUENCE YG DORG MINAT. MASA ZAMAN AKU, MENDE2 TU SUSAH NK DPT. KALAU DPT MMG RARE LAH! TP BAGUSLAH, SMPI BILA KITA NK SUSAH PAYAH NK DPT KAN SOURCE TU SUME. MUZIK NI KITA KENA GUNA KREATIVITI LAH. SUSAH KE SENANG KE TRPULANG PADA KEHENDAK MASING2...

8. Ada tak band-band Metal dari Sarawak yang saudara Stone kenal dan minati?
MESTILAH ADA. SENSELESS & VORMIT. AKU KENAL DORG DAN AKU MINAT GAK MUZIK DORG. BOLEH LAYAN LAH!

9. Boleh ceritakan sedikit tentang pembikinan album terbaru Silent Death yang akan siap tidak lama lagi ini? Ada tak dipreviewkan sedikit lagu-lagu baru ini di khalayak metalheads?
BARU2 NI MASA GIG MALAYSIAN METAL WARRIOR, KTORG BAWAK LAGU BUDAK BOTAK. TU KIRA PREVIEW LAH TU. LAGU2 LAIN AKAN KTORG BAWAK GIG AKAN DTG KT JB NI. SKRG NI PROSES RAKAMAN BERJALAN LANCAR. KTORG REKOD HUJUNG MINGGU JE, SBB KENA TGK JADUAL KEJE JOE SLAUGHTER & IAN. KTORG TARGET SIAP DALAM BULAN JULAI. SKRG DH SIAP REKOD 5 LAGU, LG 3 LAGU SIAP LAH!

10. Soalan terakhir saudara Stone, Apakah perancangan selanjutnya Silent Death selepas ini? Adakah akan memperbanyakkan lagi tour dan gigs? Mungkinkah suatu hari nanti metalheads dari Sarawak mahupun Sabah berpeluang melihat Silent Death beraksi di pentas-pentas negeri kami ini?
LEPAS NI MMG NK BYK KAN TOUR LAH. KALAU ADA YG NK PANGGIL SILENT DEATH MAIN GIG DI ALU-ALUKAN. MESTI NAK PROMOSI ALBUM BARU KAN. KENA TUNGGU 12 THN BARU NK KELUAR ALBUM BARU. KALAU ADA YG PANGGIL BERAKSI DI SABAH & SARAWAK, SUDAH TENTU KTORG NAK PEGI.....

Terima kasih yang tak terhingga untuk saudara Stone kerana sudi meluangkan masa menjawab soalan-soalan saya tadi. Diharap Silent Death akan terus sukses dan berjaya mengangkat martabat muzik berat Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan. Semoga tidak lagi berlaku kematian yang senyap kepada band ini.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Silent Death, sila layari www.myspace.com/silentdeathmalaysia

Saturday, May 22, 2010

Band: Sir Attext - Alternative / Funky Rock dari Bumi Kenyalang



Di pagi sabtu yg hening ini (22/05/2010) aku menerima msg dari inbox facebook aku, datang nya daripada salah seorang geng2 band SIR ATTEXT based dari Kuching Sarawak. tanpa membuang masa aku terus melayari laman myspace mereka iaitu http://www.myspace.com/sirattextmusic. Berikut ialah perkara-perkara yang penting kalian ketahui tentang band tersebut:

Sir Attext, a band formed in late 90s from a great atmosphere in Sarawak,Malaysia. This band plays rock music,as what they are always hope for.The line ups : Nazeeb (guitar) Khairul (bass) Bet (vocal) Apap+Zamir (drum), comes from almost the same music background i.e; local radio stations, music from local 70s and 80s rock band and traditional local music. With so much thoughts of wanting to make own music and to know what it's feels like to have own song, then Sir Attext was born in late 90s. The band just finished recording an EP which includes Rock!, Morning Lisbon and Atmosphere. Be as it may, Sir Attext hopes that they can deliver their style of music to whoever may likes it. Sir Attext believes in limited resources may result to great definition of creativity, and they believes that there are people everywhere wanting to share the same thoughts, and music is one path of it. So, may the thoughts be spread throughout music and Sir Attext hopes to have any of your feedback for their songs, the next movement and the upcoming music exploration. Cheers and Thank You Very Much (Diambil dari myspace mereka)

Berdasarkan dari maklumat yang aku terima, bassist band ini iaitu Khairul ialah Ulon Baie (orang Bintulu). Diharap di masa akan datang nanti mereka akan datang ke Bintulu untuk rocking mana2 stage yang ada di tempat kita ini.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang band ini, silalah layari http://www.myspace.com/sirattextmusic

Saturday, May 15, 2010

MILI TIUM - Blog Muzik Metal dibawakan khas dari Indonesia!

MilitiuM Blog Music Metal



Hail Metuk Ulau Followers! Jika ada kelapangan bolehlah checking blog ini. Banyak stuff yang menarik di dalamnya seperti muaturun MP3 band-band Metal Antarabangsa kegemaran anda seperti Satyricon, Arch Enemy, Slayer dan sebagainya. Tidak lupa juga band-band Metal Indonesia sendiri seperti Siksakubur, Jasad dan Noxa. Jom surfing guys!

P/S: Sememangnya memang mudah untuk muat turun Mp3 band kegemaran anda di zaman serba canggih ini, tidak seperti 15 tahun dahulu dimana semuanya perlu dibeli dengan duit hasil titik peluh kita sendiri. Lanun cetak rompak semakin berleluasa di kala ini sehinggakan untuk mencari material yang asli sudah menjadi payah. Dalam pada itu saya juga ingin menyeru supaya sama2 kita jadikan satu tabiat baik untuk kita membeli material seperti CD atau DVD band kegemaran kita terutamanya band2 tempatan khususnya yang original dari sumber yang sah. Sama2 kita menaiktaraf dan mengangkat martabat Muzik Tempatan kita. Hail!

Friday, May 14, 2010

Barangan METUK ULAU DISTRO kini di Zoso Music Studio!







Bagi mereka yang tercari-cari di mana tempat yang paling mudah untuk mendapatkan barangan dari Metuk Ulau Distro, jangan risau kerana ianya boleh didapati di Zoso Music Studio (Terletak di Parkcity Commerce Square Phase 4 - Sama blok dengan Kedai Barangan Elektrik Kuan Sing), satu-satunya kedai muzik di Bintulu ini yang boleh dikatakan berpengaruh di tempat kita ini. Sambil-sambil membeli barangan distro kami, anda boleh juga window shopping atau beli terus pelbagai jenis alat-alat muzik yang dipamerkan di kedai ini contohnya pelbagai variasi gitar elektrik atau acoustic, amplifier dari jenama Marshall hingga ke Line 6, Efek kaki seperti Behringer, Zoom dan Boss serta perlbagai lagi aksesori muzik yang jarang ada di tempat lain kecuali di Zoso. Antara barangan Metuk Ulau Distro yang ada di Zoso Music Studio ialah Majalah Karisma, CD Mantak,DVD Teroka Minda dan CD album Vormit.

Majalah Karisma juga boleh didapati di kedai Syarikat Perniagaan Melayu (Berdekatan dengan M.U. Cafe - Area Medan Sepadu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...