Salah satu webzine yang seumpamanya ciptaan anak tempatan (percuma tak perlu bayar) untuk tatapan & bahan ilmiah dari segi muzikal khas bagi peminat Muzik Bawah Tanah di Bintulu Sarawak. Sesungguhnya ini cuma percubaan secara DIY untuk mengangkat Scene Bintulu khususnya demi memeriahkan dan menggamatkan lagi scene kita yang masih kerdil ini. Diharap dapat mendapat sokongan yang padu dari kawan-kawan sekalian. Kalau bukan orang kita, siapa lagi yang akan memartabatkan scene kita.
Metuk Ulau Underground Voices
Friday, June 10, 2011
CD muZzy - Album pertama "Destinasiku"
muZzy - Album pertama "Destinasiku" bersama dengan poster yang telah ditandatangani oleh Muzzy sendiri!
Harga: RM 22.00 (sila tambah RM5 untuk tujuan postage)
muZzy - Album pertama "Destinasiku",mengetengahkan lagu seperti "Hingga Akhir Nafasku" dan "Ingin Sekali Aku".Anak kelahiran Miri, Sarawak ini bergerak secara independent dan tidak terikat dengan mana-mana label.Gaya muzik muZzy lebih ke arah Pop Rock,Punk Rock dan Commercial Pop.Berikut merupakan info serba sedikit tentang muZzy (dipetik dari Reverbnation):
muZzy adalah sebuah band yang di tubuhkan pada 09.09.09 oleh Mohammad Namazi Bin Salleh. Nama muZzy itu sendiri di pilih sempena nama samaran atau nama panggilan Mohammad Namazi B. Salleh. Band ini bergerak bebas secara indie tanpa bernaung dibawah mana mana syarikat rakaman. Idea penubuhan band ini tercetus sejak muZzy mula berkarya menulis lagu sendiri, dengan menulis lagu lagu yang menceritakan kisah jatuh dan bangun muZzy didalam kehidupannya sendiri. muZzy juga percaya bahawa lagu lagu yang ditulis serta bawakan oleh muZzy mampu memberi mesej pengajaran dan suntikan semangat untuk meneruskan perjuangan didalam kehidupan seharian. Konsep yang dibawakan oleh muZzy merupakan kombinasi muzik muzik bergenre rock, punk rock, pop dan komersil. Idea idea ini terhasil daripada pengalaman serta trend muzik tanahair masa kini. Dengan ini muZzy percaya bahawa muzik yang dipamerkan mampu memenuhi citarasa semua lapisan masyarakat dan peringkat umur.
Jika berminat, sila hubungi saya di talian 013-8090845 (Adi Herman)
Labels:
CAKERA PADAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment