Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Friday, November 19, 2010

Artikel - GRUNGE IS DEAD...OR IS IT? (PART 2 & FINAL CHAPTER)


GRUNGE IS DEAD...OR IS IT (part 2 & final chapter)

Selamat membaca kalian semua! Berbalik pula kita sekali lagi dengan topik yang acapkali kita sebut dan berdiskusi dengan hal ini iaitu Grunge. Kenapa ianya unik? Bagaimana muzik hybrid ini tercipta? Aku malas nak cerita panjang lebar pasal sejarah genre ni, bosan la...ni bukan dewan kuliah kan? Biarlah aku cerita secara seimbas lalu sahaja, mungkin ianya lebih memadai agaknya.

Apabila kita bercakap tentang asal-usul Grunge, kita tidak boleh lari dari bercerita tentang Neil Young, seorang rocker otai yang berasal dari Kanada ini. Lagu2 dari artis ini sememangnya mencetuskan idea dan mempengaruhi gaya muzik pelopor genre Grunge suatu ketika dahulu. Anda boleh bacalah di mana2 artikel pun mahupun di Rolling Stone, Spin ataupun ROTTW...kebanyakan band2 Grunge terpengaruh dengan muzik dari Neil Young sehinggakan artis ini mendapat jolokan "The Godfather of Grunge". Eddie Vedder dari Pearl Jam pernah mengaku terlalu taksub dan ingin menjadi seperti beliau sehinggakan Eddie pernah berduat dengan Neil Young secara live melalui lagu "Keep on Rocking in the Free World". Semestinya persembahan tersebut menjad satu artifek sejarah yang sungguh berharga dalam salasilah muzik Grunge.

Apa yang menarik tentang Grunge melalui perspektif muzikalitinya ialah Grunge merupakan adunan pelbagai genre muzik seperti Rock, Blues, Punk, Metal, Experimental, Garage dan sebagainya. Sebagainya contoh band Alice in Chains pernah memenangi MTV Music Award tahun 90'an dahulu dalam kategori Best Metal Performance padahal mereka ni band Grunge. Band seperti Sonic Youth misalnya amat jelik dan membenci dengan Grunge yang diberikan kepada mereka sebaliknya mereka suka menggelarkan muzik mereka Noise Rock dan No Wave. Band shoe-gazers seperti The Melvins pula lebih kepada bunyian grunge yang ke arah Garage Rock dan ini menghasilkan satu lagi sub-genre rock yang digelar Sludge, campuran muzik Doom dengan Southern Rock. Bercerita lagi mengenai Nirvana, sesetengah lagu mereka masih kuat elemen Punk dan Metal nya walaupun Kurt Cobain membenci penjenamaan seperti itu dan beliau lebih suka dengan ungkapan yang dihasilkannya iaitu "Grunge is Dead".

Semasa demam muzik Grunge di era 90'an semakin berleluasa, kesan globalisasi ini akhirnya sampai juga ke tanahair kita. Mana tidaknya, semasa era Grunge dahulu, band2 tempatan yang membawa konsep sebegini tumbuh bagai cendawan di merata tempat. Gig2 yang berkonsepkan Seattle Sound semakin bertambah dan ini menjadikan Grunge sebagai satu sub-budaya baru dalam scene muzik bawahtanah di Malaysia khususnya. Akan tetapi band2 tempatan yang benar2 pada ketika itu dan sehingga kini cuma Butterfingers dan Dead Mushrooms...yup! Dead Mushrooms sudah membuat reunion dan menampilkan sekali Rashidi (aktor ternama dan pengasas band ini) sebagai gitaris band tersebut.

Apa yang menyebabkan kemerosotan dan kejatuhan muzik Grunge di persada muzik Mainstream? Jawapannya ringkas sahaja. Terlalu Dikomersilkan. Itu jawapan yang tepat sekali. Selepas kematian Kurt Cobain pada tahun 1994, Grunge sudah menjadi ikutan penggemar muzik sedunia sehinggakan ianya menjadi satu jenama, bukan lagi muzik. Suatu ketika dahulu, brand2 baju terkemuka di Amerika Syarikat (aku dah tak ingat brand apa tapi memang terkenal la jugak) telah membuat satu katalog pakaian yang mempromosikan baju2 dan jaket ala Grunge pada persepsi mereka. Baju petak2, Jeans koyak yang disengajakan, tshirt yang mempunyai imej idola Grunge seperti Chris Cornell, Layne Stalley, Scott Weiland & Kurt Cobain (semestinya) menjadi barangan yang terlaris di pasaran. Satu lagi penyebab kejatuhan genre Grunge ialah berlakunya British Invasion iaitu penaklukan semula market muzik di Amerika oleh band2 dari England seperti Oasis, Radiohead, Blur dan sebagainya. Sebab terakhir ialah terciptanya genre baru yang digelar Post-grunge. Antara band2 yang aku maksudkan ialah seperti Candlemass, Bush, Collective Souls dan Creed. Band2 ini menenggelamkan scene Seattle secara total. Mana tidaknya, vokalis band2 ini seolah2 ingin menjadi Eddie Vedder & Kurt Cobain dalam bentuk klon.

Walau apapun yang telah terjadi, Grunge pada asalnya tercipta hanya untuk menjadi santapan minda & pencetus idea anak2 muda dahulu di era lewat 80'an, keseluruhan tahun2 90'an dan pada milenium baru kini. Grunge akan senantiasa diminati oleh para pengikut setianya yang masih mendengar muzik sebegini. Baik di Jepun mahupun Brazil, Jakarta atau Kuala Lumpur...Grunge masih ada pendengarnya sendiri. Seperti yang aku dan rakan2ku sebelum ini pernah melaungkan bait2 lirik Nirvana (aku tidak malu mengatakan dan mengaku yang aku ada cover band yang membawa lagu2 Nirvana) di Studio Delima, Bintulu milik Mr Malim suatu ketika dahulu, semestinya Grunge masih bersemadi dihati kami walaupun mayat Kurt Cobain sudah lama reput dimamah ulat. Aku akhiri artikel ini dengan bait2 lirik ini, tentunya bunyi macam familiar:

With The Lights Out,

Here We Are Now, Entertain Us,

I feel stupid and contagious,

Here We Are Now, Entertain Us,



A Mulatto

An Albino

A Musquito

My Libido

YEAH!!!

6 comments:

Ijau D. Koceng said...

mat2 rock/metal yg membesar di era 90'an pastinya "at one point" meminati nirvana~

akupun tak terkecuali

Adi Herman said...

i agree with that statement! ternyata setiap remaja yg membesar di era 90'an pasti ada terkena efek globalisasi yang bernama Grunge. Nirvana is not dead yet...walaupun Kurt dah lama mati...

Nicholas (Days of Fire) said...

sangat-sangat setuju. Semua mamat-mamat atau budak2 yg lahir dlm era mid-end 70's mmg into muzik grunge especially Nirvana, jamming or blajar main gitar mesti lagu Nirvana, betul tak?

Adi Herman said...

dari music grunge byk member2 yg sebaya evolve ke muzik lain, ada yg cuba bermain dgn muzik alternative/indie/punk/hardcore dan ada juga ke arah metal/grindcore/math/crusty...tapi apa2pun semuanya bermula dgn grunge, we have to admit hehehe dan jgn malu mengaku!

VanillaIce95 said...

Hello hello hello how low! Bak kata Kurt Cobai our little group has always been and always will untill the end!

the code said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...