Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Saturday, June 12, 2010

AL FARABI BAND - CD Promo


Metuk Ulau Distro kini telah menjadi pengedar sah untuk CD Promo Alfarabi Band ini. CD ini boleh dikategorikan sebagai EP juga. Ianya mengandungi 5 buah lagu dan semuanya digubah oleh anggota Al Farabi Band sendiri iaitu Sam & Ayee. Bagi yang pertama kali mendengar nama band ini, Al Farabi Band merupakan sebuah kumpulan yang bergenre Rock, membawa mesej ketuhanan dan kerohanian terhadap agama Islam khususnya. Band ini sudah aktif agak lama dan sering membuat persembahan samada secara akustik ataupun live band di function-function seperti Majlis Makan Malam, Hari Keluarga mahupun ceramah agama. Menariknya di sini, Al Farabi Band pernah muncul di kaca TV tahun lepas melalui rancangan dari siaran TV3 iaitu Al Kulliyah dengan membuat persembahan secara akustik. Disamping itu lagu mereka iaitu "Evolusi" sering berkumandang di corong radio terutama sekali pada rancangan Rock Selamba yang disiarkan oleh Muzik FM setiap 2 hingga 5 petang. Stok yang ada pada saya adalah terhad, jadi bertindaklah segera untuk mendapatkan CD ini.

Harga: RM 13.00 (tambah RM5 jika anda di luar kawasan Bintulu bagi tujuan kos penghantaran)
Hubungi saya Adi Herman di talian 013-8090845

1 comment:

Anonymous said...

Bro . AFB akan turun unimas Sarawak 24 ~ 27 Feb 2011

boleh kita jumpe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...