Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Wednesday, April 27, 2011

MAX CAVALERA – WIRA METAL DARI NEGARA DUNIA KE-TIGA (Bahagian Pertama)




Max Cavalera, suatu nama yang cukup sinonim dalam dunia muzik metal antarabangsa. Mana tidaknya, Max cavalera merupakan icon penitng dalam genre muzik metal kerana beliau merupakan pengasas kepada band-band tersohor seperti Sepultura, Soulfly,Nailbomb dan Cavalera Conspiracy. Penulis ingin berkongsi tentang bagaimana muzik dari icon metal ini mengubah persepsi tentang genre tersebut. Pada tahun 1995, aku baharu masuk tingkatan 2 dan mula mendengar muzik2 dari genre metal, pada awalnya aku hanya terdedah dengan muzik Scorpion, Ugly Kid Joe, Skid Row, Motley Crue, Guns & Roses dan bermacam2 lagu rock & glam metal yang lain. Aku pada mulanya hanya meminjam kaset Sepultura album “Arise” dari kawan aku, haha zaman tu mana ada MP3 player dol. Track pertama dari album tersebut yang berjudul “Arise” juga sudah cukup untuk aku headbanging dan terasa perbezaan aura band ini dari band thrash metal yang lain. Topik yang digaulkan dalam acuan abum itu lebih merujuk kepada peperangan, hari kiamat, penyelewangan politik dunia dan dalam agama itu sendiri, berbeza dengan band metal lain pada zaman itu yang lebih terjerumus ke dalam topic satanisme dan anti tuhan (contohnya Slayer, Mayhem, Burzum, Rotting Christ). Selepas itu aku mula mengikuti perkembangan Sepultura. Barulah aku tahu bahawasanya sebelum itu mereka sudah meriliskan beberapa album dan pada tahun berikutnya iaitu 1996, mereka akan meriliskan album yang memecah tradisi konsep metal iaitu “Roots”.


Sejarah hidup Max dan penubuhan Sepultura


Massilimiliano Antonio “Max” Cavalera, lahir pada 4 Ogos 1969, merupakan seorang berketurunan Itali. Bapanya, Graziano Cavalera, merupakan seorang duta kerajaan Itali di Brazil dan ibunya, Valia, seorang model, juga berasal dari negara tersebut. Ketika Max baru berusia 9 tahun, bapanya meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung dan susulan dari kejadian ini, keluarga Cavalera dilanda krisis kewangan yang teruk. Pada saat itu juga, Max mula terdedah dengan muzik Heavy Metal apabila, selepas pengebumian ayahnya, Max mendengar album Black Sabbath yang berjudul “Black Sabbath Vol. 4” dan selang beberapa tahun kemudian, Max mula menubuhkan sebuah band Metal yang diberi nama SEPULTURA, sebuah perkataan dari bahasa Portugis yang bermaksud “keranda”. Max mendapat ilham untuk menamakan bandnya itu setelah mendengar lagu Motorhead yang berjudul “Dancing On Your Grave”

Persepsi muzik mereka berubah apabila Max dan Igor terpengaruh oleh lagu-lagu dari band Venom. Semenjak dari itu, mereka sepakat untuk beralih ke arah konsep tersebut itu satanisme dan black metal (ini berlaku semasa zaman permulaan penubuhan band). Setelah dibuang sekolah pada tahun 1984, dua beradik tersebut iaitu Max dan Igor mula serius dalam meneruskan cita-cita mereka. Setelah mengalami beberapa perubahan line-up, pada tahun yang sama juga, mereka telah menemui satu line-up yang tight, iaitu terdiri daripada Max selaku pemain gitar, Igor sebagai pemain dram, Wagner Lamounier selaku vokalis dan Paulo Jr. selaku pemain bass. Wagner membuat keputusan untuk keluar dari band tersebut pada bulan Mac 1985 selepas berlaku pertelingkahan dalam band tersebut, dan selepas itu menubuhkan sebuah band legenda dari genre Black Metal antarabangsa iaitu Sarcofago. Jairo Guedes, pula menggantikan tempat Wagner selepas insiden tersebut.

Akan tetapi, suatu kesan negatif berlaku susulan insiden penarikan diri Wagner dari Sepultura di mana tercetusnya perbalahan serta perang mulut di antara band terbaru Wagner iaitu Sarcofago dengan Sepultura. Cemuhan dan kata kesat saling bertukar tangan dan ini melarat hingga ke artikel-artikel dalam majalah-majalah Metal antarabangsa seperti Kerrang, Terrorizer dan Metal Hammer. Sehingga pada suatu ketika berlaku, selepas terkeluar Max dari Sepultura pada tahun 1996 selepas rilisan album “Roots”, Wagner mengejek Sepultura bukannya band yang bermain secara tight dan berkata insiden itu sudah dijangka akan berlaku, katanya.


Split EP Beastial Devastation dan album pertama Morbid Vision (1984-1986)


Berbalik kepada kisah kemasukan Jairo Guedes tadi, Sepultura menandatangani kontrak bersama label Cogumelo Records pada tahun 1985. Pada tahun yang sama, label tersebut meriliskan Bestial Devastation , sebuah split EP bersama dengan sebuah band Metal Brazil iaitu Overdose, iainya dibiayai dari segi kewangan oleh band-band tersebut dan dirakaman selama 2 hari sahaja. Pada Ogos 1986, setelah menyertai pelbagai gig metal sekitar kawasan mereka, Sepultura menghasilkan album pertama mereka yang berjudul Morbid Vision. Di dalam album ini juga mengandungi lagu hit pertama mereka “Troops of Doom” yang berjaya menarik perhatian media massa ketika itu. Sebagai langkah untuk terus maju, mereka kemudiannya berpindah ke Sao Paulo (sebuah bandar besar di Brazil) dan album sulung mereka dirilis di Amerika melalui label New Renaissance Records.


Schizophrenia, Beneath the Remains dan Arise (1987 – 1992)


Pada awal tahun 1987, Jairo Guedes menarik diri dari band tersebut kerana dikatakan sudah hilang minat untuk terus berkarya dalam arena muzik Death Metal, dan dia kemudiannya diganti oleh Andreas Kisser, di mana permainan gitar Andreas lebih terjerumus ke arah Thrash Metal yang lebih laju, keras dan berat. Ini terbukti setelah terhasilnya album kedua mereka iaitu Schizophrenia. Melalui album ini jugalah mereka mendapat sambutan yang hangat di Amerika setelah lagu-lagu mereka diputar di siaran radio Metal. Susulan dari itu juga, iainya menarik minat label Metal terkemuka iaitu Roadrunner Records untuk signed mereka di bawah naungan mereka.

Pada tahun 1989, di bawah label Roadrunner Records, Sepultura meriliskan album ketiga mereka yang berjudul Beneath The Remains, menjadikan album tersebut antara 20 album thrash klasik sepanjang zaman, berdasarkan dari artikel yang diambil dari majalah Terrorizer. Apa yang melucukan tentang album ini ialah, pada sesi rakaman sebelum rilisan album tersebut, mereka menggunaan khidmat penterjemah untuk berinteraksi dengan produser metal yang terkenal dari Amerika iaitu Scott Burns. Masalah ini berlaku kerana pada waktu tersebut, kebanyakan ahli kumpulan tersebut kurang fasih berbahasa Inggeris. Walaupun begitu, ianya tidak menghalang mereka untuk tersebut maju dalam persada muzik metal, dan ini terbukti apabila mereka pada ketika itu Berjaya membuat tour di Eropah dan seluruh Amerika. Dari album ini juga mereka membuat video muzik mereka yang pertama iaitu “Innerself”.


Chaos A.D. dan Roots (1993-1996)


Album ketiga Sepultura, Chaos A.D. diriliskan pada tahun 1993 dan dari album ini jugalah berlaku transformasi dari segi pembawaan muzik band ini di mana perubahan dari thrash metal ke arah genre industrial dan hardcore punk/groove metal. Pada tahun berikutnya iaitu 1994, Max dan Igor membuat band projek yang dinamakan Nailbomb, hasil usahasama dengan Alex Newport, pemain gitar serta vokalis band sludge-metal dari UK, Fudge Tunnel. Band ini hanya mengeluarkan sebuah album berjudul “Pointblank” dan sebuah album live “Proud to Commit Commercial Suicide” serta menyertai sebuah gig sahaja.

Tanpa membuang masa, Sepultura mengeluarkan album ke-enam mereka yang berjudul “Roots” pada tahun 1996. Suatu perubahan besar berlaku pada album ini, di mana mereka bereksperimentasi dengan muzik tradisional dari puak serta kaum asli yang terdapat di Brazil, dan pengaruh groove metal makin ketara. Instrumen dari puak asli juka diperkenal dalam album ini iaitu Berimbau, sebuah alat muzik yang sering digunakan dalam tarian seni mempertahankan diri yang terkenal di Brazil iaitu Capoeira.


Penarikan diri Max Cavalera dari Sepultura (1996-1997)


Pada 16 Disember 1996, semasa konsert terbesar mereka di Brixton Academy, England, Max secara rasmi keluar dari Sepultura dan kemudiannya menghasilkan band terbarunya iaitu Soulfly. Terdapat banyak spekulasi dan gossip liar tentang alasan kenapa Max menarik diri dari band yang diciptanya sendiri. Antaranya ialah insiden kemalangan anak tiri Max, Dana Wells, di mana semasa band tersebut menyertai konsert Castle Donnington, UK, Max serta isterinya Gloria Bujnowski bergegas balik ke Brazil setelah mendengar berita buruk tersebut. Ozzy Osbourne dan isterinta Sharon, selaku penganjur konsert tersebut, berbesar hati meminjamkan jet peribadi mereka kepada Max serta isteri untuk pulang ke negara asal. Tanpa mereka bedua sedari, upacara pengebumian anak tiri Max iaitu Dana Wells telah berlangsung semasa dia berada dalam perjalanan balik. Sesampainya pasangan suami isteri itu di Brazil, mayat Dana sudah bersemadi terlebih awal, diuruskan oleh isteri Andreas Kisser. Ini menyebabkan ketidakpuasan hati mereka berdua kerana tidak sempat bersua muka dengan anak kesayangan mereka yang telah pergi meninggalkan mereka.

Alasan kedua yang sering didengar mengapa Max keluar dari Sepultura ialah masalah pengurusan dalaman band tersebut. Sejurus selepas pelancaran album Roots, Andreas, Paulo dan Igor membuat keputusan untuk memberhetikan khidmat Gloria (isteri Max) sebagai pengurus mereka. Ini juga mengundang kemarahan Max, akan tetapi Max kemudiannya bersikap professional dan membuat atwaran baru iaitu Gloria masih kekal menjadi pengurus peribadi Max manakala mereka bertiga (Andreas, Paulo dan Igor) diuruskan oleh pengurus pilihan mereka. Cadangan itu tidak membuahkan hasil, malah ketegangan dan perbalahan di antara Max dan Andreas masih berterusan sehingga kini.

Untuk bahagian kedua dan finale, sila klik: Max Cavalera - Wira Metal Dari Negara Dunia Ke-Tiga (Part 2)



Monday, April 4, 2011

MAJALAH KARISMA - Isu No. 13 APRIL 2011 (COVER STORY - SUFFERCATION)


Setelah menghilang selama sebulan selepas beredarnya demam Iron Maiden dari Singapura tidak lama dahulu, majalah muzik ekstrim Malaysia iaitu KARISMA kini kembali dengan paparan & artikel yang lebih menarik dan semestinya headbanging serta lebih metal!

Kali ini, cover storynya lebih tertumpu kepada band otai Death Metal tempatan iaitu SUFFERCATION dengan muka depannya mempunyai gambar 3 ahlinya iaitu Ly Razak, Rob Razak dan Jeff Ilias. Band yang pernah menempa nama di persada muzik metal antarabangsa ini diceritakan secara detail dan spesifik dalam isu ini.

Antara artikel2 lain yang pasti menarik anda minat membaca lagi ialah review eksklusif IRON MAIDEN LIVE IN SINGAPORE, gig2 seperti KL THRASHED 2011, UPRISING 3, DEATH MONSTER serta WARMAGEDDON. Ianya disusuli dengan cerita2 terkini band2 metal yang lain seperti LANGSUYR, TRAUMA (INDONESIA), KHEROW, KAZANNA, DEATH STORY, DEMONIC RESURRECTION dan sebagainya.

Kepada yang berada di Bintulu, anda boleh dapatkan isu ini di kedai Syarikat Perniagaan Melayu (mcm biasa) atau boleh menghubungi saya Adi Herman di talian 013-8090845.

Sunday, April 3, 2011

HAYAGRIVA - EMPEROR AWAITS cd singles + tshirt + A3 poster (1 package with the price of RM40.00 only)



HAYAGRIVA - EMPEROR AWAITS!! Anda boleh dapatkan item ini dalam bentuk pakej yg merangkumi:

CD Hayagriva - Emperor Awaits (single terkini)
Poster saiz A3
T-shirt Hayagriva (pro & latest design)

STOK ADALAH TERHAD, JADI BERTINDAKLAH SEGERA!!!

Semua barangan tersebut dalam satu harga iaitu RM40.00 (sila tambah RM5 untuk kos penghantaran menggunakan pos ekspres) tapi jika ditambah dgn cd Nexus Lunacy pakej ini berharga RM50 sahaja.

Sila hubungi saya, Adi Herman (no. h/p: 013-8090845) jika berminat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...