Salah satu webzine yang seumpamanya ciptaan anak tempatan (percuma tak perlu bayar) untuk tatapan & bahan ilmiah dari segi muzikal khas bagi peminat Muzik Bawah Tanah di Bintulu Sarawak. Sesungguhnya ini cuma percubaan secara DIY untuk mengangkat Scene Bintulu khususnya demi memeriahkan dan menggamatkan lagi scene kita yang masih kerdil ini. Diharap dapat mendapat sokongan yang padu dari kawan-kawan sekalian. Kalau bukan orang kita, siapa lagi yang akan memartabatkan scene kita.
CD KOMPILASI CENDERADEMO (PRODUKSI TERKINI DARI R.E.G. STUDIO)
Buat julung kalinya, Studio REG telah membuat satu kompilasi CD yang menggabungkan kebanyakan band-band independent dari Bintulu seperti GOOD OLD DAYS, CEROBONG HITAM, ANA & THE SCENE, THE LOST TERMINAL dan MIDNIGHT. Setiap band dalam kompilasi ini menyumbangkan 2 lagu kecuali band MIDNIGHT (cuma 1 lagu). Rakaman dibuat di Studio REG Jabai, Bintulu dan Amy REG bertindak sebagai jurutera bunyi.
This is the real Bintulu Pop-rock music! Well, at least most of them haha...sebab ada banyak lagi band2 Bintulu yang belum lagi diintai serta diasah bakatnya.
Harga: RM10.00 (sila tambah RM5 lagi untuk kos pos ekspres jika anda berada di kawasan luar Bintulu)
Jika berminat, boleh hubungi saya di talian 013-8090845 (Adi Herman) atau personal message saya melalui facebook!
VOLTAN SPECIAL PACKAGE! T-SHIRT RASMI SEMPENA MINI TOUR DI SEMENANJUNG M'SIA SERTA CD VOLTAN!
Dapatkan pakej ini yang merangkumi t-shirt rasmi mini west M'sia tour Voltan serta CD Voltan (mengandungi 4 tracks) dengan harga istimewa iaitu RM40 SAHAJA (Sila tambah RM5 lagi jika anda berada di kawasan luar dari Bintulu untuk tujuan pos)
Size t-shirt: XL dan L (Standard Asia - Jika saiz XL juga sesuai dipakai bagi yang bersaiz L,manakala L pula juga sesuai pada mereka yang bersaiz M)
Jika berminat, boleh hubungi saya di talian 013-8090845 (Adi Herman) atau personal message saya melalui facebook!
HARGA: RM25.00 (SILA TAMBAH RM5 UNTUK TUJUAN POS JIKA ANDA DARI LUAR BINTULU) SIZE: XL (STANDARD ASIA - BOLEH DIPAKAI JIKA ANDA BERSAIZ L)
Berikut merupakan informasi tentang band Saktism (maklumat diambil dari fanpage facebook mereka - dengan izin):
SAKTISM sebuah band yang menjadikan Melodic Black/Thrash Metal sebagai medium muzik gelap mereka telah ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Seyrol a.k.a Yoyz666 bersama Athmar dengan nama asalnya ABRACADABRA di Matu, Sarawak atau lebih dikenali sebagaii Unholy Triangle. Merakamkan sebuah lagu secara pro di Irama Studio, Sibu atas jemputan dan kerjasama daripada Menjrex Nerto Prod (MNP) untuk Kompilasi UnHoly Triangle pada penghujung tahun 2000 bersama-sama band seangkatan seperti Shamanic Rites, Kherow, Worship, Remunent, Butcherer dan termasuk Larrong namun kompilasi tersebut tidak dapat dikeluarkan atas sebab2 tertentu. Namun demikian MNP menyerahkan kepada setiap band untuk mengeluarkan sendiri lagu masing-masing . Pada tahun 2001 nama ABRACADABRA telah ditukarkan kepada SAKTISM atas persetujuan bersama. SAKTISM telah mengeluarkan 1 single bertajuk Judgement Day yang diterbitkan bersama-sama lagu di dalam demo SHAMANIC RITES, agak mengecewakan nama Saktism kurang ditonjolkan dalam demo tersebut. Pada tahun 2003 Saktism merakam sebuah lagu di studio yg sama dan aktif menyertai gig di sekitar Sibu dan telah menggunakan khidmat pemuzik2 metal dikalangan kawan2 untuk posisi drum, 2nd guitar dan bass.( Abzhan and Ahrymanz of Shamanic Rites, Arrifin dan Apeen).
Pada tahun 2007. Saktism mengambil keputusan untuk berehat seketika. 2010, SAKTISM kembali untuk meneruskan perjuangan dan menyelesaikan misi-misi penting yang terbengkalai sebelum ini dan persetujuan dicapai bersama Athmar untuk kembali menghidupkan SAKTISM . Di masa yg sama SAKTISM turut merekrut Saftism di posisi gitar. Aura kegelapan SAKTISM ini terselah pada kemunculan mereka tanggal 6hb November 2010 lalu semasa gig Sarawak Metal Kommando di Sibu Sarawak. Gig ini juga menyaksikan Saktism bersama barisan anggota terbaru iaitu Saftism dan Nasz . Saktism yang masih memberi kepercayaan kepada label Menjrex Nerto Production dan seterusnya bernaung di bawah MNP untuk rilisan terbaru ini dan yang pasti akan menjadi tumpuan pengkritik2 di luar sana bagi menilai kematangan muzik yang dibawa oleh Saktism berbanding material pertama mereka 10 tahun yang lepas. Mini Album yang dikeluarkan pada 30 Disember 2010 diberi tajuk The Unhailaing Voice di mana terapat 4 lagu seperti Judgment Day yg dirakam semula dan diberi nafas baru serta lagu ‘ A Journey To Hell’, Laying Beside Satan” & F.O. Walaupun mini album baru saja dikeluarkan Saktism tanpa membuang masa kini dalam proses pre-production untuk album pertama mereka yang pasti dikeluarkan pada pertengahan tahun 2011. Disamping itu Saktism kini telah merekrut Warlord Varzooka untuk posisi drum dan ini pasti menambah lagi aura Saktism untuk terus berkarya dalam menghasilkan sesuatu yang lebih dasyat dimasa akan datang!!!ALL HAIL TO ALL!!!We Krush The Weak!!FUCK OFF!!
Jika berminat, boleh hubungi saya di talian 013-8090845 (Adi Herman)
Rotting Christ is a Greek black metal band formed in 1987. They are noted for being one of the first black metal bands within this region, as well as a premier act within the European underground metal scene
T-Shirt Price: RM25.00 (please add RM5 for postage if you are from outside Bintulu) Size: XL (asia standard - can also fit as L size)
If interested, please contact me at this handphone no. 013-8090845 (Adi Herman) or personal message at my facebook
MAJALAH KARISMA - ISU NO. 14 BAGI BULAN MEI 2011 (FRONT COVER : DEATH ANGEL - EXCLUSIVE INTERVIEW)
Aik...takkan demam Iron Maiden tak reda lagi?Haha...kini majalah Karisma rilis dengan isi yang semestinya lebih padat dan informatif dalam terma muzik kerasnya sendiri.
Band penghias cover depan bulan ini ialah Death Angel, sebuah band thrash lagenda dari Bay Area, San Francisco USA sebaris dengan band-band yang lahir di tempat yang sama iaitu Testament, Heathen, Forbidden, Exodus, Metallica dan sebagainya. Tujuan band lagenda ini menjadi tajuk utama ialah mereka akan membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 6 May 2011, diiringi Tengkorak (band grindcore terkemuka dari Indonesia) sebagai opening act!
Ianya juga dipadatkan dengan artikel tentang band-and seperti DISEKSA, REVENGE, UNIVERSUM, DISSECTOMY, KISS THE FALLEN, DIEMORECRUSHT serta review gig2 yang telah lepas seperti Misery Index Live in Malaysia, Gig Wira Gitar Berapi, Darah dan Maruah dan semestinya Impiety - Asian Worshippers Tour 2011. Plus, ianya juga mengandungi peraduan Memenangi 2 Tiket ke Konsert Morbid Angel Live in Singapore.
Kepada yang berada di Bintulu, anda boleh dapatkan isu ini di kedai Syarikat Perniagaan Melayu (mcm biasa) atau boleh menghubungi saya Adi Herman di talian 013-8090845.
On Saturday,30th April 2011 with the approximate time 5:00 pm,me along with my wife and daughter, were went shopping at New World Shopping Mall inside Parkcity Mall. After finished with the activity of purchasing stocks and loads of kitchen's stuff, I noticed they were a small amount of posters hanging in front of the main entrance of the mall. It was written "Youth Fest 2011 - featuring Chad Blondel & An Honest Mistakes", at first I thought it was a shuffle dance competition haha...but my guessing was terribly wrong when i realized that it was an event showcasing bands from KL and Australia (which is Chad Blondel & the band). The show started at 7:30pm with the performance of An Honest Mistakes, not bad for a newcomer & seriously, this band can go further in the music business.
After that, the show continued with Chad Blondel & his band. Their first track titled "empathic" already showed the real deal about their showmanship. Chad Blondel continued with his other songs such as Coloured Lights (my favourite track in his second album with the same title), The Sea, Veritas, Dreaming & etc. When the show ended that night, all i can say about Chad Blondel perfomance was IT'S WICKED AND IT WILL LEAVE YOU IN AWE!
During the Youth Fest 2011 Event held at Parkcity Mall Bintulu on 30th April 2011, i managed to conduct an interview session with Australia's promising young artist Chad Blondel. Chad and his band has toured at many places including most cities in West Malaysia such as Kuala Lumpur, Indonesia, Singapore and lately the East Malaysia. Chad Blondel has already produced 2 albums before which is "Chase" a debut album released in 2007 and "Coloured Lights" the 2nd album, in the year 2009. For the Youth Fest 2011 event, Chad Blondel toured with a local band An Honest Mistakes, both performed at Bintulu & Miri.
You can visit his offical website at www.chadblondel.com.au
This is a Metuk Ulau Underground Voices (Webzine/Distro) Production. All rights reserved 2011.
P/S: Thanks to Nasuki Malim for the video & Barangkali Marus Kamarudin for the pics taken. Sorry if my English suck bigtime! hahaha I'm only human and i became nervous at the time.
CHAD BLONDEL PERFORMING HIS SONG "THE SEA" LIVE AT PARKCITY MALL, BINTULU
Performing the song called "The Sea" taken from his second album "Coloured Lights" (released in 2009), with his band. The video was taken during the event called Youth Fest 2011 organized at Parkcity Mall, Bintulu. The date was 30th April 2011 (a day before Labor Day).The show was a blast and made a big impact in Bintulu's local music scene.
For more info about Chad Blondel, you can visit his official website at www.chadblondel.com.au
Thanks to Nasuki Malim for the video taken, the MUUV followers (Korawk, Rashid, Rizal, Mila), the Bintulu Buskers group (Marus, Mina, Es) for being the best supporters during the show!
CHAD BLONDEL : SECOND ALBUM TITLED "COLOURED LIGHTS" (RELEASED IN 2009)
EXCLUSIVE FROM METUK ULAU UNDERGROUND VOICES DISTRO! www.metukulau.blogspot.com
This is the debut album from a talented and promising young artist from Perth, Australia named Chad Blondel. The album consist of 11 tracks. The magic continues in this album where, during the recording of it, Chad Blondel played all of the musical instruments, edited & mixed the songs himself and even produced it too.
Price: RM20.00 only (add RM5 for postage if you are outside Bintulu, Sarawak) *Priority to Malaysians This CD comes with exclusive autographs by Chad Blondel & the band. *add RM10 for you to get yourself a Chad Blondel live performances DVD (not shown in the picture)
If interested, please contact me at this handphone no. 013-8090845 (Adi Herman) or personal message at my facebook.
CHAD BLONDEL : 1ST ALBUM TITLED "CHASE" (RELEASED IN 2007)
EXCLUSIVE FROM METUK ULAU UNDERGROUND VOICES DISTRO! www.metukulau.blogspot.com
This is the debut album from a talented and promising young artist from Perth, Australia named Chad Blondel. The album consist of 14 tracks (including 2 hidden tracks). What so unique about this album is, during the recording of it, Chad Blondel played all of the musical instruments, edited & mixed the songs himself and even produced it too.
Price: RM15.00 only (add RM5 for postage if you are outside Bintulu, Sarawak) *Priority to Malaysians This CD comes with exclusive autographs by Chad Blondel & the band. *add RM10 for you to get yourself a Chad Blondel live performances DVD (not shown in the picture)
If interested, please contact me at this handphone no. 013-8090845 (Adi Herman) or personal message at my facebook.
Max Cavalera, suatu nama yang cukup sinonim dalam dunia muzik metal antarabangsa. Mana tidaknya, Max cavalera merupakan icon penitng dalam genre muzik metal kerana beliau merupakan pengasas kepada band-band tersohor seperti Sepultura, Soulfly,Nailbomb dan Cavalera Conspiracy. Penulis ingin berkongsi tentang bagaimana muzik dari icon metal ini mengubah persepsi tentang genre tersebut. Pada tahun 1995, aku baharu masuk tingkatan 2 dan mula mendengar muzik2 dari genre metal, pada awalnya aku hanya terdedah dengan muzik Scorpion, Ugly Kid Joe, Skid Row, Motley Crue, Guns & Roses dan bermacam2 lagu rock & glam metal yang lain. Aku pada mulanya hanya meminjam kaset Sepultura album “Arise” dari kawan aku, haha zaman tu mana ada MP3 player dol. Track pertama dari album tersebut yang berjudul “Arise” juga sudah cukup untuk aku headbanging dan terasa perbezaan aura band ini dari band thrash metal yang lain. Topik yang digaulkan dalam acuan abum itu lebih merujuk kepada peperangan, hari kiamat, penyelewangan politik dunia dan dalam agama itu sendiri, berbeza dengan band metal lain pada zaman itu yang lebih terjerumus ke dalam topic satanisme dan anti tuhan (contohnya Slayer, Mayhem, Burzum, Rotting Christ). Selepas itu aku mula mengikuti perkembangan Sepultura. Barulah aku tahu bahawasanya sebelum itu mereka sudah meriliskan beberapa album dan pada tahun berikutnya iaitu 1996, mereka akan meriliskan album yang memecah tradisi konsep metal iaitu “Roots”.
Sejarah hidup Max dan penubuhan Sepultura
Massilimiliano Antonio “Max” Cavalera, lahir pada 4 Ogos 1969, merupakan seorang berketurunan Itali. Bapanya, Graziano Cavalera, merupakan seorang duta kerajaan Itali di Brazil dan ibunya, Valia, seorang model, juga berasal dari negara tersebut. Ketika Max baru berusia 9 tahun, bapanya meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung dan susulan dari kejadian ini, keluarga Cavalera dilanda krisis kewangan yang teruk. Pada saat itu juga, Max mula terdedah dengan muzik Heavy Metal apabila, selepas pengebumian ayahnya, Max mendengar album Black Sabbath yang berjudul “Black Sabbath Vol. 4” dan selang beberapa tahun kemudian, Max mula menubuhkan sebuah band Metal yang diberi nama SEPULTURA, sebuah perkataan dari bahasa Portugis yang bermaksud “keranda”. Max mendapat ilham untuk menamakan bandnya itu setelah mendengar lagu Motorhead yang berjudul “Dancing On Your Grave”
Persepsi muzik mereka berubah apabila Max dan Igor terpengaruh oleh lagu-lagu dari band Venom. Semenjak dari itu, mereka sepakat untuk beralih ke arah konsep tersebut itu satanisme dan black metal (ini berlaku semasa zaman permulaan penubuhan band). Setelah dibuang sekolah pada tahun 1984, dua beradik tersebut iaitu Max dan Igor mula serius dalam meneruskan cita-cita mereka. Setelah mengalami beberapa perubahan line-up, pada tahun yang sama juga, mereka telah menemui satu line-up yang tight, iaitu terdiri daripada Max selaku pemain gitar, Igor sebagai pemain dram, Wagner Lamounier selaku vokalis dan Paulo Jr. selaku pemain bass. Wagner membuat keputusan untuk keluar dari band tersebut pada bulan Mac 1985 selepas berlaku pertelingkahan dalam band tersebut, dan selepas itu menubuhkan sebuah band legenda dari genre Black Metal antarabangsa iaitu Sarcofago. Jairo Guedes, pula menggantikan tempat Wagner selepas insiden tersebut.
Akan tetapi, suatu kesan negatif berlaku susulan insiden penarikan diri Wagner dari Sepultura di mana tercetusnya perbalahan serta perang mulut di antara band terbaru Wagner iaitu Sarcofago dengan Sepultura. Cemuhan dan kata kesat saling bertukar tangan dan ini melarat hingga ke artikel-artikel dalam majalah-majalah Metal antarabangsa seperti Kerrang, Terrorizer dan Metal Hammer. Sehingga pada suatu ketika berlaku, selepas terkeluar Max dari Sepultura pada tahun 1996 selepas rilisan album “Roots”, Wagner mengejek Sepultura bukannya band yang bermain secara tight dan berkata insiden itu sudah dijangka akan berlaku, katanya.
Split EP Beastial Devastation dan album pertama Morbid Vision (1984-1986)
Berbalik kepada kisah kemasukan Jairo Guedes tadi, Sepultura menandatangani kontrak bersama label Cogumelo Records pada tahun 1985. Pada tahun yang sama, label tersebut meriliskan Bestial Devastation , sebuah split EP bersama dengan sebuah band Metal Brazil iaitu Overdose, iainya dibiayai dari segi kewangan oleh band-band tersebut dan dirakaman selama 2 hari sahaja. Pada Ogos 1986, setelah menyertai pelbagai gig metal sekitar kawasan mereka, Sepultura menghasilkan album pertama mereka yang berjudul Morbid Vision. Di dalam album ini juga mengandungi lagu hit pertama mereka “Troops of Doom” yang berjaya menarik perhatian media massa ketika itu. Sebagai langkah untuk terus maju, mereka kemudiannya berpindah ke Sao Paulo (sebuah bandar besar di Brazil) dan album sulung mereka dirilis di Amerika melalui label New Renaissance Records.
Schizophrenia, Beneath the Remains dan Arise (1987 – 1992)
Pada awal tahun 1987, Jairo Guedes menarik diri dari band tersebut kerana dikatakan sudah hilang minat untuk terus berkarya dalam arena muzik Death Metal, dan dia kemudiannya diganti oleh Andreas Kisser, di mana permainan gitar Andreas lebih terjerumus ke arah Thrash Metal yang lebih laju, keras dan berat. Ini terbukti setelah terhasilnya album kedua mereka iaitu Schizophrenia. Melalui album ini jugalah mereka mendapat sambutan yang hangat di Amerika setelah lagu-lagu mereka diputar di siaran radio Metal. Susulan dari itu juga, iainya menarik minat label Metal terkemuka iaitu Roadrunner Records untuk signed mereka di bawah naungan mereka.
Pada tahun 1989, di bawah label Roadrunner Records, Sepultura meriliskan album ketiga mereka yang berjudul Beneath The Remains, menjadikan album tersebut antara 20 album thrash klasik sepanjang zaman, berdasarkan dari artikel yang diambil dari majalah Terrorizer. Apa yang melucukan tentang album ini ialah, pada sesi rakaman sebelum rilisan album tersebut, mereka menggunaan khidmat penterjemah untuk berinteraksi dengan produser metal yang terkenal dari Amerika iaitu Scott Burns. Masalah ini berlaku kerana pada waktu tersebut, kebanyakan ahli kumpulan tersebut kurang fasih berbahasa Inggeris. Walaupun begitu, ianya tidak menghalang mereka untuk tersebut maju dalam persada muzik metal, dan ini terbukti apabila mereka pada ketika itu Berjaya membuat tour di Eropah dan seluruh Amerika. Dari album ini juga mereka membuat video muzik mereka yang pertama iaitu “Innerself”.
Chaos A.D. dan Roots (1993-1996)
Album ketiga Sepultura, Chaos A.D. diriliskan pada tahun 1993 dan dari album ini jugalah berlaku transformasi dari segi pembawaan muzik band ini di mana perubahan dari thrash metal ke arah genre industrial dan hardcore punk/groove metal. Pada tahun berikutnya iaitu 1994, Max dan Igor membuat band projek yang dinamakan Nailbomb, hasil usahasama dengan Alex Newport, pemain gitar serta vokalis band sludge-metal dari UK, Fudge Tunnel. Band ini hanya mengeluarkan sebuah album berjudul “Pointblank” dan sebuah album live “Proud to Commit Commercial Suicide” serta menyertai sebuah gig sahaja.
Tanpa membuang masa, Sepultura mengeluarkan album ke-enam mereka yang berjudul “Roots” pada tahun 1996. Suatu perubahan besar berlaku pada album ini, di mana mereka bereksperimentasi dengan muzik tradisional dari puak serta kaum asli yang terdapat di Brazil, dan pengaruh groove metal makin ketara. Instrumen dari puak asli juka diperkenal dalam album ini iaitu Berimbau, sebuah alat muzik yang sering digunakan dalam tarian seni mempertahankan diri yang terkenal di Brazil iaitu Capoeira.
Penarikan diri Max Cavalera dari Sepultura (1996-1997)
Pada 16 Disember 1996, semasa konsert terbesar mereka di Brixton Academy, England, Max secara rasmi keluar dari Sepultura dan kemudiannya menghasilkan band terbarunya iaitu Soulfly. Terdapat banyak spekulasi dan gossip liar tentang alasan kenapa Max menarik diri dari band yang diciptanya sendiri. Antaranya ialah insiden kemalangan anak tiri Max, Dana Wells, di mana semasa band tersebut menyertai konsert Castle Donnington, UK, Max serta isterinya Gloria Bujnowski bergegas balik ke Brazil setelah mendengar berita buruk tersebut. Ozzy Osbourne dan isterinta Sharon, selaku penganjur konsert tersebut, berbesar hati meminjamkan jet peribadi mereka kepada Max serta isteri untuk pulang ke negara asal. Tanpa mereka bedua sedari, upacara pengebumian anak tiri Max iaitu Dana Wells telah berlangsung semasa dia berada dalam perjalanan balik. Sesampainya pasangan suami isteri itu di Brazil, mayat Dana sudah bersemadi terlebih awal, diuruskan oleh isteri Andreas Kisser. Ini menyebabkan ketidakpuasan hati mereka berdua kerana tidak sempat bersua muka dengan anak kesayangan mereka yang telah pergi meninggalkan mereka.
Alasan kedua yang sering didengar mengapa Max keluar dari Sepultura ialah masalah pengurusan dalaman band tersebut. Sejurus selepas pelancaran album Roots, Andreas, Paulo dan Igor membuat keputusan untuk memberhetikan khidmat Gloria (isteri Max) sebagai pengurus mereka. Ini juga mengundang kemarahan Max, akan tetapi Max kemudiannya bersikap professional dan membuat atwaran baru iaitu Gloria masih kekal menjadi pengurus peribadi Max manakala mereka bertiga (Andreas, Paulo dan Igor) diuruskan oleh pengurus pilihan mereka. Cadangan itu tidak membuahkan hasil, malah ketegangan dan perbalahan di antara Max dan Andreas masih berterusan sehingga kini.
Setelah menghilang selama sebulan selepas beredarnya demam Iron Maiden dari Singapura tidak lama dahulu, majalah muzik ekstrim Malaysia iaitu KARISMA kini kembali dengan paparan & artikel yang lebih menarik dan semestinya headbanging serta lebih metal!
Kali ini, cover storynya lebih tertumpu kepada band otai Death Metal tempatan iaitu SUFFERCATION dengan muka depannya mempunyai gambar 3 ahlinya iaitu Ly Razak, Rob Razak dan Jeff Ilias. Band yang pernah menempa nama di persada muzik metal antarabangsa ini diceritakan secara detail dan spesifik dalam isu ini.
Antara artikel2 lain yang pasti menarik anda minat membaca lagi ialah review eksklusif IRON MAIDEN LIVE IN SINGAPORE, gig2 seperti KL THRASHED 2011, UPRISING 3, DEATH MONSTER serta WARMAGEDDON. Ianya disusuli dengan cerita2 terkini band2 metal yang lain seperti LANGSUYR, TRAUMA (INDONESIA), KHEROW, KAZANNA, DEATH STORY, DEMONIC RESURRECTION dan sebagainya.
Kepada yang berada di Bintulu, anda boleh dapatkan isu ini di kedai Syarikat Perniagaan Melayu (mcm biasa) atau boleh menghubungi saya Adi Herman di talian 013-8090845.
Semua barangan tersebut dalam satu harga iaitu RM40.00 (sila tambah RM5 untuk kos penghantaran menggunakan pos ekspres) tapi jika ditambah dgn cd Nexus Lunacy pakej ini berharga RM50 sahaja.
Sila hubungi saya, Adi Herman (no. h/p: 013-8090845) jika berminat.
Yup, memang betul lah ura-ura yang mengatakan bahawasanya majalah metal kesayangan metalheads tempatan iaitu KARISMA akan berhenti sejenak untuk sebulan (maknanya bulan Mac takdela majalah ni kat mana2 kedai buku pun...baik di Bintulu ataupun di seluruh pelusuk Malaysia sekalipun) dan ianya dirilis semua pada bulan berikutnya iaitu April.
Sabar....sabar....janga panik! Ianya cuma bersifat sementara sahaja...hehe