Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.
Showing posts with label ARTIKEL / REVIEW. Show all posts
Showing posts with label ARTIKEL / REVIEW. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

OREMA NEBAKEP, SARAWAK METAL FORCE & ETERNAL ZINE : TIGA ZINE METAL YANG LAHIR DARI BORNEO DAN MASIH AKTIF SEHINGGA KINI

Hail Old School Zine!

Pada era 90an dahulu, semasa penggunaan internet masih lagi kurang meluas dan jurang di kalangan metalheads masih lagi lebar disebabkan faktor geografi dan sekatan dari segi kewangan, media yang dipanggil ZINE merupakan satu portal yang menjadi bahan pembekal maklumat tentang band2 dari daerah lain dan sekaligus menjadi medium untuk mana2 band metal mempromosikan muzik mereka. Hal ini masih lagi berterusan pada awal dekad 2000 - 2010 dan semakin pupus pengeluaran nya pada dekad terkini ini akibat faktor teknologi (internet menjadi penyebar maklumat yang mudah, cekap dan efektif). Aku dulu pernah mengumpul beberapa zine yang dianggap cult seperti Steel Madness, Kananulark Zine, Sarawak Metal Force (isu lama) dan banyak lagi.

Walaupun begitu, terdapat beberapa individu di kawasan Sarawak terutamanya yang masih lagi mengekalkan tradisi ini. Ini adalah disebabkan nilai estatik pada zine tersebut. Kebanyakan para metalheads yang muncul pada dekad 90an semestinya bijak menilai khazanah sebegini kerana ianya dianggap satu usaha yang murni bagi memartabatkan muzik bawah tanah disamping memupuk minat membaca di kalangan metalheads khususnya haha. Di bawah merupakan zine yang harus diberi perhatian:

OREMA NEBAKEP (ISU #1 KELUARAN BULAN OGOS 2008)




Zine yang diusahakan oleh saudara Henry ini merupakan sebuah bahan bacaan yang cukup unik isi kandungannya. Ianya tidak hanya memfokuskan artikel tentang band2 metal dari Malaysia malah ianya juga mengutarakan beberapa band dari luar negara seperti Paganfire (Thrash Metal dari Filipina), Abuso Verbal (Death / Grind band dari Brazil) dan review EP/Demo band Chronic Hate (Death Metal dari Italy). Disamping itu juga ianya mempunyai review tentang zine tempatan dari negeri lain juga seperti Ultimate Darkness Zine, Carengga Zine dan Virus Zine. Band tempatan yang dijadikan bahan utama pembacaan pula adalah seperti Inside (Sabah Legendary Death Metal Band), Incisor & Unitheism (Kuching Death Metal Warriors), Azarial, Worship dan Voltan (Unholy Triangle Hordes) dan banyak lagi. Jika anda berminat untuk mendapat zine ini, sila hubungi saudara Henry di talian 016-8532600.

SARAWAK METAL FORCE NEWSLETTER (ISSUE #7 & RELEASED ON 11th DECEMBER 2011)




Zine yang pada asalnya diasaskan oleh orang kuat SMF iaitu Cikgu Azam Aryanism (juga selaku vokalis untuk band Unitheism) kini berwajah baru dan diberikan sedikit sentuhan moden di dalam penulisannya yang 100% menggunakan bahasa Inggeris. Kalau tak silap aku, dalam isu yang lepas, semuanya menggunakan bahasa Melayu. Tapi mungkin perubahan ini untuk kebaikan rasanya. Demi mensasarkan pembaca2 yang di luar Malaysia rasanya. Berbalik kepada zine ini tadi, ianya juga menceritakan event2 yang pernah dianjurkan oleh SMF sendiri sebelum ini seperti SMF gig Part 1 (pada November 1999), SMF gig Part 2 "Bring The Noize" (pada 1 April 2000 - gig paling kontroversi pernah dianjurkan oleh SMF disebabkan isu Black Metal pada ketika itu), SMF gig Part 3 "Hail Miri Hail" (pada Ogos 2000 dan dibuat di Miri), SMF gig Part 4 "Shock The Press" (pada December 2000 di Kuching - merupakan gig outdoor pertama mereka), SMF gig Part 5 "The Gathering" (pada tahun 2003 di Miri sekali lagi, kali ini band metal dari Sabah iaitu Mantak buat pertama kalinya beraksi di Miri), SMF's Merdeka Youth Day Festival gig di Miri (pada Ogos 2003, band projek aku Noble Society juga mengikuti gig ini), SMF's Celebrating 10th Anniversary : Langsuyr Live In Kuching (pada 26 March 2009) dan banyak lagi.

Antara band2 yang di review dalam newsletter ini ialah Unitheism (semestinya), Kherow, Shadow, Unholy Sin, Saktism, Voltan, Shamanic Rites, Demon War, Immolate, Chakwau Syndrome, Linehaul, Dark Throttle (Miri version of NWOBHM), Ungodly Death, Vermean, Dead Shot, Kambing Sakti (bunyinya agak lucu tapi ini band memang total Logam Hitam!), Rottuary, Foxhole, Keruntuk, dan juga Curse Of God (the last remaining Black Metal band hailed from Bintulu). Apa yang menarik mengenai SMF Newsletter ini, dengan harga hanya RM10 sahaja ini, ianya disertakan sekali bersama CD Kompilasi "Friends Of Sarawak Metal Force" yang terdiri daripada 17 lagu dari 17 band kesemuanya. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan zine ini bolehlah menghubungi aku di talian 013-8090845 (Adi Herman) dengan harga RM10 sahaja (belum termasuk postage jika anda berada di luar kawasan Bintulu).

ETERNAL ZINE (ISSUE #1 RELEASED ON JANUARY 2012)

Front Cover untuk Eternal Zine

Iklan Metuk Ulau Underground Voices di dalam Eternal Zine!

Zine yang diusahakan oleh saudara sepermetalan iaitu bro Olee Metalstorm ini, tidak kurang hebatnya kerana ianya mengetengahkan band2 serantau (merangkumi Sarawak, Sabah dan Negara Brunei Darussalam). Antara band2 yang menjadi fokus perbincangan di dalam zine ini ialah Immolate (Sarawak), Saktism (Sarawak), Hellstorm (Sabah), Majestic East (Sabah), Inside (the legendary metal band from Sabah), Kambing Sakti (Sarawak), Noiratasya (Brunei), Horace Divinity (Brunei) dan semestinya the legendary Larrong (selaku headline dan cover story untuk zine ini).

Apa yang menarik tentang zine ini ialah bersaiz A4 (lebih besar sikit dari zine yang aku ulas tadi), juga mengutarakan beberapa artikel yang tidak berkaitan dengan band2 metal contohnya ulasan lengkap tentang movement metal tersohor di Sarawak iaitu Unholy Triangle Metal Hordes, review tentang label dan distro ternama di Borneo iaitu Eastern Voice Production dan yang menarik perhatian aku ialah review DVD dokumentari Metal In Brunei : From The Past, Comes The Legions. Serta yang paling menarik minat aku membeli zine ini ialah ianya juga memaparkan iklan Metuk Ulau Underground Voices (Webzine & Distro)!! Thanks a million bro Olee!! Jika berminat untuk memiliki zine ini, silalah berhubung bro Olee Metalstorm di Facebook.


Saturday, March 3, 2012

REVIEW GIG : OPENING SEASON GIG 2012 (Pada 25hb Februari 2012 Bertempat di Telaga Kumang Karaoke & Lounge, Tg. Batu, Bintulu)


The Real Experience of Being in a Gig!

Setelah berjaya menjayakan Closing Season Gig pada tahun lepas (bertempat di Kemena Plaza Hotel pada 30 Julai 2012), aku serta rakan2 organizer yang lain iaitu terdiri daripada En Rezal (dari band The Once dan Now@Day), Borhan (pemilik Drumtech serta drummer kepada ROKDW), Es Oasis (member dari Bintulu Buskers dan juga band The Once) serta beberapa teman2 yang lain, sekali lagi bergabung tenaga untuk melaksanakan sebuah lagi gig yang digelar Opening Season Gig 2012.

Kali ini persediaan dilakukan lebih awal iaitu 1 bulan lebih sebelum hari kejadian, berbanding semasa kami anjurkan gig Closing Season Gig dahulu yang hanya memakan masa kurang sebulan untuk persiapan pra-produksi nya. Walaupun terdapat beberapa kesulitan yang dihadapi semasa persediaan gig tersebut (contohnya pencarian venue yang sesuai, band2 yang ingin turut serta dan beberapa perkara teknikal yang perlu diambilkira), akan tetapi ianya tidak mematahkan semangat kami selaku organizer gig kali ini.

Telaga Kumang Karaoke & Lounge dipilih untuk dijadikan venue gig kali ini. Faktor sebenar yang mendorong kami sebulat suara memilih pub ini sebagai venue ialah ianya mempunyai permit polis sebagai pusat hiburan yang beroperasi dari petang hingga malam dan kami sebenarnya inginkan tempat yang mempunyai feel gig sebenar (pub yang crowded dengan orang berhimpitan di dalam nya haha seolah2 anda berada di kelab CBGB di New York).

Peta untuk ke Telaga Kumang Karaoke & Lounge (lukisan tangan tu haha)

Inilah venue yang dimaksudkan, Telaga Kumang Karaoke & Lounge (Pic Courtesy of kucinghijau.blogspot.com)

Pada asalnya kami dapat mengumpulkan sebanyak 20 buah band untuk ikut serta dalam gig ini, akan tetapi atas beberapa sebab yang munasabah, hanya 12 band sahaja yang benar2 komited dalam menyertai gig ini, tidak termasuk band2 organizer seperti Regiment Of Kid-Do-Wrong (ROKDW), The Once dan Ex Post Facto. Band metal underground legenda dari Bintulu iaitu Curse Of God juga turut serta disaat2 akhir, terima kasih diucapkan kepada Saudara Donny & The Gang kerana membantu kami menjayakan gig ini.

Pada hari kejadian iaitu 25hb Februari 2012, pihak Z Studio selaku pemberi sewa alatan muzik serta beberapa perkakas siar-raya (sound system) yang diwakili oleh En. Dedeq sudahpun berada di pub berkenaan awal pagi lagi, disertai oleh bro Rezal dan Es (The Once) sebagai membantu membuat persiapaan sebelum gig tersebut. Aku dan Borhan tidak dapat memberi komitmen pada pagi tersebut disebabkan beberapa tanggungjawab yang harus dilaksanakan di pejabat masing2.

Gig pada hari itu bermula agak lewat, kira2 dalam pukul 1 petang begitu. Disebakan masa yang terhad dan jadual slot yang padat, kami terpaksa memberi ruang kepada Curse Of God untuk memulakan sesi gig pada petang sebagai pembuka tirai. Selesai sahaja band COG membuat persembahan pembuka, giliran Metuk Ulau Projekt pula untuk memanaskan pentas gig pada petang itu (mana ada pentas pun, kitorang perform atas lantai ajer haha). Band yang dianggotai oleh beberapa rakan blogger iaitu aku sendiri, bro Ijau dan Korawk serta Bob Kandar (drummer) dan Azrul selaku pemain gitar utama, merupakan band cover Iron Maiden. Kami mendendangkan 3 buah lagu iaitu Caught Somewhere in Time (intro)/Coming Home, Wasted Years dan The Trooper.

Metuk Ulau Projekt (Pic Courtesy of kucinghijau.blogspot.com)


Metuk Ulau Projekt : Live at Opening Season Gig 2012

Oh lupa nak bagitau, pada masa gig ini berlaku, aku bermain untuk 4 buah band iaitu Metuk Ulau Projekt, The Once, Regiment Of Kid-Do-Wrong dan Ex Post Facto. Haha kalau dalam bahasa Sarawak nya aku ni boleh dikatakan "Rangkak" (bermaksud "dia seorang saja yang ambik semua, tak ingat orang lain lagi"). Sorry Guys, aku tak berniat untuk menyinggung perasaan sapa2 haha.

Selesai sahaja kami perform, giliran band A Day We Remains pula menggegarkan pub Telaga Kumang pada petang itu. Bersandarkan genre Deathcore, budak2 dari band ini nampak bersemangat dan boleh dikatakan tight juga permainan mereka. Selesai sahaja mereka mempersembahkan 3 buah lagu, maka giliran D Blade pula menggalas posisi masing di pentas gig tersebut. Anggota yang rata2 berasal dari Limbang ini, mendendangkan lagu2 old school dari band Search dan Wings. Paling seronok ialah apabila mereka perform bawak lagu "Pawana" memang sing-a-long dibuatnya haha.

A Day We Remains (Pic Courtesy of OSG2012 Facebook Page)

D Blade (Pic Courtesy of OSG2012 Facebook Page)

D Blade membuat persembahan

4 buah band telah selesai, maka giliran Ana & The Scene pula membuat persembahan. Band yang bekonsepkan Indie / Alternative sebenarnya sudah lamak bertapak di bumi Bintulu, cuma rasanya baru tahun ini mula melibatkan diri dalam beberapa gig yang dianjurkan sekitar Bintulu. Memulakan set mereka dengan lagu gubahan sendiri iaitu "Sekejap Masa Lagi", lagu ini sudah lama aku simpan dalam simpanan koleksi CD aku (ianya terdapat di dalam CD Kompilasi terbitan REG Studio sebelum ini). Lagu kedua pula sebuah lagu cover dari Radiohead iaitu "High & Dry", semasa mereka perform lagu ni, hampir kesemua penonton sing-a-long terutama apabila tibanya bahagian korus pada lagu berkenaan. Memang saat2 yang memorable, seolah2 aku berada di era 90'an kembali haha.

Ana & The Scene (Pic Courtesy of Ana & The Scene Facebook Page)


Ana & The Scene : Live at Opening Season Gig 2012

Setelah selesai set Ana & The Scene, giliran Burning In Motherland pula mengganas di pub itu. Band yang dianggotai oleh Darryl (vokalis), Madcore (Gitaris), Max (Gitaris), Dedeq (Bassist) dan Nick (Drums) ini mempersembahkan 3 buah lagu pada hari itu, iaitu Omerta (Originally by Lamb Of God), Roots Bloody Roots (Originally by Sepultura) dan Before I Forget (dari Slipknot). Keadaan pub berkenaan menjadi semakin liar dan hilang kawalan sekejap apabila band ini perform, mana tidaknya Darryl selaku frontmant bijak mengawal penonton dengan vocal growl dan squeel beliau yang amat hebat itu. Hinggakan aku juga bertindak menjadi backing vocal semasa mereka mendendangkan lagu "Before I Forget" akibat berlaku gangguan teknikal pada mic Darryl. Arghh berdarah anak tekak aku dibuatnya haha!

Burning In Motherland (Pic Courtesy of OSG2012 Facebook Page)

Selepas itu, bagi menenangkan keadaan pada gig tersebut, band organizer The Once pula membuat persembahan. Band yang dianggotai oleh Chas (vokalis), Es (Guitar), Rezal (Vocals, Guitar), Pendi (Drums) dan aku selaku pemain bass ini berkonsepkan alternative / reggae, ianya diasaskan secara rasminya oleh bro Rezal. Bagi meredakan keadaan, setlist kami pada petang itu terdiri daripada Live Forever (Orginally by Oasis), Don't Wory (Tony Q Rastafara) dan Welcome To My Paradise (Steve & The Coconutreez). Terlihat juga kelibat anak2 muda mula menari skanking di hadapan kami pada masa itu. Agak happening juga walaupun tanpa aksi moshing haha.

The Once (Pic Courtesy of OSG2012 Facebook Page)


The Once : Live at Opening Season Gig 2012

Selesai sahaja The Once, giliran Sub.Urban pula menggalas tanggungjawab untuk menghuru-harakan pub berkenaan. Band yang berkonsepkan Nu-Metal ini merupakan antara band2 yang masih bertahan dalam arena muzik underground di Bintulu. Kalau tak silap aku, band ini pernah sama2 peform dengan band lama aku iaitu Tresno sekitar tahun 2004 - 2006 pada beberapa siri gig yang pernah diadakan di Bintulu pada masa itu. Setlist yang terdiri daripada 2 buah lagu mereka sendiri (dijangka mereka akan mengeluarkan demo pada tahun ini, can't wait for this!) dan sebuah lagu cover iaitu Blind (Originally by Korn). Semasa lagu "Blind" diperdengarkan, crowd mula menjadi huru-hara kembali diselangi dengan aktiviti sing-a-long! Ini sudah kira macam Nu-Metal Revival ni haha...

Sub.Urban (Pic Courtesy of Nick Zakry, Thanks Bro!)

Tanpa melengahkan masa, band organizer pula iaitu Regiment Of Kid-Do-Wrong (ROKDW) pula beraksi! Band yang dianggotai oleh Borhan (Drums), Gazelina (Vocals), Jeff (Guitar), Acim (Guitar) dan aku (Bassist) semestinya terlalu teruja untuk perform (especially aku la, aku yang selalu lebih2 haha). Kali ini Rolland (Guitar) tidak dapat bersama disebabkan ada beberapa tugas yang perlu dilaksanakan. Setlist kami pada petang itu ialah Use Somebody (Originally by Kings Of Leon) dan Karma (dari band Cokelat). Aku rasa pada hari itu, band kami sahaja yang mengetengahkan penyanyi perempuan, yang lain rata2nya didominasi oleh kaum lelaki. Agak unik rasanya haha.

Regiment Of Kid-Do-Wrong (Pic Courtesy of ROKDWphotograhy)


Regiment Of Kid-Do-Wrong (ROKDW) : Live at Opening Season Gig 2012

Selepas itu, band projek Ex Post Facto pula membuat persembahan. Ramai dikalangan penonton merasakan bahawa band ini merupakan band yang sama (dengan ROKDW) kerana ahli2nya terdiri daripada geng2 yang sama dalam ROKDW, akan tetapi bezanya ialah Borhan pula menggalas tugas sebagai frontman pada band ini. Pada posisi drums pula diambil oleh adik Borhan sendiri iaitu Bahri (boleh tahan talented macam abangnya juga haha). Band ini lebih ke arah Nu-Metal dan Rapcore! Setlist kami pada petang itu ialah Testify (Originally by Rage Against The Machine), Coming Undone (Originally by Korn) dan Bloody Cape (Originally by Deftones).

Ex Post Facto (Pic Courtesy of OSG2012 Facebook Page)


Ex Post Facto Performing "Testify" at Opening Season Gig 2012

Tanpa membuang masa, selepas itu giliran Jammdeskool untuk beraksi! Konsep band ini ialah Nu-Metal ala Incubus. Band yang didatangkan khas dari Kanowit ini merupakan band undangan dari luar Bintulu yang pertama menyertai siri gig Opening / Closing Season Gig ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Jammdeskool kerana turut sama menyertai gig ini sekaligus support Bintulu Underground and Independent Music Scene! Peluang keemasan sebeginilah yang ingin kita cari, menjalinkan hubungan dengan scene dari luar Bintulu sekaligus memartabatkan muzik independent Sarawak khususnya.

Jammdeskool (Pic Courtesy of OSG2012 Facebook Page)

Selepas itu, saat yang ditunggu telah datang. Raksasa Metal Bintulu yang bernama Erectus mula menghancurkan pentas gig tersebut. Band yang dianggotai oleh Rody (Drums), Salim (Guitar), Adi (Vocals), Malek (Guitar) dan Ali (Bass) ini menghidangkan 2 buah lagu cover dari band Langsuyr (Bedal dan medley gabungan My Oath For Thee serta Asyik), Komander Teragung (lagu ciptaan Erectus sendiri! Mungkin akan muncul di dalam CD Demo mereka akan datang) dan pengakhirnya ialah Pursuit Of Viking (lagu cover dari Amon Amarth), semestinya persembahan mereka ini tetap bertenaga, mana tidaknya diorang ni sudah dianggap otai kerana sering menjadi tumpuan tiap kali adanya gig di Bintulu. Band yang sering mengikuti pergerakan Tugau Warmetal Hordes ini, menambahkan lagi intipati metal sebenar dalam gig tersebut apabila Salim (selaku gitaris utama) mengenakan Spikes pada tangan dan lengan beliau dan Adi (selaku vokalis) pula membuat Corpse Paint pada wajah beliau! Ini memang betul2 True Metal! Hail Erectus! Dijangka mereka akan mengeluarkan demo pada tahun ini, kita tunggu dan lihat ya! Mudah2an berjalan dengan lancar.

Erectus dengan Line-Up terkini (Pic daripada Makhluk Mitos)

Bergambar kenang2an antara Erectus dan Curse Of God, ada aku pula inter frame kat belakang tu haha (pic milik kucinghijau.blogspot.com)

Selepas itu, giliran Curse Of God kembali menyemarakkan api hitam di dalam pub tersebut. Band yang tidak perlu diperkenalkan lagi ini, merupakan di antara surviving Black Metal band yang ada di Bintulu. Sering diperkatakan tentang comeback mereka baru2 ini di dalam newsletter Sarawak Metal Force yang terbaru. Band ini boleh dianggap legend kerana pernah berkongsi pentas gig dengan beberapa nama tersohor dalam scene metal tempatan seperti Larrong, Wrath Of Azzazel, Vormit dan semestinya Necrotic Chaos!

LinkCurse Of God (Pic Courtesy of noiseofborneo.blogspot.com)

Seterusnya giliran Brightest Light pula mengecamukkan keadaan! Band yang berpaksikan genre Deathcore ini sememangnya mempunyai pengikut2nya sendiri, seolah ada sebuah cult haha. Persembahan yang bertenaga daripada mereka ini semestinya yang ditunggu dan kegiatan moshing serta headbanging kembali muncul! Setlist mereka pada hari itu terdiri daripada lagu seperti Diamonds Aren't Forever (lagu cover dari band Bring Me The Horizon), King Of Zeus (lagu gubahan mereka sendiri. Tahniah!) dan Sonnet Of The Wretched (lagu cover dari Chelsea Grin).

Brightest Light (Pic Courtesy of their Facebook Page)

Setesrusnya, the one and only band Punk yang mengikuti gig ini iaitu The Pinokio mula beraksi! Semestinya persembahan mereka kali ini juga cukup bertenaga seperti Closing Season Gig yang lepas. Mana tidaknya, drummer mereka yang hanya berumur 10 tahun sahaja ini mampu menarik perhatian setiap penonton dengan skill drums nya yang sungguh mengasyikkan. Setlist mereka yang terdiri daripada lagu2 gubahan sendiri, band punk The Pinokio ini mampu pergi lebih jauh dalam arena muzik UG di Sarawak khususnya.

The Pinokio (Pic Courtesy of OSG2012 Facebook Page)


The Pinokio : Aksi Drummer yang baru berusia 10 tahun!

Jam sudah menunjukan pukul 6 petang, hari sudah semakin gelap. Selepas itu tibalah pula untuk band terakhir beraksi iaitu Crushing Machine. Pada mulanya aku ingatkan mereka ni band metal sebab nama diorang pun nampak ganas. Akan tetapi trio ini memainkan lagu2 dari OAG (lagu2 terawal mereka seperti Spastic Youth dan Knocked Silly). Agak happening juga kerana rata2 lagu yang dipersembahkan memang sing-a-long bagi penonton2 yang sebaya dengan aku la haha.

Crushing Machine (Pic Courtesy of OSG2012 Facebook Page)

Entah macam mana, aku ingatkan gig dah habis lepas Crushing Machine perform, tetiba boleh ada pulak satu band yang dianggotai oleh Ijal (Cerobong Hitam) dan Pendi (The Once & Bintulu Buskers) boleh berada di hadapan dan mempersembahkan sebuah lagu dari Butterfingers iaitu "Chemistry Between Us", yang melucukan ialah bro Ijal ni walaupun injured selepas terlibat dalam kemalangan motosikal, beliau tetap bertenaga menjadi vokalis pada band yang entah datang dari mana ni! haha.

Ijal (Cerobong Hitam) dari drummer menjadi vokalis (Pic courtesy of OSG2012 Facebook Page)

Selepas selesai sahaja persembahan tersebut, maka berakhirlah sudah Opening Season Gig 2012 yang bertempat di Telaga Kumang Karaoke & Lounge. Agak kepenatan jugak kalau menganjurkan gig ni, perghh hampir beberapa hari tengkok aku sakit akibat aktiviti headbanging yang melampau dan suara aku pecah disebakan cheering for the bands pada hari berkenaan. Walaubagaimanapun, sekurang2nya tergambar perasaan puas hati pada setiap muka2 organizer itu hari, walaupun letih tetapi scene muzik independent di Bintulu harus aktif dan berkobar2 baranya sampai bila2. Keep On Rocking Guys!

Saturday, February 4, 2012

REVIEW GIG : TRIBUTE TO KURT COBAIN 2012 (BERTEMPAT DI LI HUA HOTEL, BINTULU)




"With The Lights Out!"


Tarikh: 28hb Januari 2012
Tempat: Basement, Li Hua Hotel, Bintulu, Sarawak
Masa: 11 Pagi Onward
Band2 yang mengkuti gig ini:
Radio'83, Fuzz Muff, Ana & The Scene, The Once, Buxnid, Slovens, Dust, Wildhorse, Regiment Of Kid-Do-Wrong, Days Of Fire, Revival Of The Great and others...


Beberapa bulan sebelum event ini berlaku, aku dan saudara Peeka (ketua kumpulan Radio'83 dan Peekadot) pernah lepak sama2 di Old Town Kopitiam, sebuah restoran franchise yg fames gak la di Bintulu ni, membincangkan tentang scene UG di tempat khususnya serta perancangan untuk masa hadapan. Peeka terus menyatakan hasratnya untuk menganjurkan gig tribute untuk Kurt Cobain (pengasas band Nirvana dan ikon dari Seattle Sound) bagi memeriahkan lagi scene UG di Bintulu. Aku pun berpendapat, why not? That's a spledid idea lagipun ianya pasti memberikan sedikit kelainan dalam penganjuran gig di Bintulu khususnya kerana sebelum ini, kalau ada gig pun, akan ada lambakan band2 yang akan cover lagu2 dari kugiran Deathcore terkemuka seperti The Black Dahlia Murder, As Blood Runs Black, Bring Me The Horizon, Suicide Silence dan bermacam2 lagi la.

Ternyata ianya bukan angan2 kosong, pada 28hb Januari 2012, Peeka & The Gang (dari komuniti muzik FuzzGun'91) telah berjaya merealisasikan impian tersebut. Gig Tribute To Kurt Cobain diumumkan sebelum itu akan diadakan di Li Hua Hotel Bintulu pada tarikh berkenaan. Info tersebut disebarkan melalui laman web sosial Facebook beberapa minggu sebelum hari kejadian. Kalau ada gig tribute macam ni, pastinya aku takkan melepaskan peluang yang ada untuk perform di gig sebegini. Kali ini, aku akan bermain dengan 2 buah band iaitu The Once dan Regiment Of Kid-Do-Wrong (ROKDW).

Tibalah harinya 28hb Januari tersebut. Aku datang agak lewat ke venue tersebut disebabkan masalah kesihatan (kena sakit perut la pulak haha). Azab untuk mencari parking pulak datang masa dah sampai ke hotel tersebut. Sampai2 saja, geng2 aku dari band The Once dah pun berbulu menunggu aku (hampeh!). Sebelum itu band alternative rock dari Bintulu iaitu Ana & The Scene membuat persembahan mereka. Damn, aku melepas lagi nak tengok performance diorang.


The Once

Setlist kami pada hari itu agak simple, terdiri daripada 3 buah lagu iaitu:


  1. Arti Sahabat - Originally by Nidji

  2. Welcome To My Paradise - Originally by Steve & The Coconutreez (aku rasa band kitorang ajer yang ada bawak lagu Reggae macam ni pada hari tu)

  3. Dive - Originally by Nirvana
Line-up untuk band The Once kali ini ialah:


  1. Chas - Vokalis

  2. Es - Gitaris

  3. Pendi - Drums

  4. Rizal - Vocals, Guitars

  5. Adi - Bass


The Once : Live @ Tribute To Kurt Cobain Gig 2012

Selepas kami, tibalah giliran band grunge dari Kuching untuk beraksi di pentas (mana ada pentas bro, setting macam live jamming ajer haha but it's cool though) iaitu Revival Of The Great! Band yang hanya 3 piece ini mampu kasi gegar ruang ballroom a.k.a. basement itu secara total! Aku cuma sempat ambil video masa diorang perform lagu ciptaan mereka iaitu yang berjudul Stone. Persembahan mereka semestinya tidak mengecewakan.



Revival Of The Great performing their song "Stone" Live @ Tribute To Kurt Cobain Gig 2012

Habis sahaja Revival Of The Great menghingar-bingarkan basement tersebut, kini giliran The Pinocchio pula beraksi di pentas. Band ini pernah beberapa kali ikut serta dalam beberapa siri gig tahun lepas termasuklah gig yang dianjurkan oleh aku dan rakan2 iaitu Opening Season Gig 2011. Apa yang menarik tentang band punk dari Bintulu ini ialah drummer nya. Drummer nya hanyalah budak kecil yang rasanya masih dalam darjah 4 atau 5 tapi boleh tahan berbakat! beat tak lari dan rasa2nya budak ni memang selalu praktis drumming kot, dengar cerita mak bapak dia ada buat studio kat rumah. Perghh memang hebat haha.

Lepas The Pinnochio, Days Of Fire pula menggalas tanggungjawab untuk menghuru-harakan gig tersebut. Band Grunge/Alternative dari Bintulu ini sebenarnya bukanlah band baru. Mereka telahpun mengeluarkan sebuah EP yang berjudul "A World Of Arms" pada tahun 2010. Sebelum mereka membuat persembahan, sempat juga vokalisnya memberikan secara percuma beberapa copy cd EP mereka kepara para penonton. Persembahan mereka juga tidak mengecewakan. Lagu pertama (lagu ciptaan mereka sendiri), riff nya seolah2 seperti lagu "I Wanna Be Your Dog" dari Iggy & The Stooges! Quote yang paling aku gemari semasa persembahan diorang ialah apabila vokalis mereka (Nicholas) berkata "Sesiapa yang minat Justin Bieber, sila keluar!". Haha Rock On Guys!


Days Of Fire

Tanpa membuang masa, giliran Wildhorse pula mengambil-alih peranan di atas pentas. Band yang juga 3 piece seperti Revival Of The Great tadi, memang agak havoc membuat persembahan tapi arrangement muzik mereka tetap terbaik dan tersusun! Oh lupa nak bagitau, band ini juga didatangkan khas dari Kuching!


Wildhorse

Seterusnya band aku yang ke-2 pula membuat persembahan. Band yang dimaksudkan ialah Regiment Of Kid-Do-Wrong (ROKDW). Aku dan rakan2 seperjuangan pun terus membuat soundcheck pada ketika itu. Kali ini Gazelina selaku vokalis utama kami berehat sekejap daripada memikul tanggungjawab sebagai penyumbang suara. Aku pulak yang jadi vokalis (haha). Songlist kami pada gig tersebut ialah:


  1. Drain You - Originally by Nirvana

  2. Suicidal Dream - Originally by Silverchair

  3. Pure Massacre - Originally by Silverchair

  4. Take Back -Originally by Green Day (Lagu Bonus)
Line-up untuk gig kali ini pula terdiri daripada:


  • Adi (aku) - Vocals, guitars

  • Rolland - Bass

  • Borhan - Drums

  • Jeff - Guitars (anggota terbaru dalam band kami. Welcome Bro!)

Regiment Of Kid-Do-Wrong (ROKDW)



Regiment Of Kid-Do-Wrong (ROKDW) Live @ Tribute To Kurt Cobain Gig 2012

Selepas kami selesai beraksi, tibalah giliran Fuzz Muff pula membuat persembahan. Band yang dinanti2kan sejak awal gig ini seringkali aku dengar dari komen rakan2 bahawa muzik mereka ini memang heavy dan merupakan jelmaan kepada "Mudhoney" salah sebuah band tersohor dari scene Seattle Sound! Lagu pertama yang mereka dendangkan cukup membuat suasana dalam basement tersebut kucar kacir. Riff2 yang berat serta pukulan drum dari drummernya yang bertenaga itu sememangnya memberikan impak yang besar di kalangan crowd pasa masa itu. Band yang berasal dari Kuching ini sememangnya tidak dinafikan, benar2 BRINGING THE HOUSE DOWN pada masa itu!



Fuzz Muff - Terror Nerve : Live @ Tribute To Kurt Cobain Gig 2012


Fuzz Muff

Selesai sahaja band Fuzz Muff memyemarakkan keadaan, giliran Radio 83 pula membuat persembahan mereka. Peeka selaku MC event tersebut dan juga leader kepada band ini rasanya tak sabar untuk beraksi di dalam gig ini. Mana tidaknya gig ini berlaku hasil usaha beliau serta rakan2 seperjuangan yang lain. Kali ini adik Peeka iaitu Zarriq menggalas tugas sebagai pemukul drumset. Apa yang istimewa pasal bro Zarriq ini ialah pattern drums serta skills beliau seolah2 seperti Travis Barker dari Blink 182! Haha apa2pun lu memang best bro!


Peeka of Radio 83


Songlist mereka kali ini terdiri daripada 4 buah lagu. Permulaan pada persembahan mereka agak perlahan kerana mereka mendendangkan lagu yang berentak mid-tempo tetapi pada part korusnya tetap grungey haha siap bro Peeka baring2 atas lantai sambil shredding gitar beliau.


Radio 83 sedang beraksi

Tiba pula mereka mendendangkan sebuah lagu cover dari Nirvana pula. Lagu yang dipilih ialah "Love Buzz" dari album Bleach. Lagu ini sememangnya berhantu kerana ianya mampu membuat crowd headbanging bersama serta berlaku mosh pit di dalam basement tersebut.

Semasa mendendangkan lagu tersebut, bro Peeka telah membuat sesuatu yang diluar jangkaan. Semasa part solo pada lagu "Love Buzz" tersebut, bro Peeka menghentak gitar Stratocaster Copy beliau ke lantai marmar basement tersebut. Bro Peeka seolah2 dirasuk oleh roh Kurt Cobain! Haha anyway gimik tersebut memang out-of-this-world dan semestinya situasi yang mencemaskan tetapi tetap enjoy. Aku sampai tak sempat nak ambik video disebabkan ternganga mulut aku melihat gelagat Peeka menghancurkan gitar beliau.


Bro Peeka mengutip balik serpihan gitar beliau dari lantai

Gitar Peeka yang dah jadi arwah! May The Spirit Of Grunge Be With You!

Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang, band Radio 83 pula selesai menjalankan tugas mereka sebentar tadi. Aku perlu bergerak cepat untuk balik ke rumah (biasalah orang dah berumahtangga macam aku ni, family 1st and foremost). Tapi sebelum berangkat pulang aku sempat pula menonton sebuah lagi band grunge yang juga berasal dari Bintulu iaitu Buxnid. Band yang sering cover lagu Butterfingers ini, semestinya bukan band yang baru lahir semalam. Band ini pernah sama2 beraksi dalam event gig, sepentas dengan band lama aku iaitu Tresno dan juga Regiment Of Kid-Do-Wrong sekitar tahun 2004 sehingga 2006. Aku sempat menonton mereka mempersembahkan lagu yang berjudul "Joget Global" asalnya dari Butterfingers, lagu yang diambil dari album "Kembali".

28hb Januari yang lepas sememangnya ialah Grunge Day @ Bintulu dalam istilah sebenar pada pendapat aku. Mana tidaknya, semasa join gig ni, aku rasa seolah2 kembali ke zaman persekolahan aku (dekad 90'an) semasa aku berjinak2 meminati muzik grunge dan seringkali jamming dengan rakan2 sekelas bawak lagu Nirvana haha. You Guys Make An Old Pal Like Me Feel Young Again haha...Thanks FuzzGun'91 selaku penganjur gig ini.

Peace, Love, Empathy...

Monday, January 16, 2012

MAJALAH KARISMA - ISU NO. 20 BAGI BULAN JANUARI 2012 (FRONT COVER : JUDAS PRIEST )



Ya! Majalah Rock & Metal No. 1 Malaysia kini kembali dengan isu ke 20, dengan menampilkan Judas Priest (pernah digelar sebagai band Heavy Metal paling berpengaruh dalam arena muzik) sebagai cover story, tidak lupa juga dengan interview eksklusif di antara wakil karisma (Adam Md Yusop) dengan Rob Halford, ketua kumpulan serta vokalis utama band lagenda tersebut. Terdapat juga beberapa artikel best seperti review tentang album berbentuk live dari Search yang bertajuk "Search : Live" yang pernah diriliskan pada tahun 1989. Review2 gig dan konsert juga tidak ketinggalan. Kali ini mengetengahkan beberapa review2 yang hebat seperti Impiety : Asian Abomination Tour, Konsert Fenomena 30 Tahun Search (bertempat di Pulau Pinang, Johor Bahru & Kuala Lumpur), Children Of Bodom The Ugly World Tour, gig Devil's Workshop (bertempat di Kuching), gig Creative Chaos Vol. 1 dan All Shall Perish Live in Kuala Lumpur!

Kepada mereka yang berada di Bintulu, Sarawak, anda boleh dapatkan isu ini di Syarikat Perniagaan Melayu (berdekatan dengan Ipoh Town Kopitiam cawangan bandar). Jika anda berada di luar kawasan Bintulu pula dan ingin mendapatkan isu ini, sila hubungi saya di talian 013-8090845 (Adi Herman)

Harga : RM10.50 (add RM5 more for postage)

Sunday, October 30, 2011

Artikel : NIRVANA'S NEVERMIND ALBUM - 20th ANNIVERSARY

T-Shirt Nirvana Nevermind 20th Anniversary (Front Design) bersama dengan Double CD Deluxe Editon dan CD Nevermind Remastered

T-Shirt Nirvana Nevermind 20th Anniversary (Back Design) bersama dengan Double CD Deluxe Editon, Booklet bergambar (rare) dan CD Nevermind Remastered

"With The Lights Out"

Minggu lepas, aku telah menerima bungkusan dari KL, hasil pembelian oleh adik aku dengan tauke sebuah kedai muzik di Pertama Complex. Apa yang ada di genggaman aku pada ketika itu ialah Nirvana Nevermind Deluxe Edition CDs serta T-shirt Nirvana Nevermind 20th Anniversary (disertakan sekali dengan CD album Nevermind Remastered).

Tanpa kita sedari, sudah dua dekad album ini berada di atas bumi Tuhan ini dan selama itu jugalah ianya berada di pasaran. Kita mengimbas kembali cerita di sebalik album klasik ini dan bagaimana ianya merubah serta mempengaruhi muzik moden sekarang.

Dirilis pada 24 September 1991, album Nevermind merupakan rilisan pertama Nirvana bersama DGC Record (singkatan kepada David Geffen Records), sebuah label rock besar yang juga mengangkat band2 rock seperti Guns N Roses, Sonic Youth, Weezer dan Beck. Sebelum ini mereka telah pun merilis album pertama mereka yang berjudul "Bleach" dibawah label Sub-Pop, ianya dikeluarkan pada tahun 1989. Arah tuju asal album ini sebenarnya ialah untuk keluar dari kongkongan muzik Grunge yang stereotaip pada ketika itu, itu yang dimahukan oleh Kurt Cobain (frontman Nirvana).

Walaupun ekspektasi yang kurang diberikan kepada album ini pada ketika itu, Nevermind secara tiba-tiba menjadi sukses disebabkan oleh single pertama yang dikeluarkan dari album itu yang bertajuk "Smells Like Teen Spirit". Pada Januari tahun 1992, album ini telah berjaya menjatuhkan takhta album Dangerous dari Michael Jackson pada kedudukan nombor satu di Carta Billboard 200 Albums. Sebuah badan pemasaran produk muzik Amerika iaitu Recording Industry Association of America telah mengiktirafkan album ini Diamond (lebih dari 10 juta salinan telah dieksport keluar) dan ianya telah terjual sebanyak 30 juta salinan seluruh dunia.

Percayalah kataku, album Nevermind ini bertanggungjawab membawa muzik alternatif ke arah pendengaran mainstream yang meluas dan para pengkritik muzik seringkali mengatakan bahawa album ini di antara album rock terbaik sepanjang zaman!

Bagi edisi Deluxe Edition ini, ianya dilengkapi dengan 2 CD, mempunyai 40 lagu, 13 unreleased recordings, artwork yang diberi penambahbaikan dan disertakan dengan gambar2 yang belum pernah dirilis sebelum ini! Ianya juga dilengkapi dengan CD B-sides serta demo album yang dirakamkan di Smart Studio dan Studio Boombox (asalnya dari format kaset).

Apa yang pasti, muzik dari kreativiti Kurt Cobain dari album Nevermind ini merupakan satu bentuk batu loncatan kepada beliau bagi menuju ke arah muzik yang lebih unik dan bingit (sila rujuk kepada album In Utero). Thanks Kurt for the inspiration!

Dapatkan edisi khas ini dipasaran, baik dari eBay ataupun dari mudah.my, terpulang pada kalian semua!


Iklan TV bagi mempromosikan Nirvana : Nevermind 20th Anniversary

Sunday, October 2, 2011

Artikel: ROBERT JOHNSON - Pemuzik Blues Legenda Yang Menjual Rohnya Kepada Syaitan. Mitos atau Fakta?


Pernahkah anda terfikir, kenapa muzik Rock khususnya sering dikaitkan dengan Satanisme dan ritual2 yang berbentuk khurafat? Sejak bilakah interpretasi ini bermula? Dan siapakah yang memulakan benda2 mengarut ini sehinggakan ianya kini menjadi trend di mana Rock bersamaan dengan amalan syaitan?

Bila kita bercerita tentang muzik Rock, ianya pula sering dikaitkan dengan akar2 muzik terdahulu seperti Jazz, Bluegrass, Country dan semestinya Blues. Akan tetapi, pengaruh muzik Blues dalam dunia Rock & Roll amat besar berbanding genre2 muzik akar yang lain. Ini adalah kerana melalui progresi dan improvisi muzik oleh pemuzik Rock dalam mengadun semula teknik2 permainan Blues ke dalam stail mereka sendiri, ini juga menyumbang kepada pembentukan sub-genre muzik Rock yang lain seperti Metal, Punk, Progresif, Southern Rock, dan sebagainya.

Ok kita berbalik pula pada topik asal. Semestinya pengaruh Blues dalam muzik Rock memang tidak dapat dinafikan lagi. Akan tetapi pernahkah anda terfikir bagaimana bermulanya muzik Blues dilabel sebagai Devil Music (muzik syaitan) sehingga kini? Bagaimana tempias pada label tersebut terkena pada muzik Rock? Ianya bermula daripada seorang pemuzik Blues legenda yang bernama Robert Johnson, yang pada hayatnya pernah memeterai perjanjian dengan Syaitan untuk menjadi pemuzik Blues yang tersohor.

Aku mula tahu pasal legenda Robert Johnson ni pun semasa aku menonton rancangan Gene Simmon’s Family Jewel di channel Astro Bio no. 731 beberapa minggu lepas, di mana Gene (kalo korang tak kenal siapa Gene ni takperla, Gene Simmons merupakan ketua band KISS dan juga vokalis / bassist band terkemuka tersebut) membawa anak beliau jalan2 makan angin di Mississippi. Di sana beliau membawa anak lelakinya Nick pergi melawat “The Crossroads” yang terletak di Clarksdale, Mississippi. “The Crossroads” merupakan sebuah kawasan jalan simpang empat yang dikatakan mempunyai legenda nya tersendiri. Legenda tersebut mempunyai kaitan yang kuat dengan pemain Blues legenda iaitu Robert Johnson, di mana menurut penduduk setempat kawasan tersebut, di simpang empat bernama “The Crossroads” inilah Robert Johnson membuat perjanjian dengan Syaitan.

Biodata Ringkas Tentang Robert Johnson

Pada 8 Mei 1911 (kira-kira 100 tahun yang lepas) lahirlah seorang bayi lelaki berkulit hitam yang tinggal dalam sebuah keluarga miskin dan daif di Hazelhurst, Mississippi. Robert dibesarkan oleh ibunya Julia Major Dodds dan ayah tirinya Charles Spencer.

Pada awal pembabitan beliau dalam muzik, instrumen seperti harmonika dan Jaw Harp merupakan antara alatan muzik pertama yang beliau perkasakan. Selepas meningkat usia remaja, barulah beliau berjinak2 dalam instrument muzik yang bernama gitar. Pada usia belasan tahun, Robert sudah menjadi pemuzik blues yang mempunyai skill dan teknik gitar yang membanggakan dan di usia ini juga beliau berkahwin dengan seorang gadis yang berusia 16 tahun, Virginia Travis pada Februari 1929. Jodoh mereka tidak berpanjangan apabila isterinya itu meninggal bersama bayi yang baru dilahirkannya.

Teknik permainan gitar blues beliau lebih terpengaruh dengan skil serta teknik gitaris terkemuka pada masa itu seperti Son House, Ike Zimmerman dan Willie Brown. Selepas kematian isterinya Virginia, beliau berpindah ke Martinsville, tempat kediaman Ike Zimmerman. Ike kemudiannya menjadi guru serta mentor kepada Robert.

Di antara tempoh 1932 sehingga tahun kematiannya iaitu 1938, Robert menjadi pemuzik sepenuh masa, mencari nafkah melalui persembahan di setiap perjumpaan jalanan (lebih kurang macam busking la), di kelab malam dan tidak lupa juga di dewan masyarakat setempat. Beliau sering berpindah randah, mengikut rombongan2 pemuzik blues, merantau ke setiap bandar2 yang mereka lawati seperti Arkansas, Memphis, Chicago, Texas, New York dan yang paling jauh ialah Canada. Dalam tempoh ini juga beliau membuat beberapa rakaman piring hitam (lebih dikenali dengan nama Vinyl) dan di antara lagu2 yang menjadi hit pada masa itu di corong2 radio ialah Come On In My Kitchen, Kind-Hearted Women Blues, I Believe I’ll Dust My Broom, Terraplane Blues dan lagu yang menceritakan tentang peristiwa berjumpa dengan Syaitan iaitu Cross Roads Blues. Robert pada awalnya menafikan bahawa lagu tersebut berkait rapat dengan legenda perjanjian bersama Syaitan di Crossroads, Clarksdale. Akan tetapi ramai rakan2 beliau begitu pasti bahawa lagu tersebut menceritakan serba sedikit tentang peristiwa tersebut (walaupun tidak terlalu detail). Masakan tidak, dalam tempoh yang singkat, Robert telah menempa nama dalam golongan elit pemuzik blues sehinggakan diberi gelaran oleh para peminatnya sebagai Master of Mississippi Delta Blues.

Diceritakan oleh orang2 terdahulu (berdasarkan info2 yang aku dapat website rasmi Robert Johnson) bahawa, selepas kematian isteri pertamanya iaitu Virginia Travis, Robert berazam ingin menjadi pemuzik blues terkenal dan mahu keluar dari kepompong kemiskinan yang melarat di daerah yang didiaminya itu. Terpengaruh dengan cerita2 tahyul dari rakan petani yang lain (sebelum menjadi pemuzik, Robert berkerja di ladang kapas) Robert nekad untuk berjumpa dengan Syaitan di Crossroads dan membuat perjanjian dengan makhluk laknatullah itu. Menurut sumber lain, Syaitan yang dimaksudkan bukanlah syaitan yang seperti kita tahu. Ianya merupakan makhluk jahat (boleh dikatakan macam demon la) yang bernama Legba, yang menurut kepercayaan golongan hamba abdi kulit hitam di Amerika dahulu, ianya adalah jin nakal yang sering memperdayakan dan menghasut manusia ke lembah hina.

Kawasan simpang empat yang bernama Crossroads di Clarksdale itu, dahulunya merupakan kawasan ladang kapas dan amat sunyi di waktu senja. Pada zaman sekarang, tempat itu cuma menjadi kawasan tarikan pelancong yang sering menceritakan tentang legenda tentang Robert Johnson tersebut. Robert Johnson sudah 73 tahun mati dan lenyap dari dunia ini, akan tetapi muzik beliau telah menjadi inspirasi dan ikutan oleh pemuzik2 rock zaman ini seperti Keith Richards (gitaris kepada band Rolling Stones), Eric Clapton dan beberapa gitaris2 rock yang aku dah tak ingat nama dah.

Kesimpulan

Perlukah untuk kita membuat perkara2 khurafat macam ni untuk jadi famous? Apa faedah yang kita dapat kalau buat benda tak senonoh macam tu? Kemahsyuran? Kekayaan? Mungkin juga kerana itulah yang Robert Johson perolehi semasa hayatnya selepas insiden perjanjian dengan Syaitan itu. Akan tetapi pengakhiran hidupnya amat sadis dan mengecewakan apabila beliau meninggal dunia setelah terminum minuman keras yang berisi racun, ianya dipercayai angkara kawan rapat yang cemburu dengan kejayaanya. Ada pula sumber mengatakan ianya disebabkan oleh pertelingkahan tentang perebutan perempuan (Robert juga dikenali sebagai The Ladies Man).

Apa2pun alasan sekalipun, tanpa bantuan alam mistik sekalipun, jika muzik yang kita mainkan jujur dan ikhlas dari hati, ianya pasti akan member kepuasan pada kita dan juga kepada peminat2 genre muzik yang kita mainkan. Penerimaan pendengar mungkin bercampur baur tapi apa yang pasti, GOOD MUSIC ALWAYS MATTERS! Gunalah kurnian Illahi seperti bakat muzik untuk tujuan yang diredhaiNya dan bukan untuk tujuan duniawi semata2. Argh…pandai2 saja aku ceramah kat korang, aku pun 2 x 5 jugak haha…sorry guys! Aku hanya berniat untuk ingat mengingati sesame kita di kalangan rockers. Harap sama2 kita ambil teladan dari kisah Robert Johnson ini!

Adi Herman of Metuk Ulau Underground Voices (Webzine & Distro)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...