Metuk Ulau Underground Voices

Metuk Ulau Underground Voices
Official Logo for M.U.U.V.

Friday, August 26, 2011

MAX CAVALERA – WIRA METAL DARI NEGARA DUNIA KE-TIGA (Bahagian Kedua)

Max Cavalera bersama anak-anak beliau Zion dan Igor Jr.



Keluarga besar Cavalera


Max dan Gloria bersama anak mereka Zion (masih baby)

Intro


Damn, agak lama jugak aku mengambil masa untuk menyiapkan Bahagian Kedua tentang topik ini. Tapi takper, kali ni aku teruskan jugak dengan mengutarakan beberapa info penting tentang Wira Metal ini, the one and only, Max Cavalera!

Kehidupan Spiritual Selepas Sepultura

Selepas penarikan diri beliau dari band yang diciptanya sendiri iaitu Sepultura, Max serta keluarga berhijrah ke Amerika dan menetap di Phoenix, Arizona. Pada ketika inilah juga Max membuat keputusan untuk meng-compose lagu-lagu yang berbentuk spiritual (seperti yang kita dengari dalam album-album terawal Soulfly) akan tetapi berbeza pula dengan album-album selepas era Dark Ages (album Soulfly yang menyaksikan kebangkitan semula Thrash Metal dalam pengaruh muzik Max) yang lebih bertemakan peperangan, keganasan, kemarahan dan kebencian, akan tetapi masih lagi terselit mesej-mesej spiritual dan ketuhanan pada tiap lagu yang terdapat di dalam album tersebut.

Pihak Media Massa terutamanya press dari majalah metal antarabangsa (Kerrang,Metal Hammer dan Terrorizer) sering menganggap Max Cavalera sebagai seorang Man Of Religion, walaupun Max sendiri agak hairan dengan gelaran yang diberikan. Apabila ditanya oleh pihak wartawan tentang pendapat beliau mengenai agama dan tuhan, beliau menjawab:

"I do hate a lot of 'religion' but people like Christ - yeah they inspire me. I mean if you look at Christ, He was hanging around with the lowlifes, prostitutes and the losers you know, not going around with those high society motherfuckers you see trying to sell Jesus today""

Apabila ditanya samada beliau ialah penganut agama Kristian yang setia, beliau menjawab:

"No. I mean, if I was a Christian I would wear all these different kinds of omens. Because Christian people are so close minded. A priest would not accept that. So I don't like the concept of Christianity in terms of being so close minded. It is the same with music. Sometimes I compare preachers to close minded musicians or close minded listeners, who only like one kind of music. Some preachers are the same. And they don't tolerate Hindus, Buddhists or whatever. Only them. It's bullshit. So Soulfly is not a Christian band at all. Very much opposite. But we are very spiritual. Spiritual has nothing to do with Christianity anyway. It has been here since the beginning of time."

Beliau juga pernah memberi kenyataan bahawa beliau mempercayai tentang kewujudan Tuhan cuma definisi Tuhan yang dimaksudkannya berbeza dengan perspektif pihak gereja Kristian.

Apa-apapun pendapat Max tentang agama,spiritual dan Tuhan, yang pasti pembawaan muzik metal (pengaruh spiritual) yang diterapkan oleh beliau memberi nafas baru dalam arena Metal Antarabangsa.

Bagaimana Terbentuknya Cavalera Conspiracy?

Berita tentang Igor Cavalera (ex-drummer Sepultura) menarik diri dari Sepultura serta berbaik semula dengan abangnya Max, merupakan khabar yang menggembirakan ramai pihak. Setelah hampir sedekad pertelingkahan yang berlaku di anatara dua beradik ini, akhirnya pada 2007 terbentuknya band Cavalera Conspiracy secara rasmi. Pada awal penubuhan band ini sebenarnya ingin dinamakan sebagai "Inflikted" akan tetapi disebabkan kesulitan dari segi perundangan, ianya ditukar kepada nama yang lebih mencerminkan imej band baru ini iaitu Cavalera Conspiracy. Line-up asal semasa penubuhan ini ialah tak lain tak bukan Cavalera bersaudara (Max - vokal,gitar & Igor - drums), Mark Rizzo (gitaris Soulfly) dan Joe Duplantier (bassist Gojira).

Pada 25 Mac 2008, album pertama Cavalera Conspiracy diriliskan dan ianya berjudul "Inflikted" tajuk yang pada asalnya dicadangkan menjadi nama band tersebut. Penerimaan pihak media massa terhadap album ini pada ketika itu amat memberangsangkan di mana rata-rata wartawan2 dari majalah metal terkemuka berpendapat bahawa ianya merupakan revolusi semula muzik Sepultura dan mengembalikan kegemilangan era album terdahulunya seperti Beneath The Remains, Arise dan Chaos AD.

Inspirasi yang Max perolehi semasa menulis lirik dan composition lagu2 dalam album Inflikted ini adalah melalui proses yang unik di mana beliau menonton 4 movie yang sama setiap hari iaitu Apocalypse Now, City Of God, A Clockwork Orange & La Haine (cerita gangster dari Perancis). Dari situ juga beliau mendapat inspirasi sekaligus mencipta bait-bait lirik yang berunsur peperangan dan keganasan.

Setelah mebuat beberapa siri tour gergasi melalui penyertaan dalam beberapa festival metal terkemuka seperti Wacken, Ozzfest, Pinkpop, Download dan Monsters Of Rock, tanpa membuang masa, mereka proceed dengan pembikinan album kedua.

Pada 29 Mac 2011, album "Blunt Force Trauma" telah berada di pasaran dan ianya menjadi satu kesinambungan kepada perjuangan mereka dari album "Inflikted" dahulu. Single pertama dari album tersebut ialah "Killing Inside" yang sekali lagi mengetengahkan genre Thrash Metal acuan Cavalera Bersaudara.

Kehidupan Keluarga & Perihal Peribadi Max

Di sebalik wajah bengis serta lirik-lirik brutal yang dimuntahkan oleh beliau pada setiap lagu-lagu metal ciptaannya, terselit perasaan kasih sayang yang mendalam antara Max dengan keluarga yang tercinta. Hubungan suami isteri Max dan Gloria boleh diibaratkan hampir menyamai Ozzy serta Sharon Osbourne. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan 4 orang anak iaitu Zion (yang paling sulung) dan Igor Jr (si bongsu), Richie dan Roxanne (yang dua ni kurang sikit ke arah muzik) manakala mendiang Dana Wells, walaupun hanya sebagai anak tiri kepada Max, akan tetapi love and affection terhadapnya setanding bagai anak kandung sendiri. Max kini lebih selesa digelar sebagai metalhead cum family man yang sukses dalam bidang yang diceburinya. Max juga peminat tegar sukan bolasepak dan merupakan penyokong kuat kumpulan bolasepak Liga Brazil iaitu Palmeiras.

Axology Max Cavalera

Semasa era kebangkitan muzik Sepultura, Max Cavalera seringkali menggunakan gitar Warlock jenama BC Rich. Apa yang menarik tentang beliau ialah pada era ini, gitar yang hanya mempunyai 4 tali asas (tuning E A D G) tersebut merupakan trademark beliau pada ketika itu. Pada dekad yang mutakhir ini, Max Cavalera banyak menggunakan ESP 6 String Signature Guitar, dilengkapkan dengan pick-up Seymour Duncan SH6. Beliau juga pernah menggunakan gitar jenama Gibson dari siri SG semasa pembikinan album terawal Soulfly dan album terakhir bersama Sepultura iaitu "Roots". Manakala amplifier yang sering digunakan oleh Max ialah Peavy 3120 dan Peavy 6505. Selain daripada gitar, antara instrumen muzik lain yang sering dimainkan oleh ialah Berimbau (sebuah alat muzik tradisional dari Brazil yang hanya menggunakan 1 tali), Sitar dan kadang2 berjinak-jinak dengan percussions.

Wah, akhirnya habis jugak aku menaip artikel yang tak seberapa ni. Hope you guys enjoy reading this nonsense yet informative article! Hail to Max Cavalera! Hasta La Victoria Para Siempre!

Untuk mendapatkan bahagian pertama artikel ini sila klik: Max Cavalera - Wira Metal Dari Negara Dunia Ke-Tiga (Part 1)

Saturday, August 20, 2011

RESURRECTION - Dark Maya (Single 2011)



RESURRECTION - Dark Maya (Single 2011)
Pro cover printable cd
1 song in 2 tracks
Price RM7 byhand (Please add RM5 for postage if you're from outside Bintulu)
Produce by Eastern Voice Production
(Released Date 23 July 2011)
sample track: http://www.youtube.com/watch?v=hWrvU2E8zlU
If interested, please contact me at this h/p no. 0138090845 (Adi Herman)

This is a new Death Metal Band hailed from Kuching fronted by Andy (ex-Senseless)

The line-up:
Asfia - Guitar & Vocal
Andy - Lead Guitar
Sam - Bass
Aslan - Drums

T-SHIRT RASMI LARRONG! EDISI TERHAD! HANYA RM25 SAHAJA BESERTA POS!






T-SHIRT RASMI DARI SEBUAH BAND YANG TIDAK ASING LAGI, BERASAL DARI MUKAH DAN PELOPOR KEPADA PERGERAKAN UNHOLY TRIANGLE! TAK LAIN TAK BUKAN, LARRONG !!!

SIZE: S dan XS (BERSAMAAN DENGAN SIZE M) SAHAJA
PRINTED BY: MENJREX NERTO PRODUCTION
PRICE: RM25 TERMASUK KOS POS EKSPRES (BY HAND - RM20 ONLY)
JIKA BERMINAT BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA DI TALIAN 0138090845 (ADI HERMAN)

BIODATA RINGKAS TENTANG BAND INI:
Genre: Death Metal / Thrash

Location Matu(Unholy Triangle), Please select your region, Ma

Record Label MeNJREX NeRTO Production

Type of Label Independent

Discography:
Demo 1992 : Curse Of Devastation........ ....Demo 1996 : The Eastern Shaman...... ....MCD 2000 : Dakan Perana Tana..........Panggilan Pulau Puaka V, Part 2 ...... ....Hellbangers Dominion Compilation 1998 ........ ....rerecorded,remixing & remaster MCD Dakan Perana Tana ....with Bonus Track "Narratik' 2010...... ....Angkatan Metal Malaysia Compilation 2010




Saturday, July 16, 2011

IMPIETY - ASIAN ABOMINATION TOUR : LIVE AT SIBU on 11th SEPTEMBER 2011!



Mighty IMPIETY Sibu Abomination Early Birds Tickets Available now!!

Price: RM33 (For Early-birds Only)

For More Info Please Contact:
Adi Herman - 0138090845

IMPIETY! A Brutal/Death/Black & War Metal hailed from Singapore is coming to Sibu this upcoming September promoting their latest offering "Worshipers of the Seventh Tyranny" and this will be a historical event due to the fact that it will be the first time ever for this esteemed band to make their debut appearance here in Borneo! Many of their Borneo's die hard fans wouldn't believe that this event will be possible to be implemented, but with the cooperation & willpower charged by the organizer, which is Menjrex Nerto Production, this unholy ceremony will eventually take place at Paramount Hotel, Sibu, Sarawak on 11th September 2011!

A little bit about the band's biography:

The Grand Beast of Asian Black Metal War, IMPIETY descended upon earth 1990 under invocation from early Bathory, Hellhammer, Sarcofago and old extreme cult bands. 20 infernal years on and founding frontbeast Shyaithan on Bass.Guitars.Vomit who composes every opus the band has unleashed, continues defiantly to crush all boundaries, pushing extremity over it’s limits, conjuring much success over the course of the band’s firm infernal dominion.

IMPIETY are infamous for their ‘raw-power’ aggressive revelations, notably hyper artillery fast drumming, violent guitar electrocution and the barbaric law made flesh of simply: crush, kill and destroy. 19 official releases, the band has worked with record companies like Osmose Productions, Agonia Records and Pulverised Records. Monumental Full Length Albums crafted and unleashed: Asateerul Awaleen (1996), Skullfucking Armageddon (1999), Kaos Kommand 696 (2002), Paramount Evil (2004), Formidonis Nex Cultus (2007), Terroreign (2009).

The band’s formation bullet riddled with changes due to hardships of maintaining a dedicated and full time line-up, has taken Shyaithan across the globe from Singapore, to Mexico to Japan and now since earlier in 2010 firmly located in Europe - Treviso, Italy with a current 4 man regiment. IMPIETY has never been even brutally stronger. The band has exclusively destroyed a few European/Asian festivals and more than 6 full European tours, 2 Mexican tours, 1 Japanese tour, countless Asian appearances over the years as a powerful Headlining commander.

In September 2010 IMPIETY began carnage and finished recording in Italy their 7th full length album under Agonia Records titled ‘Worshippers of the Seventh Tyranny’. Release date Worldwide: Jan 2011. With the new album massacre to be launched very shortly, already this Beast is atop their throne gearing up to assert further their fierce and unmerciful domination ; spilling blood, spreading unholy death, destruction, demise - via new apocalyptic revelations of doom - crushing stages worldwide.

THE LORD HAS ARRIVED.
Praise Satan, Hail IMPIETY!

IMPIETY Barbarian Black Horde:
SHYAITHAN – Bass.Vomit,
GUH LU – Guitars,
ESKATHON – Guitars,
A. JANKO – Artillery

Impiety's American Tour Promo Trailer:


A sneak peak at one of their live shows in Europe:

JEMPUTAN KEPADA MANA-MANA BAND YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI GIG "CLOSING SEASON 2011"



Registration Fee/ Yuran Pendaftaran
- RM85 per band / satu kumpulan -

Rules and Regulation / Peraturan :
Main Rules
- No Drugs, No Alcohol & No Fighting -
- No Racism -
- No Extremist -

Number of song to be perform/ Lagu main brapa?
- 3 -

Organizers :
REG (Rusdan Entertainment Group)
Metuk Ulau Underground Voices (Webzine & Distro)
Mr. Rezal
Drumtech Services

Supported by:
Bintulu Buskers
Titan Empire
Bintulu Independent Music Society
and More...

For More Information please contact :
Adi Herman - 013 809 0845
Amy REG - 019 854 7310
Rezal - 019 489 0448
Borhan - 017 856 5231

Registration Form / Borang Pendaftaran

Bahasa Malaysia :
http://www.4shared.com/doc​ument/IlFotqS6/Borang_Pend​aftaran.html

English :
http://www.4shared.com/doc​ument/PEnD4__Z/Registratio​n_Form.html

Tuesday, June 21, 2011

CD KOMPILASI FUZZ GUN 91 (HIMPUNAN BAND2 ALTERNATIVE/INDIE/GRUNGE SARAWAK YANG TERKINI)


CD KOMPILASI FUZZ GUN 91 (HIMPUNAN BAND2 ALTERNATIVE/INDIE/GRUNGE SARAWAK YANG TERKINI) Di antara band2 yang terlibat dalam kompilasi ini ialah Green Love, Ready Steady Go, Dance on your Graves, Fuzz Muff, Radio'83, Bangsal, Kugiran Chewingum dan ramai lagi. CD ini diformat dalam bentuk MP3 bukan Wave, jadi ianya mempunyai 33 lagu semuanya!

Harga RM10 sahaja (sila tambah RM5 untuk postage jika anda berada di luar Bintulu) Jika berminat boleh la PM saya di Facebook ataupun hubungi saya di talian 013-8090845 (Adi Herman)

CD ALBUM HELLSTORM BERJUDUL RIBUT NERAKA 666 (RM20.00 Sahaja)


CD ALBUM HELLSTORM BERJUDUL RIBUT NERAKA 666 (Kota Kinabalu Metal Troopers) - harga: RM 20.00 sahaja (sila tambah RM5 lagi utk postage jika anda berada di luar kawasan Bintulu) Mengandungi 8 tracks yang mempunyai influence dari band2 seperti MANTAK,IMPIETY,SURRENDER OF DIVINITY...Thrash/Death Metal Ekstrim dari negeri di bawah bayu!

Mereka juga boleh dihubungi melalui link ini (facebook) http://www.facebook.com/hellstorm.demonic?sk=wall

Jika berminat anda boleh menghubungi saya di talian 013-8090845 (Adi Herman)

Friday, June 10, 2011

CD Narratik - Sign of Semelai (Single 2011)




Narratik - Sarawak Eastern Melodic Occult Black/Death Metal (Origin - Mukah)

Sebuah band dari Unholy Triangle yang semakin mendapat tempat di hati pendengar muzik metal tegar di Bumi Kenyalang. Band ini juga menunjukkan komitmen yang tinggi ketika membuat persembahan di pentas-pentas gig sekitar kawasan Sarawak.Dengan showmanship yang bertenaga,muzik Narratik pasti akan memukau serta menghantui pendengaran kalian!

Out Now!!
Narratik - Sign of Semelai (Single 2011)
1 track with lyic + Logo Sticker (waterproof)
Pro cover printable cd
Price RM6 byhand, add $ for postal (*recommanded pos express envelope)
...Released on 1st June 2011
Produce by Eastern Voice Production
Sample song link:
http://www.facebook.com/?ref=home#!/video/video.php?v=208199255872153&comments&set=t.100000462407380&type=1

Sila tambah RM5 untuk postage jika anda berada di luar kawasan Bintulu, Sarawak. Jika berminat,bolehlah menghubungi saya di talian 013-8090845 (Adi)

CD KREMATION - Let Them Hate and Fear (Promo 2011)



KREMATION - Let Them Hate and Fear (Promo 2011)
2 tracks
Free outdoor sticker (4"x4") + Flyers
Price RM12
Produce by Eastern Voice Production
...Release on 20 Mei 2011(Out Now)
for preview http://www.reverbnation.com/play_now/song_8165695
*Free to tag/ untag

KREMATION - Sebuah band Extreme Death Metal Bumi Kenyalang yang tidak perlu diperkenalkan lagi.Setelah mengalami proses hiatus yang agak lama, mereka kembali dengan rilisan yang bertajuk "Let Them Hate and Fear".Berikutnya menceritakan serba sedikit tentang sejarah band ini (petikan dari Facebook mereka):

The band formed in 1992, was founded by Amier (guitar / vocals), Norman (guitar), Nasth Sheir (bass) and Bend (drums). However, with the participation of Bend and Norman Kremation only a few months due to personal problems, which was taken over by Oden (Drums) Dam San Burn (guitar) in early 1993. In 1995, they have issued Promo Tape95 and had regular shows with bands like Verdaqah arms, Infernal, Worship, Larrong, Nesferator and others in which the parties organized by the studio and label underground. At the end of the year, Amier has decided to withdraw because he wants to devote his attention to subjects and then followed by Oden. Thus, the only living member of the San Burn (as guitarist besides Amier place as vocalist) and Nasth Sheir (bass player). So, once again they are faced with the problem of line-up so that all activities involving the sudden and started Kremation menyepikan themselves. However, in 1997, Kremation material comes back with two of them (Promo-Tape97) which had received very encouraging response, especially among their loyal followers at the time. In that year also saw the entry of a new member of the Kremation Rithman as the main guitarist of the band. In about the year 1998 Kremation into the studio again and this time they were using his services Yazid (ex-Blackfire) as a producer for their EP recording session titled Reborn. The EP was distributed by Nebiula Production in 1999. A year later, they emerged with the LP is entitled "Head Hunter Revenge of which are distributed by Music Trax Sdn Bhd.

2011 line up..nasth sheir bass & vocals,mad the butcher demonator guitar & vocals.Aba-guitar \m/

Kepada mereka yang berada di luar kawasan Bintulu yang ingin membeli cd ini, sila tambah RM5 lagi untuk tujuan pos ekspres.Jika berminat, bolehlah menghubungi saya di talian 013-8090845 (Adi)

muZzy Button Badge & Car Sticker (Hot Item!)


muZzy Button Badge: RM5.00
muZzy Car Sticker: RM5.00
(Sila tambah RM4 lagi untuk tujuan pos ekspres jika anda berada di luar kawasan Bintulu, Sarawak)

muZzy adalah sebuah band yang di tubuhkan pada 09.09.09 oleh Mohammad Namazi Bin Salleh. Nama muZzy itu sendiri di pilih sempena nama samaran atau nama panggilan Mohammad Namazi B. Salleh. Band ini bergerak bebas secara indie tanpa bernaung dibawah mana mana syarikat rakaman. Idea penubuhan band ini tercetus sejak muZzy mula berkarya menulis lagu sendiri, dengan menulis lagu lagu yang menceritakan kisah jatuh dan bangun muZzy didalam kehidupannya sendiri. muZzy juga percaya bahawa lagu lagu yang ditulis serta bawakan oleh muZzy mampu memberi mesej pengajaran dan suntikan semangat untuk meneruskan perjuangan didalam kehidupan seharian. Konsep yang dibawakan oleh muZzy merupakan kombinasi muzik muzik bergenre rock, punk rock, pop dan komersil. Idea idea ini terhasil daripada pengalaman serta trend muzik tanahair masa kini. Dengan ini muZzy percaya bahawa muzik yang dipamerkan mampu memenuhi citarasa semua lapisan masyarakat dan peringkat umur.

Jika berminat, sila hubungi saya di talian 013-8090845 (Adi Herman)

CD muZzy - Album pertama "Destinasiku"




muZzy - Album pertama "Destinasiku" bersama dengan poster yang telah ditandatangani oleh Muzzy sendiri!
Harga: RM 22.00 (sila tambah RM5 untuk tujuan postage)

muZzy - Album pertama "Destinasiku",mengetengahkan lagu seperti "Hingga Akhir Nafasku" dan "Ingin Sekali Aku".Anak kelahiran Miri, Sarawak ini bergerak secara independent dan tidak terikat dengan mana-mana label.Gaya muzik muZzy lebih ke arah Pop Rock,Punk Rock dan Commercial Pop.Berikut merupakan info serba sedikit tentang muZzy (dipetik dari Reverbnation):

muZzy adalah sebuah band yang di tubuhkan pada 09.09.09 oleh Mohammad Namazi Bin Salleh. Nama muZzy itu sendiri di pilih sempena nama samaran atau nama panggilan Mohammad Namazi B. Salleh. Band ini bergerak bebas secara indie tanpa bernaung dibawah mana mana syarikat rakaman. Idea penubuhan band ini tercetus sejak muZzy mula berkarya menulis lagu sendiri, dengan menulis lagu lagu yang menceritakan kisah jatuh dan bangun muZzy didalam kehidupannya sendiri. muZzy juga percaya bahawa lagu lagu yang ditulis serta bawakan oleh muZzy mampu memberi mesej pengajaran dan suntikan semangat untuk meneruskan perjuangan didalam kehidupan seharian. Konsep yang dibawakan oleh muZzy merupakan kombinasi muzik muzik bergenre rock, punk rock, pop dan komersil. Idea idea ini terhasil daripada pengalaman serta trend muzik tanahair masa kini. Dengan ini muZzy percaya bahawa muzik yang dipamerkan mampu memenuhi citarasa semua lapisan masyarakat dan peringkat umur.

Jika berminat, sila hubungi saya di talian 013-8090845 (Adi Herman)

Wednesday, June 8, 2011

NICE STUPID PLAYGROUND - A BEAUTIFUL LIFE (album kedua - rilisan tahun 2006)



A VERY RARE ITEM!

NICE STUPID PLAYGROUND - A BEAUTIFUL LIFE (album kedua - rilisan tahun 2006)

Kepada mereka2 yang membesar di era 90'an dan meminati irama alternative/britpop/indie adalah agak mustahil jika tidak meminati band ini. Bermula dengan kerjasama mereka dalam menyumbangkan beberapa lagu dalam kompilasi BOYS & GIRLS 1 + 1 = 3 (diriliskan melalui label yg cukup terkemuka di arena UG scene tempatan dahulu iaitu POSITIVE TONE) kemudian disusuli dengan album full-length mereka yang pertama berjudul MY LIFE IS MY BIGGEST TELEVISION bersandarkan lagu hits seperti Girl Friday, Discourage dan semestinya lagu Stereo Girl!

Pada tahun 2006 pula, setelah keluar dari label terbabit, band ini meriliskan album kedua secara DIY dan mempertaruhkan sebanyak 10 lagu. Pengaruh band2 british amat ketara dalam rilisan ini dan ianya tidak lari dari elemen2 dari band seperti Lightning Seeds, Stone Roses, The Smiths, Pulp, Mansun dan banyak lagi.

Cd album kedua ini disertakan sekali dengan poster bersaiz A3.

Harga: RM20.00 (plus RM5 for postage)

Anda boleh personal message saya di Facebook ataupun menghubungi saya Adi Herman di talian 013-8090845

stok adalah terhad, jadi cepatlah bertindak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...